Psirosis

FAQ1:

Ilham Ahmad Says:
January 21st, 2008 at 9:25 am

Hi Doc… saya telah mengidap penyakit psirosis (sejenis sakit kulit) selama 20 tahun. Umur saya sekarang 42 tahun. Kini boleh dikatakan lebih 50% badan saya dihinggapi penyakit berkenaan. Bolehkah doc cadangkan sebarang ubat atau herba untuk menyelesaikan masalah saya.

Chinese Physician answer:

Salam,

1.Penyakit kulit bersisik juga dikenali sebagai penyakit psoriasis. Peratusan untuk mendapatkan penyakit ini adalah antara 1% hingga 2%, kebanyakan mangsa adalah daripada golongan muda.

2.Penyebab kepada penyakit ini masih tidak diketahui tetapi ia mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti dibawah: (1) keturunan/ genetik (2) persekitaran, seperti jangkitan, tekanan fizikal dan emosi, kecederaan kulit, minum alkohol, pembedahan dan lain-lain. (3) sistem imun.

3.Penyakit psoriasis boleh dibahagi kepada pelbagai jenis, seperti Psoriasis Vulgaris, Psoriasis Arthritis, Psoriasis Erythrodermic, Psoriasis Pustular dan sebagainya. Antaranya Psoriasis Pustular merupakan jenis penyakit yang paling merbahayakan dan boleh mengakibatkan kematian.

4.Dalam rawatan barat boleh menggunakan perubatan yang menguatkan sistem imun, hormon sebum dan antibiotik. Rawatan Cina juga mempunyai prestasi perubatan yang agak memuaskan. Anda boleh mendapat konsultasi daripada Sanjiu Hai-O TCM (M) Sdn Bhd. Tel: 603-9283 7200 ATAU Peking Tongrentang (M) Sdn Bhd. Tel: 603-2141 7958/9.

FAQ2:

Megat Al-Azzuhri Says:
April 17th, 2008 at 1:12 pm

Saya nak tanya adakah apa-apa ubat untuk psoriasis?

Tabib cina berkata:

Penyakit kulit bersisik juga dikenali sebagai penyakit psoriasis. Ia mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti keturunan/ genetik, persekitaran seperti jangkitan, tekanan fizikal dan emosi, kecederaan kulit, minum alkohol, pembedahan dan lain-lain. Penyakit psoriasis boleh dibahagi kepada pelbagai jenis, seperti Psoriasis Vulgaris, Psoriasis Arthritis, Psoriasis Erythrodermic, Psoriasis Pustular dan sebagainya. Rawatan Cina mempunyai prestasi perubatan yang agak memuaskan. Kami tidak boleh memberi ubat tanpa sebarang pemeriksaan, anda dinasihati mendapat konsultasi daripada Sanjiu Hai-O TCM (M) Sdn Bhd. Tel: 603-9283 7200 ATAU Peking Tongrentang (M) Sdn Bhd. Tel: 603-2141 7958/9 supaya tabib boleh memberi ubat yang sesuai dengan keadaan anda.