Thyroid
FAQ1:
zue Says:
September 8th, 2007 at 12:22 pm
Hello doktor,
Saya mengidap leucoderma/vitiligo lebih kurang setahun dan berumur 33 tahun. Saya juga telah mengambil rawatan hyperthyroid dan sekarang sudah kembali stabil kerana mengikut bacaan saya di internet penyakit leucoderma ini mungkin disebabkan oleh thyroid.
Walaupun thyroid saya kembali stabil tetapi masalah leucoderma saya makin serius. Ia cepat merebak terutama di hadapan tangan kanan dan kiri,sedikit di siku dan kaki.
Adakah apa2 herba yg sesuai dan halal untuk saya ambil? Saya amat menghargai pertolongan doktor.
Chinese physician answer:
Hi Zue,
Pada masa kini, punca berlakunya penyakit leucoderma masih kurang pasti, biasanya ada yang berpendapat leucoderma berkaitan dengan keturunan dan sistem immune peribadi, ia akan tertunjuk tombok putih dan tombok- tombok tersebut akan merebak menjadi luas.
Anda boleh mencuba cara dibawah sebagai bahan penggunaan luaran:
Dang Gui (当归), Bai Zi (白芷), Fang Feng (防风), Bai Fan (白矾), Lian Qiao (连乔), Di Ding Cao (地丁草), Tu Fu Ling (土茯苓), 15g untuk setiap satu herba.
Di Gu Pi (地骨皮), Jing Jie (荆芥), Xing Ren (杏仁), Bo He (薄荷), 10g untuk setiap satu herba.
Guna 10 mangkuk air untuk masak herba tersebut selama 45minit dan seterusnya cuci pada bahagian tombok putih dengan air ini semasa ia masih panas.
Anda juga boleh makan ubat Bai Dian Feng capsule(白癫风丸) dan Ling Zhi capsule(灵芝丸), kedua- dua produk ini adalah dibuat daripada herba, anda boleh mendapatnya di kedai Hai-O.
FAQ2:
meera Says:
July 12th, 2008 at 11:48 am
selamat sejahtera doc..saya ada masalah tiroid dan pykit ni baru je di kesan. apa yang perlu saya makan dari segi makanan dan apakah kesan pykit ini?
Chinese physician berkata:
Meera,
Sebelum menjawab soalan anda, bolehkah kami mengetahui apakah jenis penyakit tyroid yang dialami oleh anda? Untuk maklumat anda, penyakit tyroid boleh dibahagikan kepada banyak jenis. Di samping itu, bolehkah anda memberikan maklumat peribadi anda seperti jantina, umur, jangka masa anda mengalami penyakit ini dan keadaan badan anda. Kami bersedia untuk membantu dan berharap boleh menerima balasan anda.
FAQ3:
meera Says:
July 29th, 2008 at 11:37 am
saya perempuan status belum berkahwin berumur 20thn 7bln, masalah ni hampir 1bln lepas saya menyedarinya. saya jga mngalami prtambahan berat banda. bdn saya juga cepat bpeluh, bdebar, mata tdak sperti biasa. doktor jga memberitahu hormon saya tingi skarang. tyroid saya ada sedikit benjolan dileher. apa yang perlu saya makan dari segi makanan dan apakah kesan pykit ini? adakah memberi kesan apa2 jika saya berkahwin xlama lagi?
Chinese physician berkata:
1.Anda berpeluh banyak, berdebar dan mata kelihatan luar biasa, semua ini merupakan tanda-tanda penyakit tyroid, tetapi jisim badan tidak mungkin akan bertambah.
2.Jisim badan akan bertambah jika penyakit tyroid adalah dalam peringkat pemulihan. Kami tidak pasti keadaan anda. Jika boleh, anda dinasihati membawa laporan pemeriksaan doktor dan meminta konsultasi daripada tabib kami. Walau bagaimanapun, anda patut melakukan pemeriksaan (rawatan barat adalah lebih sesuai untuk anda) supaya tidak mempengaruhi haid dan peluang kehamilan.
3.Dengan ini, kami menasihat anda supaya melakukan pemeriksaan dengan secepat mungkin. Jika rawatan tersebut dapat memberi kesan positif, maka ia hanya perlu mengambil masa selama 1 tahun untuk berpulih. Semoga anda cepat sembuh.
FAQ4:
Kamal Says:
August 4th, 2008 at 4:09 pm
Salam sejahtera Doktor,
Saya sudah hampir 8 tahun mengidapi penyakit Hiper Tyroid (Leher bengkak) dan mengambil rawatan di hospital serta diberikan ubat carbimazole. Sejak 2 bulan yang lepas, doktor hospital telah menghentikan pengambilan ubat saya kerana diberitahu bahawa tahap kandungan tyroid di dalam badan saya telah normal, tetapi leher saya masih lagi bengkak hingga sekarang. Apakah pendapat doktor dan adakah sebarang produk Hai-O ini yang boleh membantu?
Terima, kasih..
Chinese physician berkata:
Salam sejahtera,
Oleh sebab anda telah mengalami penyakit ini selama 8 tahun, tabib kami tidak boleh memberi perubatan hanya dengan maklumat yang diberi. Kami hanya boleh memberi nasihat tentang perubatan dan rawatan setelah mengetahui punca penyakit anda melalui pemeriksaan. Anda disyorkan supaya mendapatkan konsultasi dan rawatan di Peking Tongrentang (M) Sdn Bhd (Tel: 603-21417958/9) atau Sanjiu Hai-O TCM (M) Sdn Bhd (Tel: 603-92837200).
FAQ5:
dida Says:
May 11th, 2009 at 4:42 PM
salam,
i punyai masalah bengkak kelenjar(tiriod)
i dah makan ubat doktor 2 hospital ..
still lambat hendak sembuh
so apa nasihat doktor utk mengurangkan bengkak kelenjar
di mana boleh saya dapatkan ubat tersebutt
terima kasih
dida
shah alam
Chinese physician berkata:
Salam sejahtera.
Mungkin anda boleh cuba Rawatan Tradisional Cina. Mengesyorkan anda rujuk kepada pakar tabib Cina daripada Peking Tongrentang (M) Sdn Bhd (Tel: 603-21417958/9) atau Sanjiu Hai-O TCM (M) Sdn Bhd (Tel: 603-92837200).
FAQ 6:
rozita Says:
May 28th, 2010 at 5:41 pm
saya berumur 37 tahun,,mempunyai masaalah ada bengkak tiroid dan urat leher sebelah tiroid dari bawah telinga sampai ke tulang bahu depan kelihatan agak besar..saya sudah check tsh and t4 dan ianya normal..tetapi saya masih menggeletar jari2..doktor mengesahkan bengkak tiroid saya sebesar 1 cm..dan saya kerap sendawa dan terpaksa kerap makan dalam selang 2 jam..jika tidak obvious sgt tgn saya menggeletar dan saya tak boleh mkn benda berangin..adakah urat leher saya dimasukki angin sehingga menyebabkan dia kelihatan agak besar? saya pernah buat akupuntur dan diberi herba n pil..dan seingat saya selepas mkn ubat tu saya kurang sendawa dan tgn tak menggeletar lagi..harap bolehla membantu masaalah saya..terima kasih
Balasan daripada Tabib Cina
Hi Rozita:
Apabila anda sudah makan ubat dan keadaan sudah menjadi lebih baik, iaitu kurang sendawa dan tangan tidak menggeletar.
Oleh itu, Tabib Cina menasihati anda supaya sabar dan meneruskan rawatan. Ini adalah kerana masalah bengkak tiroid hendak mengambil masa yang panjang untuk memulih.