Archive for May, 2008

May 2008

Friday, May 30th, 2008

FAQ1:

amy Says:
May 1st, 2008 at 12:53 am

Hai doc…

saya nak tanya beberapa soalan,

1-Apakah ubat merangsangkan progestron? tahap progestron saya ialah 3.2, untuk normal sebenarnya ialah 14-40. Sudah makan clomid sebanyak 6 kali kitaran haid..

2-Berapakah harga produk tu?

3-Berapa lamakah kesan daripada ubat tu?

4-Bolehkah ia dimakan bersama ubat yg dibekalkan hospital?

Chinese physician answer:

Tiada ubat cina yang boleh dimakan untuk membantu merangsangkan progesterone. Biasanya rawatan terhadap anggota badan akan dilakukan dalam perubatan tradisional cina supaya setiap anggota boleh mencapai keseimbangan. Jika seseorang mengalami masalah dalam progesterone, ia akan menyebabkan ketidakhamilan atau keguguran pada fasa awal penghamilan. Anda dinasihati supaya mendapatkan rawatan dengan secepat mungkin.

FAQ2:

aida Says:
May 2nd, 2008 at 9:49 pm

salam dr,

saya berumur 26 tahun dan belum berkahwin dan saya mengalami masalah haid yang tidak teratur sejak saya dari dulu lagi..mula2 saya tidak berapa kisah sangat sebab arwah ibu saya juga mengalami masalah haid yang tidak teratur. mungkin saya mengalami masalah hormon ataupun keturunan. kadang-kadang haid saya tidak datang selama 8 bulan kemudian haid saya akan kembali teratur. kemudian saya mengalami haid seperti biasa, tiap2 bulan saya akan mengalami haid.

semenjak-dua menjak ni, saya tidak lagi didatangi haid. haid terakhir saya ialah pada bulan january tahun ni. saya ada juga mengamalkan kapsul ‘ evening primsore oil’, tapi kurang berkesan. ada juga saya cuba produk kesihatan untuk membantu haid saya kembali teratur. sekarang ni saya juga mengalami keputihan. mula2 ia berwarna putih dan normal. semenjak ni keputihan saya berwarna coklat. ini amat merisaukan saya kerana 1) saya belum didatangi haid 2) keputihan saya berwarna coklat tapi tidakla berbau amat busuk. tapi kemaluan saya tidak gatal. dulu saya juga mengalami keadaan seperti ni kemudian semua back to normal apabila haid saya kembali teratur. tapi tak lama lepas tu haid saya tidak berape teratur. kadang2 2 bulan sekai saya didatangi haid. saya juga lama tidak menguna produk tersebut kerana bimbang keadaan lebih teruk lagi.

adakah masalah saya ni boleh menbawa ke masalah kehamilan? kerana saya akan berkahwin tidaka lama lagi.

saya meminta jasa baik dari dr menberi langkah2 atau nasihat yan sewajarnya dimana saya perlu saya mendapat konsultasi. ataupun produk-produk kesihatan yang boleh menyelesaikan masalah saya ni.

tq..

Chinese physician answer:

Anda mengalami masalah ketidakaturan haid. Terdapat banyak sebab yang boleh mengakibatkan masalah ini, sebab yang biasa dijumpai ialah PCOS. Kedua, anda mengalami keputihan yang teruk dan berbau, ia mungkin disebabkan oleh penyakit dalaman. Saya mengesyorkan anda membuat pemeriksaan daripada doktor dahulu untuk mengenalpasti punca kepada masalah anda.

FAQ3:

initrah Says:
May 7th, 2008 at 11:25 am

dr,
I have 2 health problem here. First is about my menstrual. it isnt regular and sometimes i will bleed if i do any physical activity like jogging, or even swimming. And these few month if i have intercouse , there would be a slight blood discharged from my vagina. i afraid it is a sign of servical cancer and hope to hear some advise from you.
i also wanted to know more about CELGYNIC and the benefit for skin, i recently developed bad skin problem and someone advised me to try CELGYNIC.
thanks a lot for your time with me!!

Chinese physician answer:

Dear Initrah,
You must pay high attention on your irregular bleeding from vagina and after intercourse problems because some of this can be a malignant tumor especially cervical cancer. You are advise to do a detail check up and treatment from your gynecologist.

Thanks for your interested in Celgynic.
Basically, Celgynic has the following benefits :
1. Contains lecithin which is one of the main component of brain, nerves and skin cell membrane of human body
2. Repair, renew and restructure membrane cell in the human body to facilitate nutrients and oxygen absorption, hence it enhances health and vitality
3. Activate brain cell and nervous system, improve memory
4. Prevent hair loss, maintains youthful and vibrant skin
5. Reduce cholesterol, high blood pressure and promote blood circulation

We not sure what is your bad skin problems, but besides Celgynic, we also have Hai-O Bamboo Salt which can also helps in skin problems because it possess high anti-bacteria & anti-inflammation ability to combat skin problems. You can apply the bamboo salt water to your skin.

Hope the above information helps you.

FAQ4:

Mona Says:
May 7th, 2008 at 4:31 pm

Saya pernah mengalami keaadan POC dan selepas menjalani rawatan dengan doktor dengan pengambilan ubat hormon saya kembali mendapat period secara normal.

Baru-baru ini saya dapat period selama 9 hari. Selepas seminggu habis period saya dapati ada keputihan yang berwarna coklat dan tak berbau. Saya tak pasti samada ini period atau lain.

Chinese physician answer:

Salam Mona,

Anda harus membuat pemeriksaan terhadap ovari. Kami tidak pasti rawatan POC yang anda jalani adalah melalui pembedahan atau ubat atau radioterapi dan juga jangka masa untuk rawatan. Anda mengalami pengeluaran period yang lama dan keputihan, ia mungkin disebabkan oleh hormon wanita yang tidak normal dan hormon ini menunjukkan pertumbuhan ovari yang tidak teratur “differentiated ovarian”.

FAQ5:

Justin Says:
May 7th, 2008 at 8:13 pm

Hi, I have a son who is going 2 years old in June. Recently, he has cold very frequently. According to doctor, his lung and nose is very sensive and prone to allergy.

Would like to see your advice what herbs should be taken to overcome his alergy. Your advice is much appreciated,

thank you

Chinese physician answer:

In the perspective of western medication, your son has low immunity function and from Chinese medication, it is lack of Qi (energy). Your son can consume Yu Ping Feng San“玉屏风散”.

FAQ6:

elle Says:
May 9th, 2008 at 12:52 pm

hi dr.

if i were to take the Chinese medication to clear my dirty blood so that my fallopian tube will be clear, and i should be able to have a baby, My dr. advice me to take some test 6 month later to see if my fallopian tube is ok or not, but if would like to try the Chinese medication as well and i believe it work on me. Dr. could you tell me what are the Chinese medication that i should take and for how long i should take. Or do you have any suggestions for me? i really hope dr. could help me on this matter.

Thanks a lot dr. for your early respond.

Chinese physician answer:

Hi elle,

We do not have clear view of the reason that lead to your infertility problem, whether it is blocked fallopian tube or others reasons. You must get check up first to know the exact factor that lead to your problem before doing any treatment.

FAQ7:

amy Says:
May 11th, 2008 at 9:52 pm

Terima kasih kerana membalas mesej saya……

Saya ada terbaca kebaikan herba maharani, antara kebaikanya ialah mengaktifkan horman progestrone.
Apakah perbezaan antara mengaktifkan dgn merangsangkan progestrone?
Bolehkah saya mengambil herba itu kerana saya disah mempunyai masalah pcos setelah menjalani rawatan di hospital…

Salam sejahtera,

Chinese physician answer:

Amy,

Tiada perbezaan antara perkataan ‘mengaktifikan’ dengan ‘merangsangkan’.

Salah satu fungsi Herba Maharani adalah membantu rembesan hormon progestrone yang berperanan dalam peredaran haid. Jadi, secara tidak langsung, ia membantu peredaran haid yang normal dan tetap.

Oleh sebab terdapat pertumbuhan cysts dalam ovari badan, anda dinasihatkan merujuk kepada doktor anda mengenai masalah pcos, cara untuk menangani masalah tersebut & kesesuaian anda untuk mengambil Herba Maharani (jika anda sedang makan ubat yang lain dari doktor).

Walaubagaimanapun, Herba Maharani sememangnya boleh membantu supaya peredaran haid menjadi tetap, membekalkan nutrien dan mengelakkan keletihan badan.

Harap maklumat di atas membantu anda.

FAQ8:

mie Says:
May 12th, 2008 at 2:57 am

dr, ibu saya mengidap penyakit kencing manis, sekarang dia telah mengalami kulit kaki yang kering hingga nampak bersisik dan kehitaman, kadang 2 bengkak juga. baru baru ini dia mengalami gatal2 sewaktu tidur hingga melecet apabila digaru ..apakah produk hai-o yang sesuai?

Chinese physician berkata:

Mie,

Penyakit kencing manis pada fasa akhir akan menyebabkan perubahan pada organ badan yang lain. Kulit kering, bersisik dan kelihatan hitam mungkin disebabkan oleh kelemahan pada metabolisma. Keadaan bengkak mungkin diakibatkan oleh fungsi pinggang yang semakin lemah. Setakat makan ubat, ibu anda juga harus menjalani rawatan yang sistematik di bawah bimbingan doktor. Pertama ibu anda harus makan ubat yang sesuai, mengawal tahap glukosa dan mempunyai cara pemakanan yang sihat serta membuat senaman yang bersesuaian. Anda boleh membawa ibu anda ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang spesifik.

FAQ9:

rashid Says:
May 13th, 2008 at 2:59 pm

Hi Dr.

Ada seorang sahabat yang dikesan terdapat batu karang pada buah pinggang dan dia bertanya kepada saya adakah apa-apa makanan atau ubat yang boleh menyebabkan batu karang beliau keluar atau sembuh dari penyakit itu.

Untuk penyakit gout, adakah garam buluh dan hai o garlic adalah makanan terbaik untuk mengatasinya?

Sekian terima kasih

Chinese physician answer:

Rashid,

Terima kasih minat anda terhadap produk kami.

1. Untuk masalah batu karang pada buah pinggang
- Dinasihatkan mengambil Hai-O Garam Buluh Premier Drink

2. Untuk penyakit gout
- Turut dinasihatkan mengambil Hai-O Garam Buluh Premier Drink

Punca batu karang bertumbuh dan penyakit gout adalah tubuh yang bersifat asid. Hai-O Garam Buluh pula adalah makanan bersifat alkali. Jadi, ia boleh membantu menyelaraskan susuk badan kami supaya lebih cenderung kepada alkali lemah (keadaan badan yang sihat). Dengan pengambilan secara berterusan, keadaan dua penyakit ini pasti dapat diperbaiki.

Cara pengambilan :
Sebungkus Hai-O Garam Buluh dicampur dengan 200ml air, minum sekali pada waktu pagi dan malam masing-masing. Jika rasa tidak selesa dengan bau air garam buluh waktu mula mengambil produk ini, anda boleh membahagikan sebungkus garam buluh kepada 2/3 bahagian kecil, dicampur dengan 200ml air dan minum pada pagi, tengahari dan malam. Setelah menyesuaikan diri dengan garam buluh, anda boleh menambahkan kuantiti pengambilan secara perlahan-lahan kepada sebungkus sekali.

FAQ10:

june Says:
May 13th, 2008 at 4:39 pm

hii..
saye dah kawin dekat 3 tahun lebih..tapi sehingga sekarang saye tak hamil lagi….kitaran haid sya tk normal sejak saya blm berkahwin lagi..
selepas kahwin, kitran bertambah teruk.kadang2 sampai 3 bulan tak datang..sya juga mengalami keputehan. kadang2 mengeluarkan bau yg tk menyenangkan.adakah product maharani boleh solve this problem??
tq….

Chinese physician answer:

June,

Terima kasih kerana minat anda terhadap Herba Maharani.
Ya, Herba Maharani sememangnya dapat membantu anda menyelesaikan masalah-masalah yang dinyatakan di atas.

Anda perlu memastikan period anda menjadi normal dahulu supaya meningkatkan peluang anda untuk hamil. Memandangkan period anda adalah tidak tetap & menghadapi masalah ketidakselesaan (senggugut, keputihan, sakit pinggang), anda perlu menguatkan badan terlebih dahulu.

Anda dinasihatkan mengambil Herba Maharani pada hari ke-6 period, 1 atau 2 biji bola kuning sehari & berterusan sehingga period yang seterusnya pada bulan depan. Anda perlu henti mengambil Maharani sewaktu period & diteruskan selepas period. Biasanya, anda boleh merasai keberkesanan produk selepas 2/3 bulan mengambilnya.

Nota : Jika rasa ‘panas badan’ (’heaty’) atau kerongkong terasa kering selepas mula makan, anda boleh mengurangkan pengambilan menjadi satu/ separuh biji bola kuning (=25 pil hitam yang kecil) ataupun minum air garam waktu anda makan Herba Maharani.

Berikut adalah kebaikan-kebaikan Herba Maharani :
(a) Penyelesaian kepada masalah wanita & gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan)
(b) Amalan yang baik kepada wanita selepas bersalin (menguat & mengecutkan otot rahim, saluran peranakan)
(c) Penyelesaian kepada sakit pinggang & belakang, sakit sendi & lutut, angin dalam badan dan sebagainya
(d) Mengaktifkan hormon estrogen, progestron & androgen wanita
(e) Awet muda, menegang & memberi keanjalan kulit
(f) Menghilangkan keletihan, meningkatkan kadar metabolisme

FAQ11:

eita Says:
May 14th, 2008 at 5:19 pm

kawan saya nak tau… kalau makan pil perancang, boleh tak makan herba maharani? ada effect tak, sebab herba maharani tu kan untuk penyuburan jugak…tolong reply ye..

Chinese physician jawab:

Mereka yang mengambil pil perancang juga boleh makan Herba Maharani dengan cara yang biasa, iaitu sebiji/ dua biji sehari selepas period & berterusan selama 6 hari. Selepas itu, hentikan pengambilan dan tunggu sehingga selepas period yang seterusnya.

Mereka boleh mengambil H. Maharani 2 jam selepas makan pil perancang. Cuma perlu diingatkan jangan makan Maharani dan pil perancang pada satu masa yang sama.

FAQ12:

eitanazira Says:
May 14th, 2008 at 5:43 pm

saya cuma nak tahu, adakah spirulina hai o sudah dapat pengesahan JAKIM?

Chinese physician answer:

Eitanazira,

Untuk pengetahuan anda, kami masih menunggu sijil pengesahan daripada pembekal kami yang kini sedang menunggu pengesahan HALAL daripada pihak JAKIM untuk Hai-O Spirulina.

Pihak kami akan membuat pembetulan pada bungkusan produk setelah mendapat pengesahan daripada pihak yang berkuasa.

Sekian, terima kasih.

FAQ13:

pendek Says:
May 16th, 2008 at 4:30 am

hello there,
i would to know is there any possible ways to have an abortion without going to the clinic or hospital? i mean ways to have a miscarriege? i have this friend of mine wants an abortion and she insist not going to clinic or hospital… is there any ways for miscarriege?? need some advise…

Chinese physician answer:

Hi,
Abortion is an illegal action in Malaysia. At the moment abortion is allowed only on a medical grounds if the health of the mother is in jeopardy. We are sorry because we can not give any advice here.

FAQ14:

zalifah Says:
May 16th, 2008 at 9:34 am

Dr,

Saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak 6 dan 4 tahun.Haid saya menjadi tidak teratur selepas saya berhenti memakan pil perancang 2 tahun lalu.untuk mengeluarkan haid saya terpaksa berjumpa dr di klinik bagi mengambil ubat.Dr klinik telah memberi saya pil perancang yg perlu dimakan 6 biji sekaligus untuk tiga mlm berturut-turut.Saya mengalami loya-loya dan ketidakselesaan apabila makan ubat tersebut jadi saya mengabaikannya.Boleh dr cadangkan atau menasihati saya apa yg patut saya buat.cthnya product yg boleh saya ambil.

Chinese physician answer:

Salam sejahtera,
Anda mengalami ketidakaturan period kerana fungsi ovari yang lemah dalam mengeluarkan telur. Anda boleh mendapatkan rawatan dan mengambil herba cina dari Peking Tongrentang (M) Sdn Bhd. Tel:603-2141 7958/9 atau Sanjiu Hai-O TCM (M) Sdn Bhd. Tel:603-9283 7200.

FAQ15:

b Says:
May 16th, 2008 at 9:20 pm

hihi..
me already make a sex with my husband, just pass two week only, but the haid stil havent come, is meaning me have a baby??? but got this fast just use two week only to know??

Chinese physician answer:

Hi B,

It is possible. You can know the result from pregnancy test

FAQ16:

Ginny Says:
May 16th, 2008 at 11:15 pm

hello,

i would like to know is there any where to cure if a person got urine asid? My mum is facing terrible pain on her leg (bengkak) and previously doctor told is due to urine asid. She has been eating the medicine given by doctor but it seems like no cure. Please guide me as i really dont know what to do.

Chinese physician answer:

Good evening Ginny,
One of the treatment for urine acid is to control your eating habits. Avoid eating high purine food like animal internal organs, beans and seafood. Another way is to drink more water so that the purine can be discharge out from your body thru your urine. There might be another reasons that lead to your mother’s swollen leg. Therefore, you have to go for check-up to know the reasons for your mother’s problem and to seek treatment later. You can visit to Peking Tongrentang (M) Sdn Bhd (Tel: 603-21417958/9) atau Sanjiu Hai-O TCM (M) Sdn Bhd (Tel: 603-92837200).

FAQ17:

winnie Says:
May 22nd, 2008 at 8:40 am

My son has been coughing for the last 1 mth. He is 2 yrs old. however, his cough is in the morning only just after he wakes up. The rest of the day he is ok.

Appreciate your advice

Chinese physician asnwer:

You must pay high attention on your son’s cough condition. First, is to get an early treatment, second is to have a specific treatment so that his conditions will not worsen. You should not give him spicy food, drink cold water and bring him often to the air-conditioner room. By practicing the above, you get to see whether it can help him. If no improvement, then you must sent him for treatment. You can visit to Peking Tongrentang (M) Sdn Bhd (Tel: 603-21417958/9) or Sanjiu Hai-O TCM (M) Sdn Bhd (Tel: 603-92837200).

FAQ18:

Maslina Says:
May 22nd, 2008 at 11:51 am

Dr, Saya telah berkahwin dan berumur 33 tahun Mempunyai 2 orang anak berumur 8 dan 3 tahun, masalah saya adalah seperti berikut:-
1. Haid tidak teratur sebelum berkahwin lagi dan saya juga mengamalkan memakan EPO 4 bulan yang lepas tetapi masih tidak teratur.
2. Susah untuk mendapatkan anak. Untuk mendapatkan anak kedua ini saya mengambil pil subur tetapi berat badan naik. Saya tidak mengambil sebarang pil perancang. Pelbagai cara telah dibuat untuk mendapatkan anak ketiga memandangkan umur saya sekarang 33 tahun, saya tidak mahu mengambil pil subur kerana berat badan akan bertambah. Boleh Dr cadangkan product apa yang patut diambil? TQ

Chinese physician answer:

Maslina,

Terdapat banyak faktor yang boleh mengakibatkan ketidakhamilan. Berdasarkan penerangan anda, anda mengalami ketidakaturan pada haid dan berat badan yang semakin meningkat. Mungkin anda telah mengalami masalah PCOS. Anda disyorkan mengambil ubat cina, ia tidak akan mempengaruhi berat badan anda. Anda boleh mendapatkan rawatan daripada Peking Tongrentang (M) Sdn Bhd (Tel: 603-21417958/9) atau Sanjiu Hai-O TCM (M) Sdn Bhd (Tel: 603-92837200). kami berharap juga anda boleh berjaya untuk mendapatkan anak ketiga.

FAQ19:

Girl Says:
May 23rd, 2008 at 4:26 pm

Dr,

Saya ada masalah dgn rahim jatuh selepas melahirkn anak ke2.Utk pengetahuan dr. anak pertama lahir melalui pembedahan pd sept 2004.Anak ke2 lahir normal dis 2007 lepas…semasa gynea jahit luka dia nmpk dgn jelas rahim saya sudah jatuh.Apakah ada rawatan/ubat yg sesuai utk rahim kembali ke kedudukan asal ?.Adakah merbahaya jika mengandung lagi jika rahim belum kembali ke kedudukan asal?

Utk pengetahuan dr kedua-dua anak saya adalah p’puan & kalau ada rezeki saya ingin anak lelaki pula…Tp saya takut utk hamil lg sbb kedudukan rahim telah jatuh..saya juga belum merujuk kepada mana-mana dr pakar perbidanan..

Ada juga rakan menyarankan utk berurut cara tradisional.Adakah dengan berurut boleh menaikkan rahim kembali ? Utk pengetahuan dr saya memang rasa mcm ada benda berat nak terkeluar dari anggota sulit saya…Saya amat mengharap bantuan dr..TQ

Chinese physician answer:

Girl,

Proses kehamilan dan kelahiran semulajadi (normal) memang akan melemahkan dan melonggarkan bahagian ligamen dan otot yang memegang rahim. Jika anda ingin mengandung lagi, anda harus memastikan rahim anda adalah dalam keadaan baik dan sihat, kerana kekenduran rahim akan mempengaruhi kehamilan. Anda boleh mengamalkan rawatan akupuktur dan ubat cina kerana ia dapat memberi kesan yang bagus terhadap masalah anda. Anda boleh mendapatkan rawatan daripada Peking Tongrentang (M) Sdn Bhd (Tel: 603-21417958/9) atau Sanjiu Hai-O TCM (M) Sdn Bhd (Tel: 603-92837200). Semoga anda cepat sembuh.

FAQ20:

aminah Says:
May 25th, 2008 at 10:34 pm

boleh ke ibu yang menyusukan anak bayinya mengambil pil herba maharani bagi mengekalkan kesihatan ? Jika boleh, bagaimana cara pengambilannya (berapa biji sehari) dan peraturannya ?

Chinese physician answer:

Aminah,

Terima kasih kerana minat anda terhadap produk kami.

Selepas bersalin, anda boleh mengambil Herba Maharani untuk membantu menguatkan tubuh dan mengekalkan kesihatan badan.

Cara pengambilan : Mula mengambil Maharani1 minggu selepas bersalin (iaitu setelah darah badan sudah bersih). Makan 1 biji bola kuning (i.e. 50 pil hitam kecil) dan berterusan selama 14 hari. Ambil Maharani sebelum makan, sama ada pada waktu pagi atau malam.

Peringatan :
1. Jika rasa panas badan selepas makan (seperti kerongkong kering), boleh kurangkan pengambilan kepada separuh biji bola kuning, iaitu 25 biji pil hitam sehari. Pada masa yang sama, minum banyak air/ air garam.
2. Elakkan makanan yang bersifat ’sejuk’ seperti salad dan watermelon. Begitu juga dengan teh dan makanan goreng untuk mengelakkan kepanasan tubuh.

FAQ21:

azis Says:
May 26th, 2008 at 11:26 pm

assalamualaikum dr

sy ingin memohon pertolongan dr untuk menilai keputusan darah bagi ujian kehamilan yang dperolehi. butir-butirnya adalah yang berikut:

FT3 6.93/ T4 22.3/ TSH 1.43 normal

prolactin < 500(354)

progesterone 51.8

FSH 1.3

luteinising hormone 3.4

saya memohon jasa baik daripada pihak dr untuk memberi maklum balas mengenai keputusan darah ini…

Chinese physician jawab:

Azis,

1.T3, T4 ialah hormon yang dikeluarkan oleh tiroid. Tiroid mengawal dan melibat dalam pelbagai bahan dalam sistem metabolisma, termasuk pertumbuhan seks, kematangan seks serta pelbagai jenis perkembangan terhadap fungsi seks. Jika berlaku perubahan, ia akan menyebabkan haid yang berlebihan atau berkurangan, kekerapan datang haid meningkat atau kelewatan pada haid, pengeluaran darah dari rahim, masalah tiada haid, ketidakhamilan dan sebagainya.

2.TSH membentuk satu sistem aksis otak, boleh membantu dalam fungsi hormon tiroid. TSH yang dihasilkan akan merangsang tiroid untuk mengeluarkan T3 dan T4.

3.PRL, FSH dan LH merupakan hormon semulajadi yang dihasilkan untuk membantu dalam pelbagai fungsi badan manusia dan menyebabkan perubahan terhadap wanita, termasuk haid, kehamilan, buah dada dan sebagainya.

4.Progesterone ialah hormon yang membantu dalam sistem kehamilan, ia akan mengeluarkan telur, merangsang pembentukan ’selaput pelapis’ dalam uterus yang berfungsi sebagai tempat tumbuh bagi bayi.

FAQ22:

maini binti jaldin Says:
May 27th, 2008 at 7:57 pm

hello ,
saya sudah berkhawin selama 2 tahun tetapi belum mendapat zuriat.
haid saya tak normal seperti berikut:
january 08 - tiada
febuary 08- 5 hari haid
march 08- tiada
april 08-7 hari haid
may 08-1 hari haid(darah seketul saja)
apakah yang perlu saya buat?
saya sudah bjumpa doc tetapi doc memberi ubat untuk haid setiap bulan.setiap makan ubat ini memang haid tetapi kalu tak makan haid kembali tak teratur.dah bosan makan ubat ni bulan2x.teringin pula haid datang sendiri.

Chinese physician answer:

Salam sejahtera,
Anda mengalami ketidakaturan pada haid dan masalah ketidakhamilan. Ubat cina memang mempunyai kesan yang baik terhadap masalah ini. Anda boleh mendapatkan rawatan daripada Peking Tongrentang (M) Sdn Bhd (Tel: 603-21417958/9) atau Sanjiu Hai-O TCM (M) Sdn Bhd (Tel: 603-92837200) supaya kami boleh membuat pemeriksaan yang terperinci terhadap masalah anda. Semoga anda cepat sembuh dan hidup bahagia.

FAQ23:

ct Says:
May 28th, 2008 at 10:56 am

salam sejahtera,

Saya seorang ibu berumur 28 tahun mempunyai 2 orang anak.Selepas melahirkn anak ke 2 dis lepas saya sering merasa sejuk-sejuk pd badan & cepat letih apabila banyak bergerak.Saya ingin tahu apakah produk yg sesuai untuk merawat masalah saya itu…Pandangan dr amatlah diharapkan.

Chinese physician answer:

Salam sejahtera,

Cik disaran untuk mengambil Herba Maharani supaya membantu masalah yang dihadapi itu. Di sini saya sertakan maklumat lanjut mengenai Maharani dan cara pengambilannya.

Herba Maharani mengandungi ayam hitam (Gallus Gallus Domesticus), Cornu Cervus Nippon dan herba-herba tradisional China seperti ginseng, Concha Ostrea Gigas, Radix Angelica Sinensis dan sebagainya. Bahan utama produk iaitu Gallus Gallus Domesticus dan Cornu Cervus Nippon membantu memperkuatkan hati, ginjal, menambahkan darah dan tenaga batin. Dengan ini, ia membantu anda meningkatkan kadar metabolisme dan menghilangkan keletihan.

Herba Maharani turut melegakan masalah wanita & gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan). Pengambilannya baik kepada wanita selepas bersalin (menguat & mengecutkan otot rahim, saluran peranakan). Ia membantu melegakan sakit pinggang & belakang, sakit sendi & lutut, angin dalam badan dan sebagainya.

Cara pengambilan:
Anda dinasihatkan mengambil Herba Maharani selepas period, 1 atau 2 biji bola kuning sehari (=50 pil hitam kecil) & berterusan selama 1-2 minggu. Anda perlu berhenti mengambil Maharani sewaktu period & diteruskan selepas period pada bulan akan datang. Biasanya, anda boleh merasai keberkesanan produk selepas 2/3 bulan mengambilnya.

Nota :
Jika rasa ‘panas badan’ (’heaty’) atau kerongkong terasa kering selepas mula makan, anda boleh:
1. Mengurangkan pengambilan menjadi satu/ separuh biji bola kuning (=25 pil hitam yang kecil) ataupun
2. Minum air garam sewaktu anda makan Herba Maharani. Pada masa yang sama, elakkan makanan goreng.
Saudari boleh mendapatkan Maharani dari cawangan/ stokis Hai-O Marketing yang terdekat dengan tempat anda. Sila nyatakan tempat tinggal anda atau anda boleh berhubung dengan Bahagian PDP di ibu pejabat melalui nombor 03-3348 8588 Ext:315 untuk pertanyaan lanjut.

FAQ24:

AB Says:
May 28th, 2008 at 6:00 pm

AB,

Terima kasih kerana memilih produk Hai-O Marketing.

Soalan anda & jawapan kami:

1. pertamanya….kepala zakar saya ada satu tompok seperti kulit kering….bila basah ia akan nampak merah and bila kering ia nampak putih seperti kulit kering luka…..

Anda dinasihatkan supaya membuat pemeriksaan doktor sama ada berlakunya jangkitan pada bahagian organ ini.

2. keduanya….saya skrg ada mengambil pil euryco jack, miautan enerplus,hai-o spirulina, lagi satu saya luper namanya….tapi pilnya bulat dan hitam….khasiat nya untuk kulit…semuanya produk ini dari hai-o….

Pil hitam yang diambil oleh saudara adalah Celgynic yang dapat membantu menjaga kesihatan kulit.

3. soalan saya….miautan yang saya minum sangat pahit dan hanyir…setelah saya ambil ubatan ini saya rasa sakit di bahagian zakat, dada kiri serta buah pinggang….saya masih bujang dan tidak pernah melakukan hubungan seks dan saya seorang muslim….sebab sebelum nie ada sekali kulit bibir saya pecah di bahagian bibir antara atas dan bawah, di bahagian tepi….bila saya pi check dengan doktor, mereka hanya beri saya sejenis ubat untuk di sapu dan bertanyakan yang saya punya kekasih atau tidak….yang mana soalan doktor tersebut menakutkan saya….takut takut ada penyakit merbahaya….

sambungan dari soalan sebelum ini….adakah rasa hai-o miautan enerplus itu bergantung pada penyakit dalam badan seseorang setelah mengambilnya? bila kencing, sakitnya amat sangat di bahagian bawah (bola zakat) dan juga bahagian dalam atas antara pusat ke zakar.
Ya. Rasa Miautan Enerplus bergantung kepada kesihatan tubuh individu. Rasa pahit & hanyir yang dirasai oleh saudara menandakan:
(a) Rasa pahit : masalah hati & hempedu
(b) Rasa hanyir: masalah buah pinggang dan pundi kencing

Kesakitan yang dialami pada bahagian badan dinyatakan oleh saudara adalah selaras dengan rasa Miautan yang diminum. Pengalaman ini memberitahu saudara mengenai kemungkinan berlakunya masalah pada organ-organ tertentu badan. Jadi, anda boleh mengambil langkah pencegahan dan penjagaan yang sewajarnya. Jangan terlalu risau pada masa ini, anda perlu menjalankan pemeriksaan badan yang menyeluruh di hospital dahulu untuk mengesahkan kesihatan badan terutamanya bahagian organ yang mana saudara terasa sakit. Seterusnya, anda dapat membuat keputusan yang sepatutnya untuk mengatasi keadaan yang dihadapi.

4. harap tabib dapat membantu saya menerangkan kesan pengambilan ubatan tersebut dan juga cara mengambil ubat hai-o yang saya sebutkan di atas….saya sangat risau tetang kesihatan saya coz saya akan melangsungkan perkahwinan pada bulan oktober ini.

(a) Euryjack
Kesan: meningkatkan daya tenaga, mengurangkan keletihan, melegakan kesakitan pinggang & belakang
Cara pengambilan: 1-3 biji sekali, pada pagi & malam masing-masing

(b) Miautan Enerplus
Kesan: membantu pembentukan rangka & tulang, mengekalkan susuk badan yang bersifat alkali, membolehkan pengguna menentukan tahap kesihatan organ badan berdasarkan rasa yang berlainan
Cara pengambilan: buka kapsul Miautan, tuangkan serbuk ke dalam air sejuk/ air mineral, goncangkan dan minum pada bila-bila masa

(c) Hai-O Spirulina
Kesan: membekalkan nutrien, kaya dengan vitamin B12 yang membantu penghasilan darah, menyeimbangkan susuk badan supaya cenderung kepada alkali (susuk badan yang sihat), tinggi dalam fiber (melegakan masalah sembelit)
Cara pengambilan: 5-10 pil sekali, 2-3 kali sehari

(d) Celgynic
Kesan: mengandungi lesitin. Pengambilannya membantu memperbaiki & mengaktifkan sel badan, merendahkan tahap kolesterol & tekanan darah, baik untuk kesihatan kulit
Cara pengambilan: Makan selepas meal. 2-4 biji sekali, pada pagi & malam masing-masing

Harap maklumat di atas membantu saudara.
Sekian, terima kasih.

FAQ25:

AB Says:
May 29th, 2008 at 5:39 pm

boleh saya mendapatkan makumat semua rasa yang di alami para pengamal ubat miautan? rasa dan juga penyakitnya ….

Chinese physician answer:

AB,
Rasa air Miautan & masalah organ-organ yang berkaitan:
1. Rasa pahit : masalah hati & hempedu
2. Rasa hanyir : masalah ginjal & pundi kencing
3. Rasa kelat : masalah limpa, perut, usus & paru-paru
4. Rasa masam : masalah jantung & usus kecil
5. Muntah : masalah otak, saraf & badan
6. Rasa manis : badan sihat

Sekian, terima kasih.

FAQ26:

AB Says:
May 30th, 2008 at 6:08 pm

aper tindakan selanjutnya yang perlu saya lakukan…..
adakah dengan minum air miautan sahaja boleh cover penyakit saya atau tabib nak cadangkan aper aper ubat yang perlu saya minum….
setakat ini, air yang saya minum tetap rasa hanyir dan pahit……dan di hujungnya ada rasa manis sedikit….

Chinese physician answer:

AB,
Kami tidak dapat memastikan punca sebenar kesakitan yang dihadapi hanya berdasarkan apa yang digambarkan oleh encik. Jadi, anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan badan di hospital terlebih dahulu. Selepas mengetahui apakah masalah kesihatan yang dihadapi (jikalau ada), barulah kami dapat memberikan nasihat dan produk yang sesuai diambil oleh encik.

FAQ27:

girl Says:
May 31st, 2008 at 3:27 pm

T.kasih dgn penjelasan dr..

1. Saya ingin melakukan rawatan tersebut tp lokasinya agak jauh krn saya tggal di seremban.Adakah rawatan dibuat di Jusco S2 ?

2. Boleh tak Dr. berikan testimonial/ceritakan sedikit beberapa pengalaman pesakit yg telah menerima dan mengambil rawatan akupunktur/ubat cina ini dan sembuh serta berjaya mengandung lg. Sebenarnya saya masih risau dgn keadaan diri saya sekarang adakah peluang untuk saya..kalu ada pengalaman pesakit seperti saya sekurang-kurangnya saya tahu masih ada harapan untuk saya…mohon jawapan dari dr..tq

Chinese physician berkata:

Girl,

Kami tidak mempunyai kedai/ cawangan di Jusco S2. Walau bagaimanapun, jarak perjalanan dari Seremban ke Kuala Lumpur bukannya sangat jauh. Anda boleh membawa kereta untuk sampai di sini. Jika anda tidak boleh membawa kereta, anda boleh menaiki keretapi dan berhenti di stesen Hang Tuah dan kedai kami adalah terletak berdekatan dengan stesen tersebut. Ubat cina memang mempunyai kesan yang bagus dalam merawat kekenduran rahim dan peratusan bagi anda pulih sembuh adalah tinggi tetapi ia bergantung juga kepada situasi individu. Maka anda boleh datang untuk mendapatkan rawatan. Semoga anda sihat.

FAQ28:

Kalle Hashmi Says:
May 31st, 2008 at 5:43 pm

I am suffering from polycystic kidneys. Do have any suggestion for a cure. Million thanks.

Chinese physician answer:

Kalle,
Medicine can not treat polycystic kidneys.