December 2008
FAQ1:
AZRA Says:
December 2nd, 2008 at 3:48 pm
saya berumur 34 thn. Telah berkahwin selama 8 thn. tetapi belum mempunyai anak. Suami berumur 29 tahun. Saya datang haid tiap-tiap bulan, tetapi tidak tetap tarikh. Selalu datang awal 4 atau 6 hari. Ada sedikit senggugut, kadagkala keputihan. Pernah beberapa kali mencuba pil kesuburan dari doktor kesihatan tetapi tidak berjaya. Pernah mencuba berbagai produkkesuburan juga tidak berjaya dan membuat pemeriksaan yang berkaitan spt kesuburan, pap smear, tiub fillopian dan suami telah menjalani pemeriksaan sperma, juga tiada apa-apa masalah. Sebelum berkahwin saya tidak pernah mengalami masalah di atas dan haid tetap sama pada tarikh. Saya sering mengalami masalah sembelit dan najis keras. Suami pula ada keturunan lambat mendapat zuriat. Suami mempunyai masalah darah tinggi tetapi tidak serius. Tinggi suami 186 berat 101 kg. Saya tinggi 150 berat 42 kg. Tolong beri pandangan terhadap masalah saya ini.
Chinese physician berkata:
Salam sejahtera,
Erti ketidakhamilan ialah apabila satu pasangan suami isteri telah berkahwin selama 2 tahun dan tidak pernah mencegah hamil (kontraseptif) tetapi masih gagal mempunyai anak.
Bagi situasi anda ialah anda telah berkahwin selama 8 tahun tetapi masih tidak beranak boleh dikategorikan sebagai ketidakhamilan.Terdapat banyak sebab kepada masalah ketidakhamilan, ia boleh berpunca daripada suami atau isteri atau keuda-duanya.
Anda disyorkan supaya mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang lebih terperinci di hospital untuk mengetahui punca sebenarnya masalah anda.
FAQ2:
herman Says:
December 11th, 2008 at 12:23 pm
Dear Hai.o Online advice,
saya ingin bertanya istri saya sekarang hamil 6 bulan 2 minggu,tapi kelihatan kecil, bayi nya kata dokter laki2, masalahnya berapa kah berat badan bayi dan panjang bayi yg sesuai untuk kandungan 6 bulan ? Terima Kasih.
Chinese physician berkata:
Salam sejahtera,
Pengiraan untuk panjang bayi ialah: (A) sebelum 20 minggu penghamilan (sebelum 5 bulan), panjang bayi dalam cm adalah sama dengan bulan penghamilan persegi. Contoh: Penghamilan 4 bulan, panjang bayi sama dengan 4² = 16cm.
(B) Selepas 20 minggu penghamilan (selepas 5 bulan), panjang bayi sama dengan bulan penghamilan darab 5. Contoh: Penghamilan 6 bulan, panjang bayi sama dengan 6 x 5 = 30cm.
Isteri anda telah mengandung selama 6 bulan 2 minggu, iaitu6.5bulan. Maka panjang bayi ialah 6.5 x 5 = 32.5cm, hampir 32.5cm dan berat badan adalah hampir 700g. Pengiraan di atas adalah kiraan secara kasar, panjang dan berat bayi boleh disebabkan oleh faktor-faktor yang lain seperti unsur keturunan, khasiat dan sebagainya.
FAQ3:
Syah2511 Says:
December 12th, 2008 at 9:22 am
Salam sejahtera,
Baru-baru ini saya telah membuat pemeriksaan darah, hasil yang diterima memaklumkan bahawa saya mempunyai jangkitan dihati. Berikut adalah keputusan pemeriksaan darah;
LIVER FUNCTION TEST
Total Protien : 8.6 g/dL 86 g/L
Albumin : 5.3 g/dL 53 g/L
Globulin : 3.3 gm/dL 33 g/L
A/G Ratio : 1.6
Total Bilirubin : 0.7 mg/dl 12.0 umol/L
SGOT/AST : 98 U/L
SGPT/ALT : 270 U/L
Gamma Glutamyl Transpeptidase (GGT) : 154 U/L
Alkaline Phosphatase : 86
Untuk pengetahuan tuan, saya pengamal Bio-Aura Hitec Water System & juga memakai bengkung pinggang Premium Beautiful (sekali-sekala pakai) dan juga memakan Hai-O Chlorella (kadang-kadang / bila terasa perlu sahaja)
Pada pandangan tuan, adakah penyakit hati saya serius? Apa yang harus saya buat untuk merawat penyakit ini?
Chinese physician berkata:
Syah,
Anda boleh terus mengamalkan air Bio-Aura kerana air yang bersifat alkali boleh membantu mengawalatur susuk badan dan baik untuk penjagaan kesihatan tubuh yang berpanjangan.
Untuk pengetahuan anda, syarikat kami akan memperkenalkan produk penjagaan kesihatan yang baru, iaitu Nurich Vital-Liv Capsule di bawah jenama Nurich pada 20/12/2008 (semasa Sambutan Ulang Tahun Ke-16). Vital-Liv Capsule ini merupakan kombinasi ekstrak herba untuk melindungi hati anda. Ramuan utamanya terdiri daripada Milk Thistle dan Phyllanthus Niruri. Kebaikannya termasuklah:
1. melindungi hati daripada unsur toksin dan kerosakan akibat serangan radikal bebas
2. menggalakkan proses detoksifikasi dalam hati
3. menggalakkan pertumbuhan sel-sel hati yang baru
Anda boleh mengamalkan Nurich Vital-Liv untuk menjaga kesihatan hati.
FAQ4:
Mike Kuan Says:
December 15th, 2008 at 2:27 pm
Dear Sinseh,
I was watching Astro yesterday (14/12/08) regarding the herb Cordyceps.
According to the show, there are some natural cordyceps and some industrial grown. Of course natural grown have all the benefits of cordyceps. How can I differentiate these if I am taking the pill form which I bought from Hai O store? Are those natural cordyceps or industrial grown? When I look at the label it is stated as cordycep sinensis, are these the natural grown one?
Second question: When I boiled the raw cordyceps, is it ok to consume it or we just take the liquid?
Please advise me cause I am very new to TCM and would like to benefit from Cordyceps.
Mike
Chinese physician answer:
Mike Kuan,
1.Hai-O Brand Cordyceps capsule are mainly industrial grown Cordyceps and mix with some natural grown Cordyceps. Hai-O Brand Cordyceps capsule has 70 capsules and only sold at price RM70 only. It is much cheaper than the natural grown Cordyceps.
2.You can consume the liquid and also the Cordyceps residue.
3.Cordyceps is a valuable herb used to improve and maintain good health. It is sweet in taste, warm in nature attribute to lung and kidney channels. Cordyceps is also a good tonic beneficial for: appetite loss, Arrhythmia, ageing, anxiety, energy, fatigue, heart, kidney, lungs, liver, detoxifier, stamina, hair loss, sleeping problems and blood circulation.
FAQ5:
V. Ishak Says:
December 15th, 2008 at 5:22 pm
Do you have any medicine for impotency
Chinese physician answer:
There are many factors that lead to impotency and we only can give your prescription once we substantiate its root cause. You are advise to seek consultation and treatment at Peking Tongrentang (M) Sdn Bhd (Tel: 603-21417958/9) or Sanjiu Hai-O TCM (M) Sdn Bhd (Tel: 603-92837200).
FAQ6:
Pink Says:
December 16th, 2008 at 2:58 pm
Salam sejahtera..
Saya telah 1 tahun 1 bulan berkahwin,tetapi masih belum menimang cahaya mata.Dahulu saya pernah menghidap gejala PCOS,tetapi telah menjalani rawatan sebelum kahwin (makan ubat Diane).
Semenjak berkahwin, haid saya adalah regular. Tetapi bulan lepas hingga sekarang haid saya tidak datang. Haid saya yang terakhir bermula pada 20oktober. Namun begitu, 2 kali UPT yang saya lakukan sendiri menunjukkan keputusan negatif.
Menurut Dr,ia adalah disebabkan hormon yang tidak seimbang disebabkan pertambahan berat badan yang berlaku sepanjang setahun perkahwinan saya ini. Dr juga menyatakan ia juga adalah disebabkan PCOS yang pernah saya alami&ovulasi tidak berlaku.
Saya juga mengalami masalah keputihan.
Saya ingin mula semula Herba Maharani sebagai ikhtiar bagi kesemua masalah saya.
Masalahnya,saya tidak tahu bila saya boleh mula hari pertama pengambilan Maharani kerana saya tidak didatangi haid.
Sekian,terima kasih.
Chinese physician berkata:
Cik Pink,
Terima kasih kerana berminat pada Herba Maharani.
Untuk pengetahuan cik, anda boleh mula mengambil Maharani sekarang untuk menyelaraskan keadaan tubuh. Semasa kedatangan haid, hentikan sementara waktu dan mula makan apabila haid sudah tamat.
Untuk masalah keputihan anda, cara pengambilan Maharani adalah : makan sewaktu tiada period, berterusan selama 10 hari, 1 atau 2 biji bola setiap kali.
Selain membantu mengatasi masalah keputihan, Maharani juga mengaktifkan hormon estrogen, progestron & androgen wanita. Ia membantu menghilangkan keletihan, meningkatkan kadar metabolisme.
Anda perlu memberi perhatian sama ada akan rasa kepanasan badan (kerongkong yang kering / pertumbuhan jerawat) apabila mengambil Herba Maharani. Jika keadaan tersebut berlaku, anda boleh mengurangkan dos pengambilan kepada separuh daripada pengambilan yang biasa, minum lebih banyak air ataupun minum air garam tawar.
Anda turut diingatkan supaya mengelakkan makanan yang bersifat sejuk seperti salad dan buah tembikai, makanan pedas ketika makan Maharani. Hentikan pengambilan sewaktu hamil.
Pada masa yang sama, anda dinasihatkan untuk menjaga berat badan anda dengan mengamalkan diet yang seimbang. Hal ini kerana kegemukan juga mempengaruhi peluang untuk mengandung.
Harap maklumat di atas membantu anda.
FAQ7:
Lim Khong Yew Says:
December 18th, 2008 at 12:55 pm
Dear Doc,
Just to know for long term consume strengthon capsule and cordyceps capsules any side effect on the kidney or others health ?
Chinese physician answer:
1.Strengthon Capsule (强腰补肾丸) and Cordyceps Capsule (冬虫夏草丸) are suitable for long term consumption. It helps to improve and maintain good health, regulate blood circulation, stronger your waist & kidney and many more. You can consume continuously for 2 to 3 months & stop for 2 weeks. Thereafter, you can consume it if necessary.
2.Please stop taking it if you have symptoms like flu, fever, throat pain and diarrhea stomach.
FAQ8:
Vanessa Says:
December 20th, 2008 at 4:48 pm
Hi Doc,
Recently, I have numbness on my right hand fingers and sometimes lost of strength gripping things. I have to put down the chopstick several times before finish up a bowl of noodle. I can feel the numbness even during my sleep which then causes me to unable to sleep well.
I seek your help to advice is there any medicine that can help to heal this symptom that mades me worrying.
Appreciate if you can advice.
Thank you.
Chinese physician answer:
Vanessa,
You are advised to seek treatment from doctor as soon because it can be the phenomenon of stroke.
FAQ9:
Zurina Says:
December 22nd, 2008 at 12:55 pm
Salam Sejahtera,
Saya berumur 33 tahun. Saya memiliki dua cahaya mata. Yang pertama lahir pada April 2005 dan kedua lahir pada September 2006.Selepas melahirkan anak pertama, saya tidak mengamalkan pengambilan ubat perancang. Namun, selepas kelahiran anak kedua, saya mengambil pil peancang Rigevidon sehinga sekarang. Sebeum mengamalkan ubat tersebut, saya mengalami period yang normal iaitu tepat pada masanya dan period yang agak banyak terutamanya pada hari pertama sehingga ketiga. Bagaimana pun selepas mula mengamalkan pil RIGEVIDON tersebut, period saya seperti kurang normal. Walaupun pusingannya adalah tepat dan teratur, tetapi darah period yang keluar terlalu sedikit sehingga adakalanya saya hanya perlu memakai tuala wanita yang nipis sahaja walaupun pada hari pertama sehingga hari ketiga.(Kuantiti darah tidak banyak seperti sebelum makan pil ini.) Situasi ini agak merisaukan saya. Adakah ini menunjukkan saya mengalami masalah dalaman? Harap pihak puan dapat membantu saya menerangkan tentang masalah ini dan cadangan-cadangan yang mungkin perlu.
Chinese physician berkata:
Cik Zurina,
Untuk pengetahuan cik, pengambilan pil perancang akan mempengaruhi period wanita. Salah satu kesan pengambilan ubat perancang ini adalah darah haid akan berkurang. Jadi, usah cik berasa bimbang.
Untuk menjaga kesihatan tubuh, anda boleh mempertimbangkan Herba Maharani. Anda boleh mula makan berterusan selama 6 hari selepas period anda. Cuma diingatkan jangan ambil pil perancang dengan Maharani pada masa yang sama, selang sekurang-kurangnya 4 jam.
FAQ10:
najmi razali Says:
December 26th, 2008 at 3:30 pm
selamat sejahtera..
saya ada rakan perempuan yang telah mengidap TALASEMIA.untuk pengetahuan semua famili beliau mengidap penyakit yang sama, lebih lagi 3 anak rakan saya yang masih kecil,sebelum ini rakan saya pernah mangambil herba maharani beberapa bulan. tapi tiada apa2 perubahan.bolehkah tuan mengesyorkan apakah perubatan hai-o yang paling sesuai untuk mereka ambil?
Chinese physician berkata:
Salam sejahtera,
Untuk pengetahuan anda, sesetengah pesakit talasemia mungkin kerap berasa tidak bermaya dan letih kerana badan kekurangan sel darah merah.
Disebabkan badan gagal berfungsi dengan baik untuk menghasilkan sel darah merah, jadi pesakit talasemia perlu mengawal pengambilan besi (iron).
Untuk kes rakan anda, digalakkan dia terus mengambil Herba Maharani kerana keberkesanan produk ini juga bergantung kepada tubuh individu. Biasanya ia perlu diambil selama 3-6 bulan untuk merasai kesan baik produk ini. Pengambilan yang berterusan akan menjadikan seseorang itu lebih bermaya, muka berseri, kurang terasa sakit pinggang, mengurangkan kelesuan pinggang dan terasa lebih bersemangat dan bertenaga.
FAQ11:
mann Says:
December 27th, 2008 at 2:01 pm
Salam sejahtera,
Isteri saya berkemungkinan besar menghidapi irritable bowel syndrome (IBS). Adakah terdapat cadangan ubat yang boleh mengubati IBS tersebut. Untuk pengetahuan doktor, isteri saya telah merujuk kepada doktor dan telah didiagnos sebagai keracunan makanan dan gastrik, malangnya ubat yang diberikan tidak menyelesaikan masalah tersebut. Melalui rujukan di dalam internet, saya dapati simptom tersebut lebih kepada IBS. Hanya melalui diet yang ketat dapat mengurangkan masalah tetapi tidak dapat menyembuhkannya 100%. Saya berharap doktor boleh memberikan cadangan pengambilan ubat Hai-O jika ada. Untuk pengetahuan doktor juga, beberapa minggu sebelum berlaku masalah ini, isteri saya ada mengambil ubat untuk melawaskan pembuangan air besar kerana sebelum itu beliau mengalami masalah pembuangan air besar di mana beliau tidak membuang air besar sehingga 3/4 hari walaupun jumlah makanan yang diambil adalah seperti biasa (tidak berkurang). Selepas mengambil ubat untuk menstabilkan pembuangan air besar, beliau telah mengalami pula IBS. Saya difahamkan bahawa IBS terdapat 2 jenis samada sembelit atau cirit-birit. Jadi buat masa sekarang isteri saya mengalami IBS kategori cirit-bit yang ketara. Sebarang cadangan boleh diemelkan terus kpd saya. Terima kasih.
Chinese physician berkata:
Salam sejahtera,
Kami mengesyorkan isteri anda mendapatkan rawatan daripada doktor kerana kami tidak boleh mengenalpasti samada isteri anda mengalami masalah sembelit atau cirit-birit. Faktor kepada kedua-dua masalah tersebut adalah banyak, dan perubatan hanya boleh diberi berdasarkan punca masalah.
FAQ12:
Bernice Chai Says:
December 27th, 2008 at 4:48 pm
Hi, doc,
Bernice again, please excuse my english and needed your advice for my conditions.
My hearing problem happened on 29.06.2008 at 11am, my right ear suddenly having some hears ringing “Tinnitus”. I consulted ENT doctor at Columbia Asia in Miri, Sarawak on the following day with my flu. Dcotor checked my nose & right ear and had my blood tested. The blood test result said it was a due to dust mite and i was given medication “Flixonase
and some pills”. After 6 months later, my conditions shows no improvement. Is there anything that i can do?
Chinese physician asnwer:
Maybe you are having 2 types of problem, firstly your nose was affected by mites and secondly your Tinnitus. You are advised to get acupuncture treatment for your problems.
FAQ13:
Yin Says:
December 26th, 2008 at 2:04 pm
Period not on time, always late 1 week to 1 month.
please advice. TQ
Chinese physician answer:
There are many reasons that lead to your period problem, such as Hypothalamus - pituitary – ovarian, uterine infection and many more. We suggest you to seek treatment from doctor by getting a detail check-up.