March 2009

FAQ1:

chole tam Says:
March 1st, 2009 at 2:11 pm

hello doctor,
I had hair loss problem,i heard my friend said “he shou wu” can solve this problem, is that true?
By the way where can i buy “shou wu wan”? if order it with e-store can or not?

Chinese physician asnwer:

Dear Chole Tam,
“Shouwu capsule” (首乌丸)can regulate kidney and liver and can also nourishing blood circulation, it is effective on premature white hair, gray hair or hair loss problem. You can purchase this product at any Hai-O Raya Chain Sore (HQ Tel: 03-3343 8889) or through Internet (http://mall.hai-o.com.my/stores).

FAQ2:

LaraHati Says:
March 4th, 2009 at 6:10 pm

Dr,saya telah berkahwin selama 9 tahun tapi masih belum mempunyai zuriat.Kami telah pun menjalani rawatan di hospital dan didapati suami saya mengalami masaalah sperma yang tidak cukup dan juga bentuk sperma yang tidak normal.Apa yang perlu suami ambil? Saya juga baru pulih dari thyroid dan sekarang ingin mencuba BFW.Apa yang patut kami lakukan?Terima kasih.

Chinese physician berkata:

Cik Larahati,

Terima kasih kerana berminat terhadap produk kami.
Jika suami anda merokok atau minum arak, dia perlu berhenti tabiat sebegitu dan mulakan dengan gaya hidup yang sihat. Tabiat yang tidak baik akan mempengaruhi peluang mendapatkan anak.

Suami anda boleh mengambil Hai-O Euryco untuk meningkatkan stamina manakala anda boleh mengambil BFW. BFW boleh menambahkan darah tubuh dan menguatkan badan. Ia juga membantu menyelesaikan masalah kedatangan haid.

Diharapkan maklumat di atas membantu anda.

FAQ3:

rose Says:
March 5th, 2009 at 2:25 pm

hello doc,
saya berumur 31 thn, tinggi 159cm, berat 55kg, sudah berkahwin hampir 3 tahun, masih belum ada anak, pernah sekali keguguran (june 2008). 5 bulan lepas, saya menjalani pembedahan untuk membuang endometriosis cyst. Sekarang, saya mengambil Danazol (Ladogal) untuk 6-9 bulan. Bulan lepas, doctor mengesahkan masih terdapat cyst lebih kurang 2cm dan saya dinasihatkan untuk meneruskan pengambilan danazol sehingga bulan Mar 2009. Adakah ada perubatan cina (halal) yang boleh mengurangkan/mengelakkan endometriosis daripada berlaku lagi….? Dan adakah ubat-ubatan yang boleh membantu saya supaya hamil secepat yang mungkin….
terima kasih, doc

Chinese physician berkata:

Cik Rose,

Terima kasih kerana menghubungi kami.
Ubat-ubat tradisional Cina boleh membantu menguatkan badan dengan mengawalatur sistem tubuh secara menyeluruh.

Masalah endometriosis mungkin disebabkan oleh masalah hormon, faktor genetik, sistem imunisasi dan sebagainya.

Masalah endometriosis cyst merupakan salah satu faktor ketidakhamilan. Anda dinasihatkan untuk mengikuti nasihat doktor kerana dalam pertengahan proses rawatan.

Selepas menghabiskan rawatan, anda boleh menguatkan badan dengan mengambil Herba Maharani. Herba ini membantu menambahkan darah badan di samping melegakan masalah wanita (kedatangan haid yang tidak teratur, sakit haid, keputihan) dan mengawalatur keseimbangan hormon badan. Produk ini memperoleh pengiktirafan Halal daripada China Islamic Association.

Selepas tubuh menjadi kuat dan kedatangan haid adalah normal, peluang mengandung akan bertambah.

FAQ4:

wardah Says:
March 12th, 2009 at 11:03 am

hello doc
sy wardah,dah berkahwin 3 thn tp still tak pnh pregnant.sy ada jmpa pkr n disahkan PCOS.sy di bg ubat trun drh coz haid sy tak turun sampai sethn dan mkn clomid tp takde prbhn..brt bdn je makin naik..sy ada try ubat cina tp namanya PAI FENG WAN.sy nak tanya doc adakah ubat ni sama je dgan BAI FENG WAN.sy takut ubat yg sy makan tu tiruan je coz xde jg prbhn….apa yg sy pelu ambil bg mgtsi PCOS ni supaya cpt hamil selain mgawal berat badan…harap doc leh bantu

Chinese physician berkata:

Cik Wardah,
PCOS adalah masalah umum yang dihadapi oleh golongan wanita. Masalah kegemukan dan ketidakseimbangan hormon adalah antara punca-punca masalah PCOS. PCOS dan kegemukan adalah punca-punca ketidakhamilan.

Anda perlu mengatasi masalah PCOS terlebih dahulu dengan mendapatkan nasihat doktor mengenai rawatan yang paling sesuai. Selain menjalani rawatan, anda boleh mengambil Herba Maharani (Bei Jing Te Zhi Bai Feng Wan) supaya membantu mengawalatur hormon badan. Selain itu, ia juga mengatasi masalah wanita seperti kedatangan haid yang tidak teratur, sakit haid dan masalah keputihan.

Pada masa yang sama, anda perlu terus mengawal berat badan. Amalkan gaya hidup yang sihat dan bersenam.

Untuk pengetahuan cik, terdapat banyak produk Bai Feng Wan di pasaran. Cik perlu memastikan produk yang dibeli mempunyai No. MAL (nombor pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu MAL _______) dicetak pada kotak. Anda boleh membeli produk Bai Feng Wan syarikat kami dari stokis atau cawangan yang terdekat. Anda boleh melayari laman web http://www.hai-omarketing.com.my untuk mendapatkan no. tel tersebut.

FAQ5:

mami Says:
March 12th, 2009 at 2:17 pm

hi doc?
doc sy berumur 24thn dan tidak pernah datang bulan. selain itu sy mempunyai masalah kegemukan. adakah punca kegemukan mengangu mslh haid? selain itu ubat bai feng wan adakah boleh membantu?

Chinese physician berkata:

Cik Mami,
Kegemukan yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon akan mengakibatkan masalah kedatangan haid.

Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengenalpasti punca sebenar masalah kedatangan haid. Bai Feng Wan boleh membantu mengatasi masalah wanita seperti kedatangan haid yang tidak teratur, sakit haid dan masalah keputihan.

Anda diingatkan agar mengenalpasti punca sebenar masalah dan mendapatkan nasihat doktor kesesuaian mengambil Bei Feng Wan jika perlu menjalani apa-apa rawatan nanti.

Anda juga perlu mengamalkan gaya hidup sihat, bersenam dan mengawal pemakanan seharian.

FAQ6:

anisah nadiah Says:
March 20th, 2009 at 9:18 am

saya baru keguguran pada akhir feb 2009 yang lalu dengan kandungan 2 bln.saya sedang berpantang dan ingin bertanya apakah kesannya sekiranya saya mengamalkan seluar dan bengkung beautiful hai-o sepanjang proses berpantang sebagai ganti bengkung yang biasa digunakan secara tradisional.adakah akan menjejaskan kesihatan saya dan peluang saya untuk hamil akan datang. dan adakah ia mampu memulihkan luka dalaman rahim selepas menjalani proses d & C.

Chinese physician berkata:

Cik Anisah,
Untuk pengetahuan cik, anda boleh memakai Premium Beautiful Hai-O sepanjang masa berpantang.

Sepanjang tempoh pemulihan, anda dinasihatkan mengambil produk penjagaan kesihatan agar memulihkan tenaga batin badan. Jika tiada masalah kesihatan yang lain, anda boleh cuba Herba Maharani. Oleh sebab anda pernah mengalami keguguran, anda dinasihatkan supaya mengamalkan pengambilan produk ini selama 6 bulan untuk menguatkan badan sebelum merancang untuk mengandung lagi.

Herba Maharani mengandungi ayam hitam (Gallus Gallus Domesticus), Cornu Cervus Nippon dan herba-herba tradisional China seperti ginseng, Concha Ostrea Gigas, Radix Angelica Sinensis dan sebagainya. Bahan utama produk iaitu Gallus Gallus Domesticus dan Cornu Cervus Nippon memperkuatkan hati, ginjal, menambahkan darah dan tenaga batin.

Ia membantu menyelesaikan masalah kronik wanita dan gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan dan lain-lain), merupakan amalan terbaik untuk wanita selepas bersalin (menguat dan mengecutkan otot rahim) dan menyelesaikan masalah sakit pinggang dan belakang, angin dalam badan, kebas.

FAQ7:

bunga Says:
March 21st, 2009 at 1:18 am

hi doc, saya berumur 27 tahun dan sudah berkahwin selama 7 tahun. masalah yang saya hadapi sekarang. pada permulaan perkahwinan saya, saya pernah hamil sebanyak 3 kali dan juga pernah mengugurkan kandungan saya di klinik sebanyak 3 kali. Ini kerana pada waktu itu saya dan suami belum bersedia untuk menimang cahaya mata. tetapi sekarang setelah saya rasa sudah cukup bersedia….saya pula sukar untuk hamil. apa patut saya buat doc? adakah kesan daripada saya melakukan penguguran? adakah saya mandul? apa patut saya lakukan doc??? bantulah saya doc…..

Chinese physician berkata:

Cik Bunga,
1.Anda perlu melakukan pemeriksaan daripada doktor pakar wanita dengan mengenalpasti samada masalah anda sekarang adalah disebabkan oleh kesan selepas tindakan pengguguran sebanyak 3 kali itu. Di samping itu, suami anda perlu melakukan pemeriksaan juga.
2.Jika faktor-faktor di atas dikecualikan dan masalah anda adalah disebabkan oleh kelemahan badan, anda boleh mencuba rawatan tradisional cina.
3.Anda boleh mencari punca masalah terlebih dahulu, barulah mendapatkan nasihat dan rawatan daripada tabib kami.

FAQ8:

saras Says:
March 23rd, 2009 at 3:31 pm

Saya berumur 27thn,saya pernah mengalami keguguran 2 kali,
Sebelum mengandung dulu saya pernah mengambil ubat kesuburan sebab saya megalami masalah kesuburan.Selepas keguguran 2 kali doktor diagnos saya menghidap Pcos. Saya juga mengalami haid tidak tetap 2 kali setahun,Tuan boleh tolong saya merawat penyakit pcos ini,,,saya betul betul memang ingin mengandung,,,tolong saya

Chinese physician berkata:

Cik Saras,
PCOS adalah masalah umum yang dihadapi oleh golongan wanita. Masalah kegemukan dan ketidakseimbangan hormon adalah antara punca-punca masalah PCOS. PCOS dan kegemukan adalah punca-punca ketidakhamilan.

Anda perlu mengatasi masalah PCOS terlebih dahulu dengan mendapatkan nasihat doktor mengenai rawatan yang paling sesuai. Selain menjalani rawatan, anda boleh mengambil Herba Maharani (Bei Jing Te Zhi Bai Feng Wan) supaya membantu mengawalatur hormon badan dan meningkatkan peluang untuk mengandung. Selain itu, ia juga mengatasi masalah wanita seperti kedatangan haid yang tidak teratur, sakit haid dan masalah keputihan.

FAQ9:

Angle Says:
March 24th, 2009 at 5:26 pm

I always having this back pain after washing cloth or before my period. . May i know can i take Te Zhi Bai Feng Wan to prevent my back pain and always having flu. Or any that i can take for my health. Thank you

Chinese physician asnwer:

Dear Angle,
Yes. You can take Te Zhi Bai Feng Wan for your health. Te Zhi Bai Feng Wan is a renowned Traditional Chinese Medicine (TCM) healthcare product for women’s health.

The main ingredient of Te Zhi Bai Feng Wan, Gallus Gallus Domesticus (black fowl) is consumed after period to restore the energy and nourish the blood of women after period. It is the solution for women who suffer from menstrual pain, white discharge and irregular period.

Prolong consumption is good to maintain healthy body, relieves waist and back pain, preserves youthfulness and reduce tiredness.

You can start to take Bai Feng Wan (1 yellow ball = 50 black pils) after your period, continuous for 6 days. Stop after this and continue back after your next period cycle. Remeber to drink more water when taking the pils as most of the TCM herbs is heaty.

FAQ10:

Rosalind Says:
March 25th, 2009 at 12:37 pm

Dear sinseh,

Setahun tiga bulan yang lepas saya pernah melahirkan seorang anak melalui pembedahan ceasarean. Masalah saya adalah seperti berikut :-

1. Tulang belakang sakit dan tapak tangan/kaki saya sentiasa rasa sejuk.

2. Adakah bahaya mengandung lagi dalam jangka masa kurang dari 2 tahun?

Chinese physician berkata:

Cik Rosalind,
Salam sejahtera.

(1)Masalah ini disebabkan oleh kekurangan ‘Yang Qi’, anda disyorkan supaya kurangkan pengambilan minuman sejuk dan berada dalam bilik berhawa dingin.
(2)Kelahiran bayi melalui pembedahan mengambil masa yang panjang untuk pemulihan, adalah lebih selamat jika anda merancang kehamilan selepas 2 tahun.

FAQ11:

sya Says:
March 30th, 2009 at 3:50 pm

hai!Doc,
saya dah 3 thn berkahwin & blum punyai anak. umur 31 thn. ketinggian 164 cm & berat 65 kg. peredaran haid tepat masanya & hormon stabil. suami tidak punyai masalah. saya sebelum ini pernah menjalani pembedahan menbuang endometriosis cyst & test tube. Doktor mengesahkan tiub tersumbat. Adakah dgn mengamalkan herba boleh mengatasi masalah tiub tersumbat..?

Chinese physician berkata:

Salam sejahtera. Masalah tiub tersumbat mungkin merupakan punca utama ketidakhamilan, dan ubat tradisional cina boleh membantu tetapi masa rawatan adalah agak lama (6 hingga 12 bulan). Selain itu, terdapat 40% pesakit endometriosis mengalami masalah ketidakhamilan, maka anda boleh mempertimbangkan kaedah bayi tabung uji.

FAQ12:

Yusran Says:
March 30th, 2009 at 7:11 pm

Dear Doc,
I am 26 year old and not married women. Lately my period does not have regular cycle as I usually do. I do not have my period for the pass 2 month. It worried me as I am single and have not done sexual intercourse. For your information, I have been very stress lately and have not got enough sleep because of my works and projects. To make thing difficult for me, I have yellow and sometime brown discharge for my vigina every now and then. It really uncomfortable for me. For the passed few day, my vigina feel really itchy. So I put dipper cream to sought it. Now the discharge becomes a little bit brownish. I loss my appetite but my weight is gaining even I control my diet. Can you suggest what should I do to overcome this health problem? Any medicine to cure this problem? What really happen to me and what is the cause of this problem? Any way to prevent so it would not happen again? Thank again.

Chinese physician asnwer:

Ms.Yusran,
1.According to your problem, you can take Minshan Xiao Yao Wan逍遥丸 & Minshan Yu Dai Wan愈带丸. It helps to release your tension and discharge problem.
2.However, the best way is to arrange your time and live by not bringing your work tension back home because long-term exposure to stress and lack of sleep will disrupt your body system and lead to serious health problems.

Comments are closed.