January 2009
FAQ1:
SHANTHINI Says:
January 12th, 2009 at 2:30 pm
WHAT THE VITAMIN THAT I CAN TAKE AFTER GET A DELIVERY THE GOOD
FOR HEALTH AFTER GIVE BIRTH
Chinese physician answer:
1.From the opinion of Chinese physician, you can take tonics that improve your blood and Qi after childbirth.
2.You can boil water mix either with Dang Gui (当归) or Korean Ginseng (高丽参) or Cordyceps (冬虫草) or American Wild Ginseng (野山泡参) once in a week.
3.Besides that, you can prepare soup with medicine mixtures of Black Dates (黑枣), Tang Shen (党参), Discorea (淮山), Astragalus (北芪) and Fructus Lycii (杞子). They are helpful to you too.
4.You can also take some medicated liquor like Gingseng Liqour (银杏人参酒) or Yean Min Chiew (中国延命酒).
FAQ2:
Anne Says:
January 13th, 2009 at 4:39 am
Salam sejahtera,
Saya 24 tahun, ibu kepada 2 orang anak dan sudah berkahwin selama 5 tahun.Saya tidak berapa pasti tentang masalah yang saya sedang hadapi dan ingin mendapatkan kepastian sama ada saya bermasalah atau tidak.
Sejak saya mengandungkan anak yang pertama, saya kurang rasa minat untuk melalukan persetubuhan dengan suami.Pada mukanya saya beranggapan mungkin kerana pembawakan mengandung sahaja.
Semakin lama ia berlarutan sehingga sekarang hingga menyebabkan pergaduhan diantara saya dan suami.Saya menjadi semakin teruk dan mengabaikan kehendak suami.
Apa yang saya alami sekarang seperti berikut:
1) Selalu mengelak daripada bersetubuh dgn suami.
2) Susah untuk merasa terangsang jika lebih dari 1 kali dalam seminggu melakukanya.Hanya 3 - 4 kali sahaja sepanjang perkahwinan, saya mencapai klimax sehingga 2 kali (maximum) semasa bersamaIa hanya berlaku jika tempoh agak lama tidak bersama.Selalunya saya akan membiarkan suami klimax sahaja kerana saya ingin cepat2 selesai
3)Selalu merasa senak dan tidak selesa ketika melalukanya.
4) Bagi pendapat saya sex ini activiti yang memenatkan dan tidak menggembirakan.
Saya hanya akan rasa mudah terangsang dan senang untuk climax jika lebih 2 minggu tidak bersama.
Adakah saya bermasalah?
Kalau Ya jawapannya apakah masalah saya dan apa harus saya lakukan?
Terima Kasih.
Chinese physician berkata:
Cik Anne,
1.Sebuah perkahwinan yang bahagia memerlukan bimbingan dan sokongan daripada suami isteri. Mungkin anda masih berasa ketidaksesuaian dengan kewujudan anak anda.
2.Anda perlu berhadapan dengan kerja rumah tangga dan menjaga anak sehingga ia menjadi satu bebanan dan kepenatan kepada anda kerana kehidupan anda bertambah sibuk.
3.Tanpa sedar, keadaan itu membuat anda lupa untuk memelihara perhubungan dengan suami. Tambahan pula, sebahagian lelaki yang sibuk dengan kerja akan mengabaikan perasaan pasangannya dengan tidak prihatin terhadap masalah dan keperluan isteri.
4.Saling memahami dan memaafkan serta bertolak-ansur boleh membina kehidupan perkahwinan yang sempurna dan perhubungan yang penuh dengan kasih sayang.
5.Perasaan yang wujud dalam proses hubungan kelamin adalah lebih penting daripada mencapai klimaks, mungkin anda telah lupa perasaan yang dialami semasa anda berdua baru kenal.
6.Melakukan hubungan kelamin memerlukan usaha kedua-dua pihak dan bukannya penting sangat jika isteri tidak mencapai klimaks kerana pihak wanita tidak selalu boleh mencapai klimaks. Keadaan ini adalah berbeza dengan pihak lelaki.
7.Anda perlu menikmati masa bersama dengan suami, lupakan tekanan kehidupan. Anda boleh berkongsi pemikiran dan masalah dengan suami supaya boleh sama-sama mengatasinya.
8.Di samping itu, anda boleh mengambil produk yang berkhasiat seperti “Tongrentang Te Zhi Bai Feng Wan (同仁堂特制白凤丸)”, ia dapat membantu melegakan emosi, pengaliran darah, mengurangkan tekanan, dan mengatasi masalah haid.
9.Anda boleh mendapatkan rawatan daripada doktor pakar wanita jika keadaan perlu.
10.Tongrentang Te Zhi Bai Feng Wan (同仁堂特制白凤丸) merupakan produk yang HALAL. Anda boleh menghubungi talian ini 03-3348 4257 untuk maklumat yang lebih lanjut.
FAQ3:
wani Says:
January 15th, 2009 at 10:59 am
selamat sejahtera..
doc, saya nat tahu apakah produk yg sesui untuk kuruskan bdn…berat saya 70kg dan ketinggian saya 153cm…saya mempunyai seorang anak dan saya telah mengamalkan makan maharani sejak 3 bulan dan skrg masih menagamalkannyer…
Chinese physician berkata:
Cik Wani,
Untuk pengetahuan anda, selepas makan Maharani, selera akan bertambah (keadaan ini bergantung kepada sifat tubuh individu). Jika terasa selera bertambah, anda perlu mengawal pemakanan anda.
Menilai berat dan tinggi, anda menghadapi masalah obesiti. Jadi, untuk membantu anda mengatasi masalah ini, terdapat beberapa produk yang boleh anda pertimbangkan (bergantung kepada punca masalah kegemukan yang dihadapi).
(a) Hai-O Chitosan (untuk mereka yang gemar makanan berlemak/ dengan paras kolesterol darah yang tinggi)
Chitosan boleh membantu menyerap dan menyingkirkan toksin, bahan buangan dan lemak daripada tubuh. Ia membantu menurunkan kolesterol, tekanan darah dan gula dalam darah.
(b) N-Plus (untuk mereka yang menghadapi masalah kegemukan dan sembelit dengan perut buncit)
Minuman ekstrak buah haw membekalkan anda nutrien dan serat diet. Serat membantu peritalsis kolon dan memudahkan penyingkiran bahan buangan dan toksin. Serat juga membantu menyerap kolesterol, lemak dan gula dalam kolon.
(c) Garam Buluh Premier Drink (mereka yang gemar makan daging, makanan pedas dan menghadapi masalah sembelit)
Garam buluh kaya dengan bahan mineral, bersifat alkali dan mempunyai kuasa anti-pengoksidaan untuk mencegah penuaan. Mereka yang menghadapi masalah kegemukan juga mempunyai susuk badan yang bersifat asid. Pengambilan garam buluh yang berterusan dapat membantu menyeimbangkan pH badan supaya berada dalam julat pH badan yang sihat iaitu 7.35 - 7.45 (bersifat alkali lemah).
Selain pengambilan produk penjagaan kesihatan yang dinyatakan, anda juga boleh memakai set Premium Beautiful untuk membantu menguruskan badan semasa mengamalkan pengambilan produk-produk yang dinyatakan tadi.
Harap maklumat di atas membantu anda.
FAQ4:
Pn. Nora Says:
January 15th, 2009 at 3:40 pm
Saya baru sahaja membeli produk Maharani. Disini saya ingin membuat pertanyaan adakah produk ini benar2 halal untuk digunakan oleh orang islam kerana terdapatnya kandungan bahan-bahan dari haiwan. Adakah kandungan haiwan yang digunakan halal?. Saya juga ingin mengetahui adakan produk ini dapat membantu saya untuk mendapat anak?.
Harap maklum di atas bantuan anda.
Chinese physician berkata:
Pn. Nora,
Herba Maharani sememangnya produk yang HALAL. Ia telah memperoleh pengiktirafan Halal daripada China Islamic Association di China. Untuk pengetahuan puan, status Halal yang diisu oleh China Islamic Association ini diiktirafkan oleh Jakim Malaysia. Puan boleh melayari laman web Jakim http://www.halaljakim.gov.my
dan cari seksyen Badan Islam untuk China.
Mengenai kandungan haiwan Herba Maharani, ramuan-ramuan tersebut ditambah sebagai ingredien aktif utama produk ini seperti yang berikut:
1. Gallus Gallus Domesticus (ayam hitam). Proses penyembelihan ayam ini adalah mengikut praktis Islam.
2. Cornu Cervus Nippon adalah tanduk rusa.
3. Os Sepiella Maindroni adalah tulang sotong.
Jika anda tidak mempunyai masalah kesihatan selepas berjumpa dengan doktor, anda boleh mengambil Herba Maharani untuk menambahkan peluang mengandung. Hal ini kerana Maharani membantu mengawalatur kitaran haid supaya menjadi normal dan menguatkan badan. Jadi, terdapat pengguna yang mendapati produk ini membantu mereka.
FAQ5:
fieza Says:
January 16th, 2009 at 3:24 pm
hi,
sejak dua hari lepas saya mengalami keputihan yang byk sangat dan mengeluarkan bau yg tidak menyenangkan.ia berterusan sampai kehari ni dan mengalami gatal yg amat sangat pada tempat sulit. saya adalah seorg ibu kepada seorang anak yg sudah berkahwin 2 tahun yg lepas dan berumur 26thn.adakah cara lain tuk mengubati kegatalan selain drpd mencucinya.adakah ia sesuatu yg bahaya ataupun boleh menyebabkan bernanah atau sebagainya.harap doctor dapat membantu,
terima kasih..
Chinese physician berkata:
Cik Fieza,
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor supaya mengenalpasti punca masalah anda. Kemungkinan besar berlakunya jangkitan pada bahagian sulit.
Anda boleh mencuci tempat sulit dengan menggunakan Femi 9 Initmate Wash. Ia berkesan untuk membersihkan, menghilangkan bau dan menyegarkan serta mengekalkan pH semulajadi yang menghalang jangkitan di sekitar faraj. Femi 9 diperkaya dengan ekstrak Manjakani, triclosan, vitamin E dan mentol. Ia membantu melindungi dan mengelakkan bahagian intim daripada ketidakselesaan, berbau akibat keputihan berlebihan dan jangkitan yang lain.
Selain mencuci, anda juga boleh mengamalkan Herba Maharani yang turut membantu mengatasi masalah keputihan. Anda boleh mengambil Maharani sebelum dan selepas period dan dapat merasai kesan produk ini setelah ambil berterusan selama 3-6 bulan.
FAQ6:
En. Azhari Says:
January 20th, 2009 at 10:13 pm
Isteri saya mengalami masalah “rahim terbalik” dan juga “cyst” di dalam rahim. Juga mempunyai masalah “endometriosis”. Mengalami kesakitan yg amat sangat ketika period. Apakah cara mengatasi masalah ini?
Chinese physician berkata:
En. Azhari,
Untuk masalah isteri anda, kami nasihatkan agar dia mendapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor kerana masalah-masalah yang dinyatakan tersebut akan mempengaruhi peluang isteri anda hamil.
Mengenai kesakitan period yang teruk, isteri anda boleh mengambil Herba Maharani (Te Zhi Bai Feng Wan). Herba ini merupakan gabungan pelbagai jenis ubat tradisional China yang diformulasi untuk menambah tenaga batin dan darah badan. Ia juga berkesan dalam membantu menyelesaikan masalah-masalah wanita seperti kesakitan period, period yang tidak tetap, masalah keputihan dan sebagainya. Herba Maharani diambil selepas period selama 6 hari berturut-turut untuk menguatkan badan selepas menyingkirkan darah kotor.
Namun, isteri anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat doktor mengenai kesesuaian dia untuk mengambil Herba Maharani.
FAQ7:
noor aini Says:
January 23rd, 2009 at 4:43 pm
anak saya berumur 9 tahun.baru-baru ni dia kerap buang air besar cair dan bercampur dengan darah.apa kah punca nya dan ada kah ianya merbahaya.
Chinese physician berkata:
Salam sejahtera.
Jika bahan buangan anak anda masih mengandungi darah, anda perlu membawa dia berjumpa dengan doktor dan menjalani ujian makmal terhadap bahan buangan supaya punca tersebut boleh dikenalpasti.
FAQ8:
tiffany Says:
January 23rd, 2009 at 8:06 pm
perempuan(17tahun)
pada bahagian kemaluan saya berasa sakit bukan sering tapi cuma kadang lala.. sebelum ini bahagian kemaluan saya mengeluarkan keputihan yg agak banyak .. sebelum ini saya mengeluarkan darah selepas hubungan intim dgn bf saya..
adakah saya menghidap penakit kanser rahim???
harap doc tolong…
terima kasih..
Chinese physician berkata:
Salam sejahtera.
Anda dinasihati supaya membuat pemeriksaan daripada doktor. Jika anda mengalami pengeluaran darah selepas bersetubuh dengan suami merupakan keadaan yang tidak sihat. Adalah normal jika wanita mengalami keputihan hanya dengan keadaan di mana keputihan tersebut tidak membawa bau busuk atau terdapat perubahan pada warnanya. Biasanya, pendarahan selepas hubungan kelamin boleh disebabkan oleh masalah vagina atau keradangan servikal. Oleh itu, anda perlu melakukan pemeriksaan yang lebih mendalam lagi.
FAQ9:
Intan Says:
January 28th, 2009 at 7:42 pm
Salam sejahtera,
Saya ingin mendapatkan kepastian doktor, perlukah saya menghentikan pengambilan produk maharani selepas 3 bulan kerana melihat arahan pada cara pengambilan maharani, produk ini tidak boleh diambil secara berterusan selama 3 bulan. Harap doktor dapat membantu.
Chinese physician berkata:
Cik Intan,
Untuk pengetahuan cik, kenyataan ‘tidak sesuai diambil secara berterusan selama 3 bulan’ adalah untuk cara pengambilan yang mana pengguna mengambil Maharani setiap hari untuk 3 bulan yang berterusan. Masalah panas badan (’heaty body’) mungkin timbul dalam kalangan sesetengah pengguna jika diambil berterusan.
Cara pengambilan yang standard untuk Maharani adalah : ambil selepas kedatangan haid, selama 6 hari berterusan, 1-2 biji bola kuning setiap kali. Hentikan sementara selepas 6 hari dan sambung semula selepas kedatangan haid yang seterusnya pada bulan depan. Untuk pengetahuan anda, Maharani tidak diambil sewaktu kedatangan haid.
Jika anda mengikut cara pengambilan yang standard, anda tidak perlulah berasa risau.
FAQ10:
Mzlyn Says:
January 30th, 2009 at 9:14 pm
hai , saya sudah mkn herbal maharani selama 5 tahun sehingga sekarang.Dan memakai bekung n seluar PB.Bagi pengahtuan DR,saya ada masalah Overian cyst. Pertanyaan saya,adakh boleh cyst saya hilang selepas makan maharani atau memakai seluar PB?
Chinese physician berkata:
Cik Mzlyn,
Untuk pengetahuan cik, fungsi utama Heba Maharani adalah membantu menambahkan darah badan dan melegakan masalah wanita seperti kedatangan haid yang tidak tetap, sakit haid, masalah keputihan dan mengaktifkan hormon tubuh.
Bagi Premium Beautiful, siri pakaian dalam ini boleh membantu membentuk kontur badan yang menarik, melegakan sakit pinggang dan membantu mereka yang menghadapi masalah kegemukan.
Sebenarnya, masalah ovarian cyst berpunca daripada beberapa faktor dalaman iaitu masalah cyst yang terdahulu, kedatangan haid yang tidak tetap, ketidakseimbangan hormon dan sebagainya.
Anda dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan doktor mengenai punca sebenar masalah cyst. Dengan ini, anda boleh mengatasi masalah cyst dengan cara yang paling sesuai.
FAQ11:
chin Says:
January 30th, 2009 at 10:50 pm
my father can not walk after having high fever. now already two months his leg always feel cramp(blood like not going through). and the leg can not
straight. do you think by acupuncture can cure the said problem ?
Chinese physician answer:
You can take your father to get the acupuncture treatment at Peking Tongrentang (M) Sdn Bhd (Tel: 603-21417958/9) or Sanjiu Hai-O TCM (M) Sdn Bhd (Tel: 603-92837200) as it is good for him.
FAQ12:
jai Says:
January 24th, 2009 at 12.25 pm
salam sejahtera,
Saya tidak mengalami masalah kitaran haid cuma mengalami masalah berat badan yang saya rasa tidak seimbang. Berat badan saya sekrang ni 56kg tetapi ketinggagian saya 137″. Bolehkah herba maharani membantu. memandangkan saya pernah mencuba tetapi masalahnya saya perut saya sentiasa lapar berbanding semasa sya tidak mengamalkan maharani. Adalah ini kesan sampingan atau hanya untuk sementara sahaja. TQVM
Chinese physician berkata:
Cik Jai,
Untuk pengetahuan cik, salah satu fungsi Maharani adalah meningkatkan kadar metabolisme badan. Jadi, selera akan bertambah jika mengambil Maharani. Anda perlu mengawal diet seharian.
Berdasarkan berat dan ketinggian badan, anda kini menghadapi masalah kegemukan. Untuk membantu mengatasi masalah ini, anda dinasihatkan untuk:
1. mengawal pengambilan diet seharian
2. memakai Premium Beautiful Foundation Lingerie (siri Pakaian Dalam Pembentukan Badan)
Pada masa yang sama, anda boleh mengambil salah satu daripada beberapa produk di bawah untuk membantu mengawalatur badan secara dalaman (bergantung kepada punca masalah kegemukan yang dihadapi)
(a) Hai-O Chitosan (untuk mereka yang gemar makanan berlemak/ dengan paras kolesterol darah yang tinggi)
Chitosan boleh membantu menyerap dan menyingkirkan toksin, bahan buangan dan lemak daripada tubuh. Ia membantu menurunkan kolesterol, tekanan darah dan gula dalam darah.
(b) N-Plus (untuk mereka yang menghadapi masalah kegemukan dan sembelit dengan perut buncit)
Minuman ekstrak buah haw membekalkan anda nutrien dan serat diet. Serat membantu peritalsis kolon dan memudahkan penyingkiran bahan buangan dan toksin. Serat juga membantu menyerap kolesterol, lemak dan gula dalam kolon.
(c) Garam Buluh Premier Drink (mereka yang gemar makan daging, makanan pedas dan menghadapi masalah sembelit)
Garam buluh kaya dengan bahan mineral, bersifat alkali dan mempunyai kuasa anti-pengoksidaan untuk mencegah penuaan. Mereka yang menghadapi masalah kegemukan juga mempunyai susuk badan yang bersifat asid. Pengambilan garam buluh yang berterusan dapat membantu menyeimbangkan pH badan supaya berada dalam julat pH badan yang sihat iaitu 7.35 - 7.45 (bersifat alkali lemah).
FAQ13:
sushi Says:
January 23rd, 2009 at 4.43pm
Saya mengalami period yg x teratur dan tahun lepas doc bagi kat saya sejenis pil perancang untuk mmbtlkan period , ambik pada aug’08 dan period sep,oct & Nov dan Dec takde,Jan 09 nie saya ambik ubat kluarkan period baru keluar dan timbul satu masalah period saya sampai 2 mnggu dan hanya keluar sikit start dari hari ke-6 sampai sekarang.DLm kes mcm nie boleh ke saya hamil memandangkan tahun ni dah masuk 2tahun kwin still x dpt BB lg
Chinese physician berkata:
Cik Sushi,
Untuk pengetahuan cik, period yang tetap sememangnya penting untuk membolehkan anda hamil.
Jika masalah anda telah berlanjut untuk suatu tempoh yang lama, anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan terperinci daripada doktor untuk mengenalpastikan punca period yang tidak teratur. Kadang kala masalah ini disebabkan oleh masalah organ badan. Jika selepas menjalani dan didapati bukannya masalah organ, anda boleh mencuba Herba Maharani.
Ia mengandungi ayam hitam (Gallus Gallus Domesticus), Cornu Cervus Nippon dan herba-herba tradisional China seperti ginseng, Concha Ostrea Gigas, Radix Angelica Sinensis dan sebagainya. Bahan utama produk iaitu Gallus Gallus Domesticus dan Cornu Cervus Nippon memperkuatkan hati, ginjal, menambahkan darah dan tenaga batin.
Fungsi-fungsi Herba Maharani adalah seperti yang berikut :
1. Menyelesaikan masalah kronik wanita dan gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan dan lain-lain)
2. Amalan terbaik untuk wanita selepas bersalin (menguat dan mengecutkan otot rahim)
3. Menyelesaikan masalah sakit pinggang dan belakang, angin dalam badan, kebas
4. Awet muda, memberikan keanjalan kulit
5. Menghilangkan keletihan dengan meningkatkan kadar metabolisme
Cara pengambilan Herba Maharani :
Jika period tidak tetap & menghadapi masalah ketidakselesaan (senggugut, keputiihan, sakit pinggang), anda perlu menguatkan badan terlebih dahulu. Anda boleh mengambil Herba Maharani pada hari ke-6 period, 1 atau 2 biji bola kuning sehari & berterusan sehingga period yang seterusnya pada bulan depan.
Peringatan :
Jika rasa ‘panas badan’ (’heaty’) atau kerongkong terasa kering selepas mula makan, anda boleh:
1. Mengurangkan pengambilan menjadi satu/ separuh biji bola kuning (=25 pil hitam yang kecil)
2. Minum air garam waktu anda makan Herba Maharani
3. Elakkan makanan bersifat sejuk seperti buah tembikai dan salad sewaktu mengambil Maharani
Biasanya, anda boleh merasai keberkesanan produk selepas 2/3 bulan mengambilnya.