May 2009
FAQ1:
Linda Says:
May 3th, 2009 at 9:56 PM
saya ingin bertanya adakah pil lady queen essential sama seperti pil maharani khasiatnya ?
Chinese physician jawab:
Cik Linda,
Sebelum membuat sebarang komen, kami berharap cik dapat memberi lebih banyak maklumat mengenai produk Pil Lady Queen Essential berkenaan:
1. Pengilang
2. Senarai ingredien
Namun, untuk pengetahuan cik, Herba Maharani merupakan penyelesaian yang baik untuk wanita yang menghadapi masalah peredaran haid, sakit pinggang dan belakang, kerap rasa letih dan sebagainya.
saya berumur 31 tahun dan telah mempunyai sorang anak berumur 4 tahun. saya telah mengambil pil perancang selama hampir 2 tahun .Apabila saya telah berhenti mengambil pil perancang pada awal feb 2008, sehingga jun 2008 saya tidak didatangi haid.Saya telah menjalani pemeriksaan doktor,dan doc mengesahkan saya tidak mempunyai sebarang masalah rahim kecuali hormon tidak stabil. Pada April 2009 saya telah mengambil pil maharani dan 2 hari berikutnya saya didatangi haid yang berketul- ketul selama 2 minggu.Namun setelah saya mengambil semula pil tersebut setelah bersih dari haid seminggu kemudian,saya didatangi haid semula dengan kuantiti yang amat sedikit dan mengalami sengal belakang.saya juga sering turun darah dalam kuantiti yang sedikit.Apakah masalah sebenar saya .Apakah pil tersebut tidak sesuai dengan saya.Apakah saya dapat hamil jikalau keadaan ini berterusan ?
Chinese physician jawab:
Cik Linda,
Terima kasih kerana memilih produk kami.
Oleh sebab cik pernah mengambil pil perancang and menghadapi masalah hormon yang tidak stabil, jadi apa yang dialami dihadapi pada bulan April dan sehingga sekarang adalah keadaan pemuliharaan. Badan kini dalam proses mengawalatur hormon dan peredaran haid.
Untuk mengatasi keadaan haid yang amat sedikit, anda dinasihatkan supaya terus mengambil Herba Maharani. Anda boleh mula mengambil Herba Maharani pada hari ke-6 tempoh haid and berterusan selama 20 hari (sekali pengambilan yang lengkap).
Herba Maharani sesuai diambil oleh semua orang. Anda hanya perlu memberi perhatian sama ada badan akan menjadi ‘panas’ (haety) ketika mengambil produk ini. Jika keadaan ‘panas’ badan berlaku, anda boleh:
1. Mengurangkan pengambilan menjadi satu/ separuh biji bola kuning (=25 pil hitam yang kecil)
2. Minum lebih banyak air/ air garam waktu anda makan Herba Maharani
3. Elakkan makanan bersifat sejuk (buah tembikai dan salad) dan makanan pedas sewaktu mengambil Maharani
Anda dinasihatkan mengamalkan Herba Maharani selama 2-3 bulan supaya peredaran haid menjadi normal. Dengan ini, peluang untuk hamil akan bertambah.
FAQ2:
Andrew Wong Says:
May 5th, 2009 at 1:50 pm
Hi Doctor
I am 47 years old male. I have this skin hives or “foong mok” problem.
I have this for 6 months. I have been to few famous skin specialist in KL and also some chinese physician taking chinese herbs. But the problem still cannot solve. Some part of my body and leg are very itchy. Right now I am still taking allergic pills, antihistamine but not really work. Please help me. I have seen 7 doctors and already spend a lot of money and still have “foong mok”
Chinese physician answer:
1.There are many factors that lead to urticaria.
2.If you are allergy to seafood or sensitive to animal hair, pollen and many more, it is better to avoid them.
3.In the view of Chinese Physician, the weakness of blood can cause wind (血虚生风). You can try Compound E-Jiao Jiang (复方阿胶浆), it might be helpful to you.
4.However, if your urticaria situation still persist, you can seek treatment from Peking Tongrentang (M) Sdn Bhd (Tel: 603-21417958/9) or Sanjiu Hai-O TCM (M) Sdn Bhd (Tel: 603-92837200).
FAQ3:
nurhasreen rosley Says:
May 7th, 2009 at 11:23 am
greetings doc,
saya berumur 28 tahun, berkahwin hampir 1 tahun 8 bulan. pada bulan mac 2008 saya disahkan mengandung tetapi pada april mengalami keguguran krn baby x membesar. 2 minggu sebelum keguguran, ada breast discharge(susu) dan berlarutan hampir setahun. pada january 2009 saya buat blood test utk prolactin, masih dalam tahap normal. gynae saya berikan bromocriptin utk 2 bulan. lepas 2 minggu, no more brest discharge. tapi bila lps abih je ubat tu, dalam sebulan dah ada balik susu.
saya agak runsing krn selepas keguguran aritu masih lagi belum pregnant. berat badan saya naik 5 kg selepas consume bromocriptin iaitu 60 kg (153cm) skarang saya cuba menguruskan badan dgn memakai PB. saya berhasrat untuk mengambil herba maharani. adakah ia sesuai utk permasalahan saya ini doc?
mengenai PB, adakah sesuai dipakai jika ingin conceive, saya keliru sb ada consultant PB di ipoh kata xboleh pakai, tapi consultant PB di kl(kwn saya) kata boleh pakai.
harap dapat penjelasan doc & suggestions.
thanks.
Chinese physician berkata:
Cik Nurhasreen Rosley,
Terdapat pelbagai faktor yang mengakibatkan keadaan cik (breast discharge) seperti faktor fisiologik (kehamilan, selepas kehamilan, tekanan dan lain-lain), ketidakseimbangan rembesan kelenjar pituitari, masalah endokrin, penyakit lain dan sebagainya. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor supaya mendapatkan pemeriksaan badan yang teliti.
Kegemukan akan mempengaruhi peluang mengandung. Anda boleh mengambil garam buluh untuk membantu mengawal berat badan dan mengamalkan Maharani untuk mengawalatur tubuh dan membantu anda mengandung. Pada masa yang sama, teruskan pemakaian Premium Beautiful.
Herba Maharani mengandungi ayam hitam (Gallus Gallus Domesticus), Cornu Cervus Nippon dan herba-herba tradisional China seperti ginseng, Concha Ostrea Gigas, Radix Angelica Sinensis dan sebagainya. Bahan utama produk iaitu Gallus Gallus Domesticus dan Cornu Cervus Nippon memperkuatkan hati, ginjal, menambahkan darah dan tenaga batin.
Garam buluh pula adalah minuman bersifat alkali yang membantu melangsingkan badan dan mengawalatur tubuh supaya cenderung kepada keadaan beralkali (keadaan badan yang sihat).
Untuk makluman anda, Premium Beautiful tidak sesuai dipakai sewaktu mengandung. Selepas 1 bulan melahirkan anak (atau selepas tempoh mengawalatur tubuh), anda boleh memakai pakaian ini semula.
FAQ4:
dida Says:
May 11th, 2009 at 4:42 PM
salam,
i punyai masalah bengkak kelenjar(tiriod)
i dah makan ubat doktor 2 hospital ..
still lambat hendak sembuh
so apa nasihat doktor utk mengurangkan bengkak kelenjar
di mana boleh saya dapatkan ubat tersebutt
terima kasih
dida
shah alam
Chinese physician berkata:
Salam sejahtera.
Mungkin anda boleh cuba Rawatan Tradisional Cina. Mengesyorkan anda rujuk kepada pakar tabib Cina daripada Peking Tongrentang (M) Sdn Bhd (Tel: 603-21417958/9) atau Sanjiu Hai-O TCM (M) Sdn Bhd (Tel: 603-92837200).
FAQ5:
Isaac Says:
May 12th, 2009 at 12:00 am
Dear doc,
I have been facing excessive sweating on my forhead for many years! Droplets tend to form when I am feeling HOT! I could feel the HEAT inside my body. Is there any Chinese way of treatment that I can seek for? Ps help & advice as this is affecting my LIFE! Thank You.
Regards,
isaac
Chinese physician answer:
Good day!
Chinese Physician suggested you to take Tongrentang Liu Wei Wan (同仁堂六味地黄丸). You can consume it continuously for 4 months according to the instruction. Stop taking it if you are in flu, fever or diarrhea. By the way, less intake in fried and spicy food.
FAQ6:
Alice Says:
May 12th, 2009 at 5:02 pm
Doc,
Saya berkahwin suadah 5 tahun saya pernah mengandung pada tahun pertama saya berkahwin selam 4 bulan tapi telah gugur dan saya ada buat D&C. sejak dari hari itu sampai sekarang saya tak mengandung. Saya dah suami saya telah membuat semua pemeriksaan terhadap badan kami. Tahun lepas kami pergi ke Klinik biasa dengan membawa report kami yang dulu. Doctor Klinik itu menyuruh suami saya untuk membuat seminal Assy di sebuah Lab kat Klang selepas seminggu doctor memanggil kami ke klinik dan beritahu kami bahawa bilangan sperma suami saya tak mencukupi dan ini disebabkan suami saya kuat hisap rokok. Doctor, sekarang suami saya telah berhenti merokok selama 8 bulan sampai sekarang. Period saya sekarang tidak tetap seperti tahun tahun yang sebelumnya. Tahun ini pernah sekali delay 6 hari. Kali ini pula delay 8 hari. Period bulan lepas adalah 04/04/09 hari in dah 12/05/09 saya ada buat ujian kencing dah ia menunjukkan satu garisan pekat saja nampak dan garisan satu lagi tak berapa jelas. Doctor, sekarang saya betul-betul risau, tak tahu nak buat apa samada nak pergi jumpa sakit puan atau tunggu lagi 3 hari dan buat semula ujian kencing. Pada pendapat doctor BOLEHKAH SAYa MENGANDUNG??
Chinese physician berkata:
Cik Alice,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan cik, jika suami telah berhenti merokok dan period anda adalah tetap, peluang anda mengandung akan bertambah.
Anda juga dinasihatkan untuk membuat ujian kencing sekali lagi atau berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kepastian.
Memandangkan anda menghadapi masalah period yang tidak tetap, anda disarankan untuk mengambil Herba Maharani. Ia mengandungi ayam hitam (Gallus Gallus Domesticus), Cornu Cervus Nippon dan herba-herba tradisional China seperti ginseng, Concha Ostrea Gigas, Radix Angelica Sinensis dan sebagainya. Bahan utama produk iaitu Gallus Gallus Domesticus dan Cornu Cervus Nippon memperkuatkan hati, ginjal, menambahkan darah dan tenaga batin.
Fungsi-fungsi Herba Maharani adalah seperti yang berikut :
1. Menyelesaikan masalah kronik wanita dan gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan dan lain-lain)
2. Amalan terbaik untuk wanita selepas bersalin (menguat dan mengecutkan otot rahim)
3. Menyelesaikan masalah sakit pinggang dan belakang, angin dalam badan, kebas
4. Awet muda, memberikan keanjalan kulit
5. Menghilangkan keletihan dengan meningkatkan kadar metabolisme
Cara pengambilan Herba Maharani :
Jika period tidak tetap & menghadapi masalah ketidakselesaan (senggugut, keputiihan, sakit pinggang), anda perlu menguatkan badan terlebih dahulu. Anda boleh mengambil Herba Maharani pada hari ke-6 period, 1 atau 2 biji bola kuning sehari & berterusan sehingga period yang seterusnya pada bulan depan.
Peringatan :
Jika rasa ‘panas badan’ (’heaty’) atau kerongkong terasa kering selepas mula makan, anda boleh:
1. Mengurangkan pengambilan menjadi satu/ separuh biji bola kuning (=25 pil hitam yang kecil)
2. Minum air garam waktu anda makan Herba Maharani
3. Elakkan makanan bersifat sejuk seperti buah tembikai dan salad sewaktu mengambil Maharani
Biasanya, anda boleh merasai keberkesanan produk selepas 2/3 bulan mengambilnya.
Sekian, terima kasih.
FAQ7:
Lean Says:
May 13th, 2009 at 4:36 pm
Salam…
Saya memang dah lama cari ‘Herba Maharani’ ni tapi tak tahu kat mane.. ade tak jual kat mane-mane pasaraya ( like jusco ke )..
Saya ni dah berkahwin selama hampir 3 tahun, tapi masih belum dikurniakan anak. Memang saya excited sangat nak cuba produk ni. Sebab kawan saya pun ade makan Herba Maharani ni tapi bukan dari Hai O Marketing. Herba ni ingredient dia semua sama tak ??
Boleh tak email kan saya, gambar produk ni untuk memudahkan saya cari..
Chinese physician answer:
Cik Lean,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Cik boleh membeli Herba Maharani daripada cawangan ataupun stokist Hai-O Marketing yang terdekat dengan tempat anda. Anda boleh merujuk kepada link di bawah.
http://www.hai-omarketing.com.my/haio/network.asp
Untuk pengetahuan cik, sememangnya ada banyak produk yang agak sama dengan Maharani di pasaran. Namun, setiap satunya mempunyai ramuan-ramuan yang berlainan. Herba Maharani Hai-O Marketing memang dipercayai oleh lapisan pengguna kerana kualiti bahan dan pemprosesan yang tinggi. Pelanggan kami memang dapat merasai keberkesanan produk ini setelah mencubanya.
Cik boleh merujuk kepada link di bawah untuk gambar rajah Herba Maharani.
http://www.hai-omarketing.com.my/haio/my_products_detail.asp?RECORD_KEYProductData=ProductsID&ProductsID%5BProductData%5D=73
Sekian, terima kasih.
FAQ8:
Lean Says:
May 14th, 2009 at 11:49 am
Salam..
Herba Maharani ni mengandungi ‘ayam hitam’ kan? Halal ke ‘ayam hitam’ ni??
Chinese physician answer:
Cik Lean,
Ya, Herba Maharani memang mengandungi ayam hitam. Namun, cik usah risau kerana pengilang kami di China telah memperoleh pengiktirafan Halal daripada China Islamic Assocation, Beijing untuk produk ini.
Untuk makluman cik, China Islamic Association, Beijing adalah badan islam yang diiktirafkan oleh Jakim, Malaysia.
Anda boleh melayari laman web berikiut :
http://www.halaljakim.gov.my
dan cari seksyen Badan Islam untuk China.
FAQ9:
Lean Says:
May 14th, 2009 at 11:51 am
salam..
Produk dia macam spirulina ke?? Hai O Chlorella..
Chinese physician berkata:
Cik Lean,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Fungsi Hai-O Chlorella dan Hai-O Spirulina lebih kurang sama. Chlorella adalah sel tunggal berbentuk bulat/ bujur. Kuasa fotosintesisnya adalah 10 kali ganda lebih tinggi daripada tumbuhan lain. Spirulina pula adalah algae berbentuk pilih dan bersifat alkali.
Kedua-duanya membantu menguatkan sistem imunisasi badan, memelihara kesihatan sistem pencernaan dan melegakan masalah sembelit. Pengambilan yang berterusan membantu mengawalatur susuk badan supaya cenderung kepada alkali. Dengan ini ia memelihara kesihatan badan.
FAQ10:
dayang Says:
May 17th, 2009 at 8:50 pm
semalam beli te zhi bai feng wan…kawan yang syorkan. dah 11 tahun kahwin tapi tak dapat baby. haid pun 3 tahun sekali. dr kata saya ada masalah kesuburan. kegemukkan pun punca masalah kesuburan saya. juga menyebabkan hormon tak stabil.harap herba maharani dapat membantu masalah haid saya.
Chinese physician berkata:
Cik Dayang,
Herba Maharani mengandungi ayam hitam (Gallus Gallus Domesticus), Cornu Cervus Nippon dan herba-herba tradisional China seperti ginseng, Concha Ostrea Gigas, Radix Angelica Sinensis dan sebagainya. Bahan utama produk iaitu Gallus Gallus Domesticus dan Cornu Cervus Nippon memperkuatkan hati, ginjal, menambahkan darah dan tenaga batin.
Fungsi-fungsi Herba Maharani adalah seperti yang berikut:
(a) Menyelesaikan masalah wanita dan gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan dan lain-lain)
(b) Amalan terbaik untuk wanita selepas bersalin (menguat dan mengecutkan otot rahim)
(c) Menyelesaikan masalah sakit pinggang dan belakang, angin dalam badan, kebas
(d) Awet muda, memberikan keanjalan kulit
(e) Menghilangkan keletihan dengan meningkatkan kadar metabolisme
Oleh sebab kebanyakan herba tradisional Cina bersifat panas, pengguna dinasihatkan agar minum lebih banyak air dan elakkan makanan pedas/ salad dan watermelon semasa mengambil Herba Maharani.
Kegemukan turut akan mempengaruhi peluang mengandung. Jadi anda perlu mengawal berat badan dengan mengamalkan diet dan cara hidup yang sihat. Anda juga boleh mengambil produk yang sesuai untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.
1. Hai-O Chitosan (untuk mereka yang gemar makanan tinggi lemak & tinggi kolesterol)
- Ia adalah fiber berion positif yang diekstrak dari kulit ketam. Chitosan menyerap dan menyingkirkan toksin, bahan buangan dan lemak dari badan. Ia menurunkan kolesterol, tekanan darah dan gula dalam darah.
2. N-Plus (untuk mereka yang gemuk dengan masalah sembelit – perut buncit dan saiz pinggang kasar)
- Ia mengandungi ekstrak buah haw yang ditambah dengan ramuan herba. Kandungan serat diet membantu peritalsis kolon yang lancar, memudahkan perkumuhan bahan buangan dan toksin, menyerap kolesterol, lemak dan gula dalam kolon. N-Plus juga mengandungi zat besi dan membantu mengurangkan berat badan.
3. Garam Buluh Hai-O (masalah sembelit, gemar makanan yang masam, pedas dan bersifat asid seperti daging)
- Garam buluh kaya dengan bahan mineral, bersifat alkali dan membantu mencegah pengoksidaan badan yang mengakibatkan penuaan. Salah satu punca kegemukan adalah badan yang bersifat asid. Pengambilan garam buluh boleh membantu anda menyeimbangkan pH badan supaya berada dalam julat pH badan yang sihat, iaitu 7.35 – 7.45 (sifat alkali lemah)
4. Memakai pakaian Premium Beautiful
FAQ11:
linda Says:
May 13th, 2009 at 5:02 PM
hai doc,
ingat saya lagi?saya ada bertanyakan doc mengenai khasiat pil lady queen essential.Adakah khasiatnya sama seperti pil maharani.Antara kandungannya ialah
: Cornu Cervi Pantotrichum, Radix Paeonio Lactiflora,Gallus Domesticus Brisson,Radix Angelica Sinensis, Colla Corii Asini Radix,Codonopsis Pilosula,Radix Rehmannia Glutimosa,Radix Astragalus Membranaceus,Rhizoma Diocorea Opposita, Fructus Lycium Barbarum ,Herba Leonurus Heterophyllus . Ianya dikilangkan di Muar Malaysia dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Diharap doc dapat memberikan penjelasan .Thanks.
Chinese physician jawab:
Cik Linda,
Gabungan herba-herba seperti Cornu Cervi Pantotrichum, Radix Paeonio Lactiflora, Gallus Domesticus Brisson, Radix Angelica Sinensis, Colla Corii Asini Radix, Codonopsis Pilosula, Radix Rehmannia Glutimosa, Radix Astragalus Membranaceus, Rhizoma Diocorea Opposita, Fructus Lycium Barbarum, Herba Leonurus Heterophyllus boleh membantu masalah wanita seperti masalah peredaran haid, membantu menambahkan dan mengaktifkan darah, menambahkan tenaga batin (qi) dan menguatkan tubuh.
Antaranya, Radix Paeonio Lactiflora, Radix Astragalus Membranaceus dan Rhizoma Diocorea Opposita adalah herba yang kerap digunakan dalam produk tradisional Cina.
Herba Maharani pula terdiri daripada gabungan 16 herba tradisional yang bernilai. Ia mengandungi ayam hitam (Gallus Gallus Domesticus), Cornu Cervus Nippon dan herba-herba tradisional China seperti ginseng, Concha Ostrea Gigas, Radix Angelica Sinensis dan sebagainya. Bahan utama produk iaitu Gallus Gallus Domesticus dan Cornu Cervus Nippon memperkuatkan hati, ginjal, menambahkan darah dan tenaga batin.
FAQ12:
Tessa Says:
May 25th, 2009 at 2:10 pm
Hi Doc,
Am a very hyper active in sweating and am suffering it right now. I feel very ashamed whenever i get sweat in my armpit very heavily till i dare not dare to wear those bright clothes coz whenever i wear there’s a sweat marks there and i feel very unconfortable when it sweat. Ppl say that it call “hyperhidrosis disease”…izzit true?? If so how can i cure this type of sweatness??
Looking forward for your guidance.
Chinese physician asnwer:
In your case, we suggest you to go for operation to solve your excessive sweating problem. Maybe you can refer to the Institut Jantung Negara (IJN) for more information as we have saw a news report where IJN do provide this type of operation.
FAQ13:
SHINY Says:
May 25th, 2009 at 2:10 pm
MY HUSBAND HAVING A PROBLEM ON ALLERGY. HE ALLERGY OF ALL KIND OF MEATS AND SUFFERING ABOUT 1 YEAR PLUS FOR THIS DISEASE. I WANT HIM TO TRY AKUPUNTUR BUT DON’T KNOW THE CORRECT PLACE IN KAJANG. PLS ADVICE ME….AND CAN AKUPUNTUR GIVE HIM THE RELEASE FROM THIS SUFFERNESS…AND ALSO NEED TO KNOW THE COST FOR IT.
Chinese physician answer:
The price per acupuncture is RM25. An allergy is related to individual’s physical and sensitivity. On whether the treatment is by Chinese herbs or acupuncture, it will takes a long time.
FAQ14:
aisya Says:
May 26th, 2009 at 7:20 pm
Hi Doc,
Benarkah pengidap batu karang tidak boleh memakai premium beautiful?
Chinese physician berkata:
Cik Aisya,
Fungsi Premium Beautiful adalah untuk membantu mengekalkan bentuk kontur badan yang lebih menarik, sihat dan seimbang. Sementara itu, masalah batu karang adalah disebabkan oleh keadaan badan dalaman. Jadi, kedua-duanya adalah isu yang berlainan.
Untuk penghidap batu karang, dia boleh mengambil air Bio Aura, Miautan Enerplus atau Hai-O Bamboo Salt Premier Drink. Kedua-dua produk ini membekalkan minuman beralkali yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini.
FAQ15:
min Says:
May 29th, 2009 at 12:19 pm
hai doc!
di sini saya ingin mencuba produk maharani, terlebih dahulu saya ingin menceritakan sedikit permasalah saya,sy di sahkan mempunyai PCOS, dan sedang menjalani rawatan dengan pakar.Saya telah mempunyai seorng anak berusia 4thn, dan merancang utk menambah zuriat, setelah 2thn mencuba tanpa bantuan ubat kesuburuan , sy still x pregnan. Kemudian sy berjumpa pakar dan di sahkan PCOS. rawatan yg di beri oleh pihak hospital dng membekalkan saya 2 jenis ubat iaitu METFORMIN ( utk insulin/kurangkan hormon dlm badan ) dan REDUCTIL ( penurunan berat badan ) setelah dua bulan konsisten dlm senaman /mkn seimbang berat saya benar2 turun dari 84kg ke 74 kg. PCOS sy tidak seperti pesakit lain di mana darah haid tidak datang ber bulan2, sebaliknya saya mengalami haid 2x dalam sebulan iaitu selang 18/15 hari shj, haid akan datang lagi.Selalunya dalam tempoh 5-7 hari. ( darah keluar byk pd hari ke-2 dan 3 hingga berketul2 mcm hati ayam) selebihnya darah hanya keluar berwarna coklat. Selepas seminggu haid saya bersih saya akan mengalami sakit di buah dada (spt simpton wanita hamil ) berlarutan sehingga haid yg ke dua keluar ( dlm tempoh 8/10h ) dan akan hilang sakit bila haid yg kedua keluar. Dokter pakar memberi tahu saya , 1 shj peluang untuk hamil adalah ,saya perlu menurunkan berat badan,kerana PCOS hanya boleh hilang dengan turunya berat badan. Ini kerana saya memang mengalami penambahan berat badan yang mendadak,( ketegori obes ) oleh itu saya mengalami hormon yg tidak setabil.
soalannya di sini
1. boleh kah saya mengamalkan MAHARANI
2. Bagaimanakan cara pemakanan MAHARANI jika saya ambil bersama2 dengan ubat ( rawatan pakar ) berikan.Perbezaan masa pengambilan , dan sesuaikah di ambil bersama.
3. saya mengalami kesukaran membuang air besar… 2/3 hari sekali
apakah produk yg perlu di ambil.( YG HALAL )
4. simpton penyakit sy, haid 2x sebulan, sakit pinggang, dan sakit di buah dada@puting yg teramat seminggu selepas haid yg pertama dan berterusan hingga datang haid yg seterusnya.jg mengalami masalah pembuangan air besar walaupun mengamalkan mkn buah2 dan sayur hijau yg byk….
harap doc dapat membantu…TQ
Chinese physician berkata:
Cik Min,
Terima kasih kerana berminat terhadap produk kami.
(1) Pengambilan Herba Maharani boleh membantu masalah kitaran haid yang tidak normal. Namun, oleh sebab Maharani boleh menambahkan selera makanan (pada sesetengah individu), jadi anda semestinya mengawal selera dan pemakanan seharian. Masalah kegemukan sememangnya mempengaruhi peluang mengandung.
(2) Sebaiknya selangkan masa sekurang-kurangnya 4 jam selepas anda mengambil ubat doktor dan sebelum mengambil Maharani. Anda tidak dinasihatkan untuk mengambil 2 jenis ubat yang berlainan ciri-cirinya (ubat tradisional & ubat doktor) bersama.
Cara pengambilan Herba Maharani:
1 biji bola kuning (= 50 pil hitam kecil) sehari sebelum makan, & berterusan selama 6 hari. Berhenti sementara sewaktu kedatangan haid & sambung balik mengikut cara yang sama pada bulan depan apabila darah haid sudah bersih. Anda haruslah berhenti mengambil Maharani sewaktu kedatangan haid kerana badan sedang menyingkirkan darah pada masa ini & nutrien Maharani tidak dapt diserap dengan sepenuhnya.
Dos pengambilan Maharani: 1 biji bola kuning (= 50 pil hitam kecil).
Walaubagaimanapun, oleh sebab kebanyakan herba tradisional China bersifat panas, jadi untuk mereka yang mudah mengalami kepanasan badan (sakit kerongkong, pertumbuhan jerawat) semasa makan Maharani, cara-cara alternatif yang berikut disarankan:
1. Mengambil minimum 25 biji pil hitam sekali sehari
2. Minum lebih banyak air
3. Minum air garam sewaktu makan Maharani
4. Elakkan makanan goreng, makan bersifat sejuk seperti salad, buah tembikai dan teh (mengandungi kafein) semasa makan Maharani
(3) Anda boleh mengambil Hai-O Garam Buluh Premier Drink. Ambil segelas air garam buluh setiap pagi sebaik sahaja bangun daripada tidur. Kemudian diikuti 1-2 gelas air minuman. Cara ini boleh membantu pembuangan air besar.
(4) Masalah period 2 kali sebulan dan tanda-tanda yang dinyatkan adalah disebabkan masalah PCOS. Keadaan sakit pinggang dan sakit di dada dan puting merupakan masalah biasa yang dihadapi semasa period. Simptom-simptom ini boleh dilegakan dengan mengamalkan Herba Maharani. Untuk masalah pembuangan air besar, sila rujuk balasan di Pertanyaan No. 3 di atas.