Archive for September, 2008

September 2008

Thursday, September 4th, 2008

FAQ1:

Azie Says:
Sep 1st, 2008 at 4:35 pm

Dear Doc,

Saya sudah 3 tahun lebih berkahwin dan masih belum ada baby. Saya ada jumpa doktor pakar dan saya didapati mengalami PCOS, polisistik ovari dimana telur saya kecil-kecil. Saya diberi ubat ketika period bermula hari kedua hingga hari ke enam, kemudian hari ke 13 saya disuntik untuk pecahkan telur. Saya telah mengandung kali pertama melalui rawatan ini tetapi sebulan kemudian gugur. selepas berehat beberapa bulan saya hamil lagi melalui rawatan yg sama tetapi masuk bulan ke tiga saya gugur lagi sekali kerana baby tiada heart beat. setelah berehat lagi saya mencuba kaedah yang sama sebanyak 3 kali, namun sehingga kini saya gagal untuk mengandung. Saya mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, adakalanya pendek dan adakalanya lebih sampai sembilan hari.. kadang-kadang saya juga alami keputihan yang menggatalkan..saya juga pernah amalkan produk biodex, namun tidak berhasil. Adakah produk hai-o boleh membantu saya?

Chinese physician berkata:

Salam sejahtera,
Tanda-tanda utama bagi masalah PCOS adalah ketidakaturan haid dan ketidakhamilan.Oleh sebab ovari tidak mempunyai telur follicle yang baik untuk membentuknya maka akan mempengaruhi pengeluaran telur. Selain itu, keguguran kandungan pada fasa awal kehamilan boleh diakibatkan oleh fungsi badan yang tidak sempurna atau punca daripada sperma suami yang tidak sihat. Maka anda dinasihati supaya mendapatkan rawatan yang spesifik daripada doktor.

FAQ2:

Ms Tee Says:
September 3rd, 2008 at 2:58 pm

my girl 8 yrs old (girl) she have flu n cough already for 8 moth ago.
i bring her to see doctor, chinese physician Dr also can solve this problem.
the Physician Dr say my daughter Lung very weak.

Dear Dr.
Can you help me …

TQ

Chinese physician answer:

If you have taken your daughter to seek treatment from Chinese physician and knew the cause to her problem was due to lung weakness, you are advised to take the medicines that the doctor gave to you. This is because, a doctor will only give you treatment if they have understand your daughter situation.

FAQ3:

saiffulliza Says:
September 3rd, 2008 at 10:50 pm

Apa khabar.
Saya tertarik dengan produk anda di laman web hai-o.com.Saya ingin bertanya dengan anda kenapakah bila say berdiri dalam jangkamasa 20 minit atau duduk 20 minit kaki saya akan bengkak kadangkala hingga ke pangkal lutut.

Dahulu saya ada buat medical check up di hospital dan doktor mensyaki yang saya ada masaalah dengan buah pinggang.Kemudian saya buat check up sekali lagi dengan pengambilan specimen darah saya buat kali yang ke 2 dan saya disyaki mengidap gout.

bolehkah pihak hai-o membantu saya menyelesaikan perkara ini.Dan jika benar saya ada penyakit yang sedemikian,apakah ubat yang patut saya ambil

Chinese physician berkata:

Salam sejahtera.

1.Anda dinasihati supaya melakukan pemeriksaan dahulu untuk mengetahui punca kepada masalah anda.
2.Berdasarkan penerangan anda, anda boleh mendapatkan rawatan daripada tabib Cina untuk memahami keadaan anda dengan lebih mendalam kerana tabib Cina hanya boleh memberi ubat setelah mengetahui puncanya.
3.Sila rujuk kepada Peking Tongrentang (M) Sdn Bhd (Tel: 603-21417958/9) atau Sanjiu Hai-O TCM (M) Sdn Bhd (Tel: 603-92837200) untuk konsultasi dan rawatan.

FAQ4:

diamonds Says:
September 8th, 2008 at 1:12 am

hi doc,
i just wanna ask…
im supposed 2 have period on 6 or 7th sept..
but last week i have check with pregnant test that shows -ve result..
today (7th sept) i check it again it shows +ve result….
may i ask doc..is there any pil to abort a baby??
tq…

Chinese physician answer:

Diamonds,

Abortion is an illegal action in Malaysia and it is only allowed in Malaysia if the mother’s life is in danger. You are advised to seek consultation from physicians through hospital or clinic to find the most suitable solution for your situation.

FAQ5:

Lim Khong Yew Says:
September 9th, 2008 at 9:37 am

(Re-send )

Hello doc,

My Age is 45 yrs male suffering of Myopathy ( Musle weakness for 6 years ago but getting worse ). When sitdown or squatting and then stand up it was very difficulty need to hold something in my hand to pull me up.
I have went to Hospital specialist doing 3 months Physiotherapy it was recomender by doctor it was past 4years ago. The result it same.
After this I never give up I went to see Mr Luo Gang (Chinese Physicial ) from peking Tongrentang ( M ) Sdn Bhd treatment was carry out 4 months is 3 years ago.
Until now no improvement. Lately I take HAi-O good product strengthon capsule, Cordyceps capule and Gingoseng medicated liquid soo I continue ?. Pls advise and help me.

Your prompt response would be very much appreciated.

Br/lky

Chinese physician answer:

There are many causes that lead to Myopathy, such as genetic defect, vitamin deficiency, metabolic disorder, exposure to toxins, infection and etc. You are advised to do a medical check up to determine your cause because treatment depends on the cause of it. Hai-O products like strengthen capsule, Cordyceps capsule and Gingoseng medicated liquid are use to strengthen body, improve Qi and energy. These products will not deliver effective result in your case. We suggest you to seek consultation and details treatment from physician.

FAQ6:

Puan Rafidah Bt Abd Aziz Says:
September 10th, 2008 at 9:59 am

Salam Sejahtera Doktor,
Saya ada masalah bengkak urat bahu,leher sampai ke mata sebelah kiri.
Kir-kira 10 tahun dulu saya pernah terseliuh urat leher semasa jatuh tangga tapi hanya sapu minyak angin sahaja.Sekarang ia dah makin teruk sebab urat tu telah bengkak dan merebak ke bahagian mata sebelah kiri sehinggakan saya merasa sakit dibahagian mata,mata rabun dan kelopak mata saya sebelah kiri lebih besar dari sebelah kanan.
Urat leher saya juga mengeras dan sakit.
Tolong bantu saya doktor ,saya takut jadi strok…

Chinese physician berkata:

1.Berdasarkan situasi anda, adalah dinasihati bahawa menjalani pemeriksaan di hospital dengan secepat mungkin supaya doktor boleh memberi perubatan yang tepat dan sesuai dengan masalah anda.
2.Di samping itu, anda boleh menggunakan CheeZheng Pain Relieving Plaster (奇正消痛贴) dan menamparkannya di bahagian bahu supaya dapat meringankan kesakitan.
3.Anda boleh membeli produk ini di mana-mana kedai Hai-O Raya, HQ no.: 03-3343 8889.

FAQ7:

izzy Says:
September 11th, 2008 at 1:34 pm

Salam..saya salah seorang pengguna herbal maharani selama lebih kurang dalam 3 tahun kebelakangan. Namun, sejak 1 tahun ini, saya tidak memperolehi produk ini dimana-mana stokis pun. Saya ingin membelinya melalui pesanan secara pnghantaran pos. Untuk pengetahuan, saya berasal dari negeri Brunei. Jika tidak, berikan saya alamat / contact number yang masih menjual di Brunei ini. Sekian, teria kasih.

Chinese physician berkata:

Izzy,

Terima kasih kerana menggunakan produk keluaran Hai-O Marketing.
Untuk pengetahuan anda, stokis Brunei telah berhenti operasi sejak bulan April/ May 2008. Oleh itu, anda tidak dapat membeli Herba Maharani secara terus di Brunei.

Untuk sebarang order/ pembelian/ penukaran stok, anda boleh mengunjungi stokis kami yang terdekat di Miri seperti yang berikut:
Hai-O Marketing Sdn Bhd (Lai Yean Ling)
Lot 2411, 1st Floor Boulevard Centre,
Jalan Pujut, 98000 Miri, Sarawak.
Tel : 085-415372 (O / F)
8.30am - 5.00pm (Mon - Fri)
8.30am - 12.30pm (Sat)

FAQ8:

ira Says:
September 12th, 2008 at 10:36 am

hi…salam sejahtera doc…
saya berumur 31 tahun & mempunyai seorang anak lelaki berumur 4 tahun. saya mempunyai masalah period x teratur & pernah mengandung luar rahim 2 thn yg lepas. tiub fillopio cuma tinggal 1 sekarang. walaupun sudah 1 thn lebih saya stop pengambilan pil perancang (marvelon)…masih x mengandung. pernah 2 kali cek dgn pakar, tapi tak ada apa2 masalah dgn rahim saya. doktor cuma nasihatkan pada saya untuk kurangkan berat badan. tinggi saya 150cm & berat 64kg. sekarang saya ingin mencuba maharani. jadi, bagaimanakah cara pengambilan maharani yg betul untuk saya? terima kasih.

Chinese physician berkata:

Ira,

Terima kasih kerana berminat terhadap produk syarikat kami.
Berdasarkan maklumat tinggi dan berat anda, anda dinasihatkan untuk mengurangkan berat badan. Kegemukan turut mempengaruhi peluang mengandung wanita.

Jika pemeriksaan oleh doktor anda mengesahkan anda tidak menghidapi sebarang penyakit organ yang lain, anda boleh mengambil Herba Maharani untuk membantu masalah kedatangan haid yang tidak teratur.

Cara pengambilan :
Ambil 1 atau 2 biji bola kuning (=50 biji pil hitam) bermula hari ke-6 kitaran haid, teruskan selama 20 hari. Kemudian henti sementara dan amalkan semula selepas kitaran haid anda yang seterusnya.

Nota :
Hentikan pengambilan Herba Maharani semasa kitaran haid kerana nutrien produk ini tidak dapat diserap dengan lengkap apabila badan menyingkirkan darah sewaktu haid.

Peringatan :
1. Jika terasa panas badan (sakit kerongkong, jerawat tumbuh pada muka/ badan), bolehlah kurangkan dos pengambilan daripada 1 biji bola kepada setengah bola sahaja (25 biji pil hitam) / minum lebih banyak air / minum air garam semasa makan Herba Maharani.
2. Sewaktu mengambil Maharani, elakkan pengambilan makanan bersifat panas (i. e. makanan goreng).
3. Ketika demam, berhenti untuk sementara.

Harap maklumat di atas membantu anda.

FAQ9:

BelyndaOke Says:
September 15th, 2008 at 3:03 pm

Dear Dr.,

i have deliver my baby n deliver by normal birth on 15/08/2008, currently i am breast feeding, as i will going back to work soon so have to pump out my milk to keep in fridge. My baby now drink about 90ml milk when she is given formula milk and drink about 3hour once, but when pumping breast milk once time can only pump out about 30ml to 45ml only. Is there any tonic or supplement i can take to increase my breast milk quality n quantity?

Chinese physician answer:

You can try the below prescription to increase your milk quantity:

当归Chinese Angelica 9g
白芍Radix Paeoniae Alba12g
川芎Rhizoma Ligustici Chuanxiong 3g
生地Radix Rehmanniae 12g
桔梗Radix Platycodi 9g
柴胡Radix Bupleuri 8g
白通草Medulla Tetrapanacis 3g
王不留行Semen Vaccariae 9g
甘草Radix Glycyrrhizae 2g
-Please consume the prescription in 1 dose per day for 4 days.
-Please stop taking the medicine if you are flu, fever, ‘heaty’ or diarrhoea.
-At the same time, you can take 1 capsule of Hai-O Brand Cordyceps capsule in every morning to regulate blood circulation and improve physical fitness.

FAQ10:

mackinie Says:
September 17th, 2008 at 1:02 am

doktor saya mahu bertanya adakah ubat atau petua yang boleh digunakan untuk meningkatkan berat badan ke tahap yang normal kerana saya rasa tiada keyakinan dengan berat badan saya sekarang 40 kg sedangkan ketinggian saya 167.ada ubatkah yang boleh saya gunakan untuk meningkatkan berat badan….bantu saya doktor….

Chinese physician berkata:

Mackinie,
1.Sebilangan orang muda mempunyai metabolisma yang baik, maka mereka tidak cepat gemuk walaupun makan banyak. Tidak menjadi masalah jika anda adalah kurus tetapi mempunyai badan yang sihat.
2.Strategi untuk menguruskan masalah kekurangan berat badan ialah dengan meningkatkan pengambilan makanan yang memberi tenaga dan makanan tinggi kalori seperti daging, ikan dan manisan. Selain daripada mengamalkan pemakanan 3 kali sehari, anda boleh menambah bilangan pemakanan sebanyak 1 atau 2 kali. Contohnya anda boleh mengamalkan tabiat pemakanan minum petang.
3.Selain itu, anda harus mengamalkan gaya kehidupan yang sihat dan gembira, pelbagaikan pengambilan makanan dan melakukan senaman yang sesuai seperti berlari lambat.

FAQ11:

orange Says:
September 17th, 2008 at 5:28 pm

saya mengalami period x teratur 2 bulan sekali baru kluar & baru2 nie berjumpa doktor dan mendapati saya ada 2 ketul cyst sebesar 2cm untuk pgtahuan dr bahagian ari2 kanan dan kiri selalu sakit dan Doktor memberi saya sejenis pil perancang ( marvelon ) utk membetulkan kitaran haid dan mengecutkan cyst selain makan pil nie ada tak herba untuk betulkan haid & hilangkan cyst ini sy dah kahwin 1 thn lebih tapi x hamil lagi saya nak sangat baby..harap dapat membantu saya.

Chinese physician berkata:

Salam sejahtera.
Berdasarkan penerangan anda, anda mungkin mengalami dua masalah ini iaitu cyst (tumor air) dan PCOS (tumor darah). Kedua-dua masalah ini akan mempengaruhi pengovulan yang seterusnya mempengaruhi kehamilan. Anda boleh memilih samada menggunakan rawatan barat iaitu dengan melakukan pembedahan atau menggunakan perubatan cina bagi mengatasi masalah PCOS dan tumor air ini. Kami berharap anda boleh menjalani rawatan dengan secepat mungkin dan semoga cepat sembuh.

FAQ12:

Michelle Says:
Sep 19, 2008 at 6:31 AM

saya baru berusia 21 tahun dan saya belum berkahwin.saya mengalami ketidak aturan haid dan haid saya hanya 3-4 hari sahaja.ianya berlaku selepas saya melakukan hubungan intim dengan boyfriend saya.adakah saya mengalami penyakit??

Chinese physician berkata:

Michelle,
Berdasarkan penerangan anda, tidak semestinya anda mempunyai penyakit. Adalah normal jika seorang wanita mengalami haid selama 3 hingga 4 hari. Jika ada tanda-tanda seperti kegatalan, keputihan yang berlebihan, berbau atau mempunyai ketulan darah semasa datang haid, maka rawatan perlu dijalankan. Badan yang lemah juga boleh mengakibatkan kuantiti haid yang kurang, maka perlu meningkatkan latihan senaman dan mempunyai pemakanan yang seimbang. Sebahagian pengguna pil perancang mungkin juga mengalami kuantiti haid yang kurang.

FAQ13:

cIK fam Says:
September 23rd, 2008 at 1:38 pm

Hi doctor,
Saya telah keguguran pada minggu ke-6.Saya juga pernah menjalani imbasan( scan) dan didapati masib belum terbentuk kantung.Doktor anggarkan kandungan saya terlalu awal.
Tetapi selepas 1 minggu setelah mendapati saya hamil melalui (melalu UPT-urine pregnancy test), saya telah mengalami pendarahan( seperti haid).
Stelah kembali berjumpa pakar sakit puan, doktor telah memberitahu bahawa saya telah keguguran akibat kurangnya hormon progestrone.
( Ini diakibatkan oleh kedudukan rahim saya yg terbalik( retroverted uterus) dah keadaan ovari yang tidak terletak di posisi yg sepatutnya.
Maka doctor juga mengandaikan endometriosis menghalang daripada hormon itu dikeluarkan dari ovari( kerana mungkin terhalang kerana kedudukan yg tidak betul)
Dengan ini saya ingin bertanya apakah saranan dokter terhadap saya?
Terima kasih .

Chinese physician berkata:

Salam sejahtera.
Anda telah menjalani pemeriksaan terhadap kesihatan anda tetapi belum mengambil rawatan yang sewajarnya. Tahap progesterone yang tidak cukup dan fungsi ovari yang tidak baik akan menyebabkan masalah sukar mengandung dan kedua ialah mudah mengakibatkan keguguran kandungan pada awal fasa kehamilan jika anda mengandung. Kami mengesyorkan anda menggunakan perubatan cina bagi mengatasi masalah anda. Semoga cepat sembuh.

FAQ14:

Lia Says:
September 25th, 2008 at 7:34 pm

Hi Doc

Saya berumur 26 tahun. Actually saya bakal melangsungkan perkahwinan saya tak lama lg tp disini saya ada sedikit kebimbangan. Based on my family,akak2 saya dah bertahun berkahwin tapi still tidak dikurniakan cahaya mata. Adakah saya akan mengalami masalah yang sama? Saya teringin untuk menimbang cahaya mata secepat yang mungkin. Selain itu, setiap kali period,saya akan mengalami senggugut. Dah byk jenis ubat yang saya makan tp keadaan saya tetap sama. Kitaran period saya sekejap ok sekejap tak. Pernah jgk period saya datang awal 7 hari dr tarikh period tp kebiasaannya lambat.

Selain itu juga,badan saya selalu lebam2. Tiba2 ada je warna purple di bdn saya.

Adakah saya akan mengalami kesukaran untuk mendapat zuriat? Adakah saya perlu mengambil apa2 ubat?

Thanks

Chinese physician berkata:

Salam sejahtera.

Pertama kali anda harus mengatasi masalah senggugut terlebih dahulu, haid adalah awal atau lewat 7 hari merupakan keadaan yang normal. Jika sistem pembiakan suami isteri adalah dalam keadaan yang baik, peluang untuk hamil adalah tinggi. Maka buat masa kini anda tidak perlu terlalu risau kecuali anda sudah berkahwin selama 2 tahun, mengamalkan kehidupan seks yang sihat (tidak mencegah kehamilan) dan masih tidak hamil, masa ini barulah perlu menjalani pemeriksaan doktor. Anda boleh mencuba rawatan cina bagi mengatasi masalah senggugut anda.

FAQ15:

helen chong Says:
September 27th, 2008 at 10:35 am

hi, saya telah berkahwin 4 tahun dan sampai sekarang saya belum hamil lagi. kitaran haid saya ok, cuma kadang2 datang awal bulan atau hujung bulan. sebelum ini saya pernah keguguran,boleh saya tanya apa cara yang baik supaya saya dapat hamil?terima kasih

Chinese physician berkata:

Pertama kali anda dengan suami anda perlu menjalani pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti samada fungsi pembiakan adalah dalam keadaan yang baik. Jika kedua-dua anda adalah sihat, anda boleh cuba rawatan cina bagi meningkatkan peluang kehamilan. Anda disyorkan supaya mendapatkan konsultasi dan rawatan di Peking Tongrentang (M) Sdn Bhd (Tel: 603-21417958/9) atau Sanjiu Hai-O TCM (M) Sdn Bhd (Tel: 603-92837200).