November 2008
Saturday, November 1st, 2008FAQ1:
rozie Says:
November 1st, 2008 at 12:20 am
Hi Doc,
Saya sudah berkahwin 5 tahun. Saya menghidap endometriosis dan tidak pernah pregnat. Saya ingin mencuba produk Herba Maharani. Adakah herba ini sesuai dimakan dan bagaimana pengambilan nya. Tq doc for your advice.
Chinese physician berkata:
Rozie,
Penyakit endometriosis merupakan salah satu punca kesakitan haid dan boleh mengurangkan peluang mengandung.
Sementara itu, Herba Maharani mempunyai kebaikan seperti yang berikut:
(a) Penyelesaian kepada masalah wanita & gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan)
(b) Amalan yang baik kepada wanita selepas bersalin (menguat & mengecutkan otot rahim, saluran peranakan)
(c) Penyelesaian kepada sakit pinggang & belakang, sakit sendi & lutut, angin dalam badan dan sebagainya
(d) Mengaktifkan hormon estrogen, progestron & androgen wanita
(e) Awet muda, menegang & memberi keanjalan kulit
(f) Menghilangkan keletihan, meningkatkan kadar metabolisme
Mengenai kesesuaian pengambilan produk ini, cik dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan kepastian (terutamanya apabila anda turut mengambil ubat doktor/ produk penjagaan kesihatan yang lain).
Jika anda boleh mengamibl produk ini, cara pengambilannya adalah seperti berikut:
Makan 1 atau 2 biji bola kuning (= 50 pil hitam kecil) sehari, selepas kitaran haid dan berterusan selama 6 hari. Hentikan pengambilan buat sementara waktu semasa kedatangan haid.
Peringatan sewaktu mengambil Herba Maharani:
Elakkan makanan yang bersifat ’sejuk’ seperti salad dan watermelon. Begitu juga dengan teh kerana mengandungi kafein. Anda juga perlu memberi perhatian sama ada badan anda terasa ‘heaty’ selepas mula makan Herba Maharani. Jika rasa ‘heaty’, anda boleh mengikut salah satu cara yang berikut :
(a) Kurangkan pengambilan kepada 25 biji pil hitam kecil
(b) Minum air garam semasa mengambil Herba Maharani
Keberkesanan produk dapat dirasai selepas mengamalkan pengambilan selama 3-6 bulan.
Harap maklumat di atas membantu anda.
FAQ2:
Wan Says:
November 2nd, 2008 at 11:37 am
Hi Doc,
Saya baru mendirikan rumah tangga, tetapi kami masih belum bersdia untuk menimang cahaya mata ats sebab masing2 baru menerima kerjaya baru yang menuntut komitmen yang lebih. Walaubagaimana pun, semasa bersama isteri, kami tidak mengambil sebarang langkah keselamatan dr mengelakkan isteri saya hamil. Dan akibat daripada itu, sekarang isteri saya positif hamil.
Adakah ubat atau pil utk menggugurkan kandungan selain dari proses pengguguran di hospital atau klinik?
Chinese physician berkata:
Salam sejahtera,
Anda tidak digalakkan untuk menggugurkan kandungan secara sendirian dengan mengambil ubat kerana ini akan menjejaskan kesihatan badan jika pengguguran itu dilakukan dengan tidak tepat. Tambahan pula, ia mungkin membawa kesan negatif yang lain seperti ketidakhamilan pada masa kelak. Maka, kami menasihati anda supaya membawa isteri ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan yang lebih profesional.
FAQ3:
sharlwin Says:
November 2nd, 2008 at 9:27 pm
hai,
masalah saya ialah,apabila selapas bersetubuh dengan suami saya mengalami pendarahan sedikit….tapi ini pertama kali saya berdarah selapas bersetubuh…
bila nak dekat tempoh haid saya.ia hanya akan berdarah sekejap..dan lepas beberapa hari saya dapat haid….adakah ia kerana saya nak hampir tempoh haid?
harap doktor bantu apa masalah saya???
Chinese physician berkata:
Salam sejahtera.
Situasi anda adalah tidak normal. Jika keadaan sedemikian kerap berlaku, anda disyorkan membuat pemeriksaan di klinik pakar wanita. Pertama kali ialah melakukan pemeriksaan terhadap cervical kerana tanda-tanda kepada penyakit cervical ialah berlaku pendarahan selepas hubungan seks.
FAQ4:
Azeima Says:
November 3rd, 2008 at 10:51 am
Hai,sekadar ingin tahu jika ada ubat herba untuk ibu bersalin seperti akar2 kayu untuk rebusan dan minuman.Adakah bahan yg digunakan sesuai untuk pengguna Islam?Contoh herba Maharani.
Dimana saya boleh dapatkan bahan utk rebusan bagi wanita baru bersalin?
Terima kasih
Chinese physician berkata:
Cik Azeima
Produk syarikat kami terdiri daripada ramuan herba yang diformulasi untuk penjagaan kesihatan badan.
Mengenai pertanyaan cik, iaitu Herba Maharani, produk ini adalah sesuai untuk pengambilan Islam kerana memperoleh sijil HALAL dari China Islamic Association yang diiktiraf oleh JAKIM.
Herba Maharani sesuai diambil oleh ibu selepas bersalin kerana membantu menguatkan otot rahim dan saluran peranakan. Selain itu, ia juga:
(a) Penyelesaian kepada masalah wanita & gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan)
(b) Penyelesaian kepada sakit pinggang & belakang, sakit sendi & lutut, angin dalam badan dan sebagainya
(c) Mengaktifkan hormon estrogen, progestron & androgen wanita
(d) Awet muda, menegang & memberi keanjalan kulit
(e) Menghilangkan keletihan, meningkatkan kadar metabolisme
Mulakan pengambilan selepas seminggu melahirkan anak (iaitu apabila darah badan sudah bersih). Ambil 1 biji bola berterusan selama 10-14 hari.
Elakkan makanan yang bersifat ’sejuk’ seperti salad dan watermelon. Begitu juga dengan teh kerana mengandungi kafein. Anda juga perlu memberi perhatian sama ada badan anda terasa ‘heaty’ selepas mula makan Herba Maharani. Jika rasa ‘heaty’, anda boleh mengikut salah satu cara yang berikut :
(a) Kurangkan pengambilan kepada 25 biji pil hitam kecil
(b) Minum air garam semasa mengambil Herba Maharani
Cik boleh mendapatkan Herba Maharani dari cawangan atau stokis Hai-O Marketing, bergantung kepada tempat tinggal anda.
Harap maklumat di atas membantu anda. Sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.
FAQ5:
bibi Says:
November 5th, 2008 at 3:11 am
Hi Doc.
Saya mengalami pertambahan berat badan yang besar.
Umur saya kini adalah 22 tahun, belum berkhawin, tidak pernah melakukan hubungan sex.
Semasa berumur 17 tahun, berat badan saya hanya 41.5kg dengan ketinggian 148cm.
Berat badan dan selera makan saya kian bertambah sehingga kini berat saya adalah 65kg dan ketinggian 148cm.
Telah banyak pil dan teh yang telah saya makan namun kesannya hanya sementara dan ianya membuatkan saya kerap ke tandas.
Saya juga mengalami pembesaran buah dada dan buah dada saya kendur tidak tegang.
Saya jarang membuang air besar, puratanya dalam 2-3 hari sekali. Namun tahi adalah keras.
Air kencing berwarna kuning.
Saya juga selalu sendawa selepas minum. Kadang-kala terasa perut berangin. Rasanya tidak selesa semasa memakai baju. Nampak buncit.
Tekak berasa dahaga setiap masa dan Berasa ingin minum air setiap masa
Saya tidak cepat senang berasa letih dan penat, tetapi rasa penat ketika menaiki tangga atau bukit. Saya juga selalu rasa ingin tidur.
Keputihan saya berbau busuk. Tetapi hanya dalam kuantiti yang sikit dan ianya kering.
Saya mendapat tahu herba maharani ketika mencari maklumat mengenai masalah saya ini. Saya amat berharap herba maharani dapat membantu saya.
Sekiranya ada ubat maharani, adakah ianya halal dan di manakah saya boleh mendapatkannya kerana saya tinggal di Bangi, Selangor.
Terima Kasih.
Chinese physician berkata:
Cik Bibi,
Terima kasih kerana berminat terhadap produk kami.
Mengenai masalah kegemukan, anda dinasihatkan untuk mengamalkan diet yang seimbang dan makan lebih banyak sayuran dan buah-buahan. Kedua-dua makanan ini mengandungi fiber yang membantu melegakan masalah sembelit. Anda juga mesti minum air yang secukupnya setiap hari untuk mengelakkan kepanasan badan. Air menyenangkan proses pembuangan toksin daripada tubuh. Anda juga diingatkan untuk bersenaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali.
Anda dinasihatkan untuk mengambil Hai-O Garam Buluh Premier Drink untuk melegakan masalah sembelit.
Jika kerap bersendawa dan perut berangin, kemungkinan besar sistem penghadaman anda adalah lemah. Anda boleh mengambil Hai-O Garam Buluh Premier Drink yang boleh membantu pencernaan. Ia adalah minuman bersifat alkali yang membantu menyelaraskan pH badan dan menggalakkan metabolisme.
Tanda-tanda yang dinyatakan adalah disebabkan oleh badan yang gemuk. Anda mesti mengurangkan berat badan.
Mengenai masalah keputihan, anda boleh mengambil Herba Maharani untuk mengatasi masalah ini. Ambil 1 atau 2 biji bola kuning (=50 pil hitam kecil) setiap hari semasa bukan tempoh haid. Makan sebelum meal dan berterusan selama 10 hari. Hentikan sementara selepas 10 hari dan tunggu sehingga selepas kedatangan haid yang seterusnya, kemudian amalkan cara pengambilan yang sama.
Anda perlu memberi perhatian sama ada badan anda terasa ‘heaty’ selepas mula makan Herba Maharani. Jika rasa ‘heaty’, anda boleh mengikut salah satu cara yang berikut :
(a) Kurangkan pengambilan kepada 25 biji pil hitam kecil
(b) Minum air garam buluh apabila mengambil Herba Maharani
Herba Maharani sememangnya boleh membantu menyelesaikan masalah keputihan. Namun, disebabkan selera sesetengah individu akan bertambah selepas makan produk ini, anda diingatkan supaya mengawal pengambilan diet ketika makan Herba Maharani.
Herba Maharani adalah sesuai untuk pengambilan Islam kerana memperoleh sijil HALAL dari China Islamic Association yang diiktiraf oleh JAKIM.
Anda boleh mendapatkan produk yang disyorkan dari stokis atau cawangan kami. Anda boleh melayari laman web kami : http://www.hai-omarketing.com.my untuk maklumat lanjut mengenai tempat untuk mendapatkan produk ini.
Harap maklumat di atas membantu anda. Sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.
FAQ6:
nancy k Says:
November 5th, 2008 at 4:04 pm
hi doctor im nancy from sabah. i have a problem menses not coming at about 4 years till now. im 29 years old but it seems that my body resemble 50 above. Do i have POF? do you have treatment of POF cases? I need your help ASAP TQ
Chinese physician answer:
Good day. For your situation, you are advise to seek treatment from physician and get a detail check-up because the absence of menstruation can be due to disorder on your body system, ovary factors and etc. Wish you get well soon.
FAQ7:
shela Says:
November 10th, 2008 at 3:06 pm
Hai doktor,
Saya mengalami pertumbuhan di pergelangan tangan kiri, dimana 5tahun yang lalu saya sudah menjalani pembedahan yang kecil untuk membuang benjolan tersebut yaitu ‘Ganglion’..tapi akhir-akhir ini saya dapati ketumbuhan itu tumbuh balik. Sebenarnya saya takut untuk menjalani pembedahan lagi sekali. Saya ada berjumpa dengan doktor luar dimana saya diberi sejenis gel untuk disapu ditempat tersebut. Boleh dikatakan setiap hari saya cuba mengurut pergelangan tangan saya. Boleh kah dengan cara ini ketumbuhan itu akan mengecil. Dan apakah ubat tradisional yang doktor syorkan.
Chinese physician berkata:
Salam sejahtera.
Anda mengalami masalah ‘ganglion’, biasanya disebabkan oleh pergerakan dan penggunaan pergelangan tangan yang berlebihan dan seterusnya menyebabkan kecederaan pada pergelangan tangan.
Tidak akan berasa sakit tetapi akan merasakan ketidakselesa pada pergelangan tangan. Anda tidak perlu menjalani pembedahan kerana situasi anda akan menjadi baik jika dinding benjolan pecah dan cecair tersebut mengalir keluar. Maka, anda boleh terus mengurut pergelangan tangan dengan ubat , ini akan mempercepatkan dinding benjolan pecah.
FAQ8:
Zuki,
November 14th, 2008 at 10:45 am
Saya menghadapi masalah angin yang tidak lepas untuk sendawa (burping). Doktor telah memberi ubat angin dan gastrik untuk dimakan tapi kurang berkesan. Seorang teman telah memberikan saya sebotol air miautan eneplus untuk diminum tanpa memberi maklumat terperinci kesan dan penggunaannya. Saya cuba rasa dan terdapat rasa manis. Apabila meminum nya saya ada rasa kelat dan pahit di tekak saya, kemudian terus muntah-muntah. Tolonglah tabib huraikan dan apakah jenis pemakanan yang disyorkan.
Chinese physician berkata:
Encik Zuki,
Jika anda menghadapi masalah angin yang tidak lepas, ini bermakna sistem penghadaman anda adalah lemah. Kemudian, anda telah mencuba air Miautan dan terasa kelat dan pahit.
Miautan menggabungkan bahan mineral daripada karang, mutiara dan kulit siput untuk membolehkan pengguna menentukan keadaan tubuh berdasarkan rasa air yang berlainan. Setiap rasa memberikan petanda-petanda yang berlainan seperti di bawah:
1. Rasa pahit: masalah hati dan hempedu
2. Rada hanyir: masalah ginjal dan pundi kencing
3. Rasa kelat: masalah limpa, perut, usus dan paru-paru
4. Rasa masam: masalah jantung & usus kecil
5. Muntah: masalah otak, saraf dan badan
6. Rasa manis: badan sihat
Berdasarkan balasan anda selepas minum air Miautan, anda mempunyai sistem penghadaman yang lemah yang mana badan sukar mencernakan makanan. Keadaan muntah disebabkan anda tidak dapat bertahan dengan rasa air Miautan tersebut.
Anda boleh mengambil Hai-O Garlic bersama Hai-O Garam Buluh Premier Drink. Garlic membantu memperkuatkan daya pencernaan usus dan perut, manakala garam buluh akan membantu penyerapan nutrien.
Selain itu, garam buluh kaya dengan pelbagai mineral seperti magnesium, kalsium, kalium yang membantu metabolisme badan dan ia bersifat alkali. Jadi, garam buluh boleh membantu menyelaraskan tubuh supaya cenderung kepada keadaan alkali lemah (keadaan badan yang sihat).
Harap maklumat di atas membantu.
FAQ9:
hair loss gal Says:
November 18th, 2008 at 10:23 am
Hi doctor
I am currently facing hair loss problem.
I studied from television that “he shou wu” is good.
Can you recommend some products for me to gain back my hair
Chinese physician answer:
1.You can try ‘Shou Wu Wan’ (首乌丸) and ‘Tongrentang Liu Wei Wan’ (同仁堂六味地黄丸) and consume according to the instruction given. They are helpful in solving hair fall problem.
2.Suggested you to consume these products continuously for 3 months. If there are still no any improvement in your situation, alternatively you can seek treatment from Chinese physicians.
FAQ10:
Anita Yates Says:
November 18th, 2008 at 2:51 pm
Dear Dr,
I am 36 and have gone through fibroid operations last year. I am still not married and am looking to settle by early next year. I had multiple Fibroids. I wanna know what can i do to take precaution as not to allow the fibroids to come back. Also I have small chest, I was aked to take Pueraria to enlarge my breast, is this advisable as some say not too, and some say is ok to take this herb. Please advise. TQ
Chinese physician berkata:
Hello. We have unclear view on your situation as we cannot identify the types of fibroid that you are facing and the fibroid location in your body. Hence, please explain your problem in more details. The size of breast depends on an individual height and weight, we disagree that you to take any medicines to enlarge your breast. However the final decision is in your hand.
FAQ11:
Victor Says:
November 18th, 2008 at 4:16 pm
Dear Sir,
I had a palm and leg exceesive Sweating since childhood, especially when i get nervious. Is that a way to improve my situation. I’m early 30’s.
Chinese physician answer:
The number one reason for excessive sweating is over active sweat glands. It is nothing dangerous and you don’t need to worry. However, you can seek consultation and treatment from doctor to solve your problem.
FAQ12:
Zuki Says:
November 20th, 2008 at 8:53 pm
Terima kasih atas maklumbalas yg tabib berikan, sangat membantu saya. Soalan tambahan saya, haruskan saya teruskan meminum air miautan tersebut bersama dgn Hai-O Garlic dan Garam buluh.
Tabib, kadang2 saya ada rasa sejuk2 dibahagian kaki dan kadang2 terasa sejuk di bhg kepala, adakah tanda2 ini ada kaitan dgn masalah pencernaan juga.
Chinese physician berkata:
Salam sejahtera.
Sebenarnya, keadaan rasa sejuk mungkin disebabkan oleh keadaan tubuh yang lemah, sistem peredaran darah yang lemah ataupun sebab-sebab yang lain.
Jika anda tidak menghadapi penyakit yang lain selain masalah angin, saya mencadangkan agar anda mengatasi masalah angin terlebih dahulu.
Buat masa ini, anda boleh ambil Hai-O Garlic dan minum air garam buluh. Selepas suatu tempoh masa, anda boleh guna air Miautan untuk menentukan keadaan badan anda pada masa itu ATAUPUN anda boleh ambil Hai-O Garlic dan minum air Miautan.
FAQ13:
diexs Says:
November 20th, 2008 at 8:12 am
Hi Doc,
Saya mengalami masalah period yang tidak teratur dan berminat untuk mencuba herbal maharani. Dimanakah boleh saya dapatkan herbal maharani jika berada di sekitar negeri perak atau kedah dan apakah kesan sampingan jika mengambil herbal maharani.
Chinese physician berkata:
Diexs,
Ya, Herba Maharani sememangnya dapat membantu mengawalatur kitaran period supaya menjadi tetap. Bahan utama produk iaitu ayam hitam (Gallus Gallus Domesticus) dan tanduk rusa (Cornu Cervus Nippon) memperkuatkan hati, ginjal, menambahkan darah dan tenaga batin.
Anda boleh mendapatkan produk ini daripada salah satu stokis di bawah:
[A] PERAK
1. Taiping (Ong Guay Khuan)
Tel : 05-8072 596 / 012-522 9302
2. Ipoh (Leong Yip Peng)
Tel : 05-323 1397 / 019-3816 928 / 016-538 1955
3. Tanjong Piandang (Khor Ah Meng @ Khor Hun Meng)
Tel : 05-725 6249 / 012-4419 036
4. Ipoh (Saripah Aiidah bt Syed Tajul Ariffin)
Tel : 05-313 2648 / 019-556 2648
[B] KEDAH
1. Alor Setar (Yong Yoon Pein)
Tel : 04-7710 928 / 019-4405 921
2.Sungai Petani (Sobehah bt Ramli)
Tel : 04-732 1880 / 012-384 2786
Herba Maharani adalah selamat untuk dimakan. Cuma perlu memberi perhatian sama ada akan rasa kepanasan badan (kerongkong yang kering / pertumbuhan jerawat) apabila mula mengambil Herba Maharani. Jika keadaan tersebut berlaku, anda boleh mengurangkan dos pengambilan kepada separuh daripada pengambilan yang biasa, minum lebih banyak air ataupun minum air garam tawar.
Anda turut diingatkan supaya mengelakkan makanan yang bersifat sejuk seperti salad dan buah tembikai, makanan pedas ketika makan Maharani. Hentikan pengambilan sewaktu hamil.
Harap maklumat di atas membantu anda.
FAQ14:
erica Says:
November 21st, 2008 at 12:27 pm
hi,sy nk tahu mcmana nak tambah atau besarkan saiz badan. berat sy skrg 44kg, plg berat 48 kg tp saiz badan sy terlalu kurus.tinggi 163cm,umur 21.. kalau boleh sy ingin memiliki badan yang sedikit berisi. sy harap dr boleh membantu sy. terima kasih…
Chinese physician berkata:
Salam sejahtera,
1.Sebilangan orang muda mempunyai metabolisma yang baik, maka mereka tidak cepat gemuk walaupun makan banyak. Tidak menjadi masalah jika anda adalah kurus tetapi mempunyai badan yang sihat.
2.Strategi untuk menguruskan masalah kekurangan berat badan ialah dengan meningkatkan pengambilan makanan yang memberi tenaga dan makanan tinggi kalori seperti daging, ikan dan manisan. Selain daripada mengamalkan pemakanan 3 kali sehari, anda boleh menambah bilangan pemakanan sebanyak 1 atau 2 kali. Contohnya anda boleh mengamalkan tabiat pemakanan minum petang.
3.Selain itu, anda harus mengamalkan gaya kehidupan yang sihat dan gembira, pelbagaikan pengambilan makanan dan melakukan senaman yang sesuai seperti berlari lambat.
FAQ15:
elsie john Says:
November 24th, 2008 at 12:27 pm
saya ada persoalan di sini dan berharap puan/tuan dpt membantu saya.saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berumur 4 tahun.ingin menambah cahaya mata lagi tetapi blm berhasil.saya pernah mengandung di luar rahim dan di potong saluran sebelah kanan sebelum saya melahirkan anak saya sekarang.haid saya tidak teratur dan biasanya 2 minggu baru berhenti.berikan cadangan herba apa yg patut saya gunakan dan di mana tempat membelinya. berat badan berlebihan, produk apa yg patut digunakan untuk mengurangkannya.sekian dan terima kasih.
Chinese physician berkata:
Salam sejahtera.
Berdasarkan penerangan anda, anda mengalami masalah ketidakhamilan. Ini mungkin disebabkan oleh waktu haid yang panjang iaitu selama 2 minggu, bermaksud tidak berlaku pengovulan. Anda disaran supaya melakukan pemeriksaan daripada doktor kerana keadaan anda agak rumit dan memerlukan rawatan spesifik. Semoga anda cepat sembuh.
FAQ16:
susen Says:
November 25th, 2008 at 4:32 pm
saya ingin menambah berat badan.apa herba yg patut saya gunakan.berat badan saya sekarang memang tdk ideal.tq
Chinese physician berkata:
Salam sejahtera,
1.Sebilangan orang muda mempunyai metabolisma yang baik, maka mereka tidak cepat gemuk walaupun makan banyak. Tidak menjadi masalah jika anda adalah kurus tetapi mempunyai badan yang sihat.
2.Strategi untuk menguruskan masalah kekurangan berat badan ialah dengan meningkatkan pengambilan makanan yang memberi tenaga dan makanan tinggi kalori seperti daging, ikan dan manisan. Selain daripada mengamalkan pemakanan 3 kali sehari, anda boleh menambah bilangan pemakanan sebanyak 1 atau 2 kali. Contohnya anda boleh mengamalkan tabiat pemakanan minum petang.
3.Selain itu, anda harus mengamalkan gaya kehidupan yang sihat dan gembira, pelbagaikan pengambilan makanan dan melakukan senaman yang sesuai seperti berlari lambat.
FAQ17:
zuheila Says:
November 25th, 2008 at 4:19 pm
untuk pengetahuan doktor, saya mengambil prophylthiauracil 100mg dam propranolol hcl 40mg. Haid saya adalah teratur setiap bulan. Adakah disebabkan pengambilan ubat ini..peluang untuk saya mengandung kembali terjejas?
Chinese physician berkata:
Helo. Berdasarkan ubat yang anda ambil, anda mungkin mengalami “hyperthyroidism” dan penyakit ini akan mempengaruhi kehamilan. Kami tidak tahu samada tahap T3 T4 anda adalah dalam keadaan normal, jika tidak normal ia akan mempengaruhi peluang kehamilan. Selain itu, anda dinasihati supaya jangan mengandung semasa dalam rawatan “hyperthyroidism” kerana ubat yang anda ambil akan mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan kandungan. Anda disaran supaya mengubati penyakit “hyperthyroidism” terdahulu sebelum anda merancang kehamilan.
FAQ18:
suhai Says:
November 25th, 2008 at 10:45 pm
saya mengalami penyakit angin dan selalu sendawa sudah setahun.kadang2 terasa tersekat di tekak macam ada sesuatu.lepas sendawa rasa lega sikit.doktor kata gastrik tapi tak ada rasa pedih perut atau pedih uluhati.Pernah buat endoskopi tapi tak ada apa2 pun.makan bermacam2 ubat hospital atau tradisional tapi tak ada kesanpun.saya juga ada masalah sakit disendi jari telunjuk sejak setahun lalu rasa berdenyut2
sekarang di jari kelingking pula. apakah jenis penyakit saya dan apakah ubatnya?
Chinese physician berkata:
Salam sejahtera.
Berdasarkan penerangan anda, anda mungkin mengalami masalah “throat neurosis” (咽喉神经官能症), ia disebabkan oleh faktor mental. Anda hanya perlu mengawal emosi dengan baik dan kemudian anda akan sembuh.
FAQ19:
azdaliz Says:
November 28th, 2008 at 5:54 am
saya sebenarnya kurang pasti mcm mane penggunaan herba maharani..
saya telah menggunakannya selama 4 bulan..
saya makan selepas kedatangan haid selama 12 hari berturut-turut..
sy memakan 25 biji sehari disetiap pagi…
adakah btl cara penggunaan tersebut?
dan..umur sy baru shj 25 thn…bolehkah sy mkn herba tersebut?
terima kasih
Chinese physician berkata:
Salam sejahtera.
Untuk pengetahuan cik, cara anda mengambil Herba Maharani ini tiada masalah & anda sememangnya boleh mengambil produk ini kerana ia membantu dari segi masalah wanita seperti masalah haid yang tidak teratur, sakit haid, kesakitan pinggang, mengurangkan keletihan dan sebagainya.
Berikut adalah cara pengambilan Herba Maharani yang disyorkan mengikut keadaan-keadaan yang tertentu sebagai rujukan:
1. Penjagaan kesihatan : makan selepas period, berterusan selama 6 hari, 1 biji bola kuning setiap kali.
2. Badan lemah : makan selepas period, berterusan selama 12 hari, 1 biji bola setiap kali ataupun
makan selepas period, berterusan selama 5-10 hari, 2 biji bola setiap kali
3. Period yang tidak tetap : makan pada hari ke-6 period, berterusan selama 20 hari, 1 atau 2 biji bola setiap kali
4. Tidak selesa semasa period : makan 14 hari sebelum period, berterusan selama 14 hari, 1 atau 2 biji bola setiap kali
5. Masalah keputihan : makan sewaktu tiada period, berterusan selama 10 hari, 1 atau 2 biji bola setiap kali
6. Selepas melahirkan anak : makan seminggu selepas melahirkan anak, berterusan selama 10-14 hari. 1 biji bola setiap kali
Herba Maharani diambil sebelum makan. Untuk pengetahuan anda, bagi pengguna yang mengalami masalah kepanasan badan (pertumbuhan jerawat, kerongkong terasa kering), dicadangkan hanya ambil 25 biji pil hitam yang kecil ataupun minum lebih banyak air/ minum air garam apabilan makan Herba Maharani.
Untuk mereka yang tiada masalah kepanasan, mereka boleh mengambil 50 biji pil hitam kecil (=1 bola kuning).
FAQ20:
sarah Says:
November 29th, 2008 at 10:45 am
my youngest child is 12 yrs old and i’m 39 trying to get pregnant
at my age is it still possible to conceive?
Chinese physician answer:
Sarah,
As long as your husband and you have healthy reproductive system, while you have menstruation and ovulation, then you still can get pregnant.