Archive for April, 2008

April 2008

Wednesday, April 30th, 2008

FAQ1:

shahrizan Says:
April 2nd, 2008 at 11:41 am

Tuan

saya mengidap pening, letih, rasa terapung, rasa seperti di alam mimpi, berat kepala sudah 2 tahun setengah tak pernah hilang

semua rawatan hospital telah di buat termasuk pemeriksaan darah, tekanan darah, hidung, telinga, tekak, mata, MRI dan lain-lain tapi semuanya normal

hingga kini tidak dapat dikesan puncanya

apakah jenis rawatan atau ubatan yang boleh digunakan oleh saya

apakah pernah ada kes seperti saya?

terima kasih

Chinese physician answer:

Salam sejahtera,
Punca kepada penyakit pening kepala adalah amat sukar ditentukan kerana ia muncul dalam banyak jenis penyakit. Dalam ilmu perubatan tradisional cina membahagikan masalah pening kepala kepada 2 jenis iaitu pening kepala yang “terus” dan pening kepala yang “palsu”. Untuk jenis yang pertama, pening kepala akan berlaku apabila keseimbangan antara mata, telinga dan bahagian depan kepala gagal dicapai. Manakala untuk jenis kedua, pening kepala diakibatkan oleh panyakit lain. Anda boleh membawa semua butiran mengenai kesihatan anda dan mendapatkan rawatan daripada Peking Tongrentang (M) Sdn Bhd. Tel:603-2141 7958/9 atau Sanjiu Hai-O TCM (M) Sdn Bhd. Tel:603-9283 7200.

FAQ2:

ANN Says:
April 4th, 2008 at 3:00 pm

doctor…

saya mempunyai masalah haid yang tidak teratur.Sebelum berkahwin period saya datang 1 kali setiap 2 bulan.Namun menurut info yang saya terima dari doc sebelum ini, kitaran haid itu masih di kira normal.Namun selepas berkahwin period saya terus berubah.Adakalan berbulan-bulan tidak datang haid.Saya ingin mencuba produk ini.Bila waktu yang sesuai saya perlu mengambil produk ini kerana buat masa sekarang period saya sudah sebulan lebih tidak datang.Tiada tanda-tanda ia kan datang.Saya juga tengah berusaha untuk hamil.

Chinese physician berkata:

Anda mungkin mengalami masalah ketidakhamilan. Period anda adalah tidak teratur dan ia telah membuktikan bahawa proses pengeluaran telur juga tidak normal sehingga mempengaruhi kehamilan. Anda dinasihati supaya mendapat rawatan yang specifik terhadap masalah anda.

FAQ3:

SHANTHINI Says:
April 4th, 2008 at 4:46 pm

hi doc

usia perkhawinan saya sudah 3 tahun. pada tahun 2006 bersamaan tarikh 12/6/2006 saya disahkan mengandung tetapi pada bulan 18/7/06 saya
mengalami pendarahan. saya pun terus berjumpa dengan doktor pakar wanita dan beliau membuat scan dan memberitahu saya kemungkian mengalami keguguran ataupun missed abortion tetapi beliau cuba memberi ubat dan suntikan untuk menghentikan pendarahan. tetapi darah tidak berhenti lalu saya diarahkan membuat d & c pada bulan 26/7/06.
selepas itu period saya tidak menentu walaupun sebelum ini period saya tetap pada harinya. selepas itu pada tahun lepas iaitu bulan sept oct nov dan dec doc telah memberi ubat subur (clomid tab) tetapi saya tidak juga mengandung. pada bulan mac saya jumpa doktor pakar wanita, beliau telah scan dan memberitahu saya utures saya dalam keadaanan yang baik dan saya tidak ada apa apa masalah untuk mengandung dan telah memberi ubat clomid sekali lagi. saya betul betul risau apa yang sepatutnya saya buat. saya berharap sangat doktor boleh menolong saya

terima kasih

Chinese physician answer:

Salam Shanthini,
Anda mengalami keguguran pada tahun 2006, ia adalah keguguran semulajadi yang berlaku pada awal fasa kehamilan dan 90% daripada keguguran ini merupakan keguguran yang terlindung. Maksudnya badan anda tidak mampu menyokong kandungan tersebut maka ia akan menggugurkannya. Masalah sedemikian akan berlaku biasanya diakibatkan oleh pihak wanita yang mempunyai fungsi badan yang tidak cukup baik atau pihak lelaki yang mempunyai sperma yang tidak sihat. Anda sepatutunya membuat pemeriksaan dahulu supaya mencari punca kepada masalah keguguran anda.

FAQ4:

SHANTHINI Says:
April 4th, 2008 at 4:58 pm

hi doc,

baru baru ini saya telah membeli pu uer tea (brand super horse)
dari hai-o marketing. saya tahu bolehkah saya minum tea tersebut memandangkan saya bercadang nak mengandung. saya juga mahu tahu
tentang kebaikan tea ini

Chinese physician answer:

Shanthini,

Pertama sekali, saya perlu mendapatkan pengesahan daripada cik mengenai Teh Puer yang dibeli itu.

Hal ini kerana Teh Puer yang dijual oleh syarikat kami, Hai-O Marketing adalah di bawah nama produk Imperial Tea. Kotak pembungkusan adalah 30 beg kecil x 3g dengan harga jualan RM45.60. Namun, teh Puer yang disebutkan oleh cik dalam email adalah brand Super Horse.

Harap mendapat balasan daripada cik.

FAQ5:
nani Says:
April 7th, 2008 at 12:32 pm

Hi,
I’d taken Maharani for 3 months until Jan 08. i took 5 pills a day. after 3 monthsNov 07- Jan 08) i stopped eating it as on the box it says not adviseable to consume the pills more than 3 months…Now, after i had stopped for 3 months (Feb- Apr08) I would like to continue consuming it. So is the way i am practising now correct? Thank you.

Chinese physician answer:

Dear Nani,

Thank you for using our product, Herba Maharani.
It is advisable to take at least 25 pills at a time for the efficacy. However, if you are ok with 5 pills per day, you can continue with this way.

The way to take Herba Maharani actually depend on each individual. There is no problem even you take Herba Maharani continuously every day, provided that your economy status allow you to do so and your body can accept this product, i.e. you do not feel any uncomfortable (heaty body) after you consume Herba Maharani.

As a general guideline, you can take Herba Maharani according to the following conditions :
1. To maintain healthy body :
take 1 ball (=50 little black pills) per day after period, continue for 6 days.
2. For people with weak body :
take 1 ball per day after period, continue for 12 days
3. For irregular period :
take 1 or 2 ball from the 6th day of the period, continue for 20 days
4. Feeling uncomfortable during period :
take 1 or 2 ball 14 days before period, continue for 14 days
5. After child birth :
take 1 ball per day after 1 week of your delivery, continue for 10-14 days
Reminder : The above guideline is applicable for one period cycle. After each respective days (6, 12, 20, 14, 10-14 days), stop and continue back the same practice after/ before your next period.

Note :
If feel ‘heaty’ after consumed, you can follow one of the alternative ways :
(a) drink salt water when you take the pills
(b) reduce the intake of pills at a time

Hope the above infos help you. Thank you.

FAQ6:

yann Says:
April 9th, 2008 at 12:05 pm

hai dr,

saya ingin bertanya, jika saya menjalani pembedahan semasa melahirkan anak…..boleh tak saya mengambil maharani semasa pantang.Kalau boleh,pada hari ke berapakah boleh saya mengambilnya….harap doktor dapat membantu………
Sekian

Chinese physician answer:

Yann,

Terima kasih kerana minat anda terhadap produk kami.
Anda boleh mengambil Herba Maharani 1 minggu selepas bersalin (i.e. setelah darah badan sudah bersih).

Cara pengambilan : 1 bola kuning (=50 pil hitam kecil) sekali, 2 kali sehari. Ambil untuk 3 minggu.
Nota : Jika anda rasa badan panas (”heaty) selepas makan, anda boleh guna satu cara alternatif yang berikut :
(a) Makan separuh biji bola kuning (=25 pil hitam kecil) sekali
(b) Minum air garam waktu makan

Perhatian : Elakkan makanan yang bersifat ’sejuk’ seperti salad dan watermelon. Begitu juga dengan teh kerana mengandungi kafein semasa mengambil Herba Maharani.

Harap maklumat di atas membantu anda.

FAQ7:

Alan Says:
April 10th, 2008 at 2:25 pm

Hi, Greetings.
During intercourse, my pennis will soon become soft, no hard enough to penetrate. I dun know why. It happen just a few months ago. Unable to maintain the erection is a key matter annoy me now.
Do you have any solution for it? Many Thanks

Chinese physician answer:

Salam sejahtera,
Adakah anda sudah berusia? Biasanya kekerasan zakar adalah berkaitan dengan usia manusia. Pesakit yang dalam lingkungan usia antara 60 hingga 70, zakar adalah kurang naik, tahap kekerasan adalah kurang baik dan cepat mengecut. Jika pesakit adalah dalam golongan muda, maka itu merupakan satu penyakit. Secara umumnya, faktor kepada masalah zakar ialah melaku onani dengan banyak, terlalu rendah diri atau menghidapi penyakit seperti penyakit kencing manis turut akan mempengaruhi kesihatan badan.

FAQ8:

zack Says:
April 10th, 2008 at 9:10 pm

hi doc,

bagaimana cara untuk mengurangkan liver enzim dalam badan..saya telah membuat check up dan mendapati bacaan 65 dari yang sepatutnya 0-53..so boleh tak doc beri pendapat untuk mengurangkan bacaan tersebut dalam masa terdekat ini.

Chinese physician answer:

Salam Zack,
Liver enzim yang anda nyatakan di sini, kemungkinan merupakan ALT, iaitu sejenis enzim yang terlibat dalam metabolisma dan asid amino alanina. Bacaan ALT meningkat boleh disebabkan oleh tabiat minum alkohol, mengambil sesetengah ubat, terlalu penat atau mengalami kepanasan yang akan mempengaruhi proses metabolisma. Anda boleh cuba mengelakkan diri daripada sebab-sebab diatas dan menjalani pemeriksaan sekali lagi, jika bacaan ALT masih meningkat, anda boleh merawatnya dengan mengambil perubatan traditional cina.

FAQ9:

ieja Says:
April 13th, 2008 at 10:24 am

hai doktor,,,saya nak tanya nie…erm,,,macam nie…saya tidak datang haid selama 1 bulan lebih,,,adakah saya pregnant doktor,,,masa nie saya mudah cepat letih..sakit kepala bila bangun pagi dr tido dan banyak keluar keputihan…tapi saya tak lah terlalu yakin sangat yg saya mengandung,,,sebab bukan apa hari tu saya beli pregnat test kat farmasi tapi -ve tu…saya kawin pun dah 2 tahun lebih tapi belum di kurniakan anak,,,,

Chinese physician answer:

Salam ieja,
Jika anda ada melakukan hubungan seks selepas kahwin, mungkin juga anda mengandung. Anda boleh membuat pemeriksaan doktor.

FAQ10:

Megat Al-Azzuhri Says:
April 17th, 2008 at 1:12 pm

Saya nak tanya adakah apa-apa ubat untuk psoriasis?

Tabib cina berkata:

Penyakit kulit bersisik juga dikenali sebagai penyakit psoriasis. Ia mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti keturunan/ genetik, persekitaran seperti jangkitan, tekanan fizikal dan emosi, kecederaan kulit, minum alkohol, pembedahan dan lain-lain. Penyakit psoriasis boleh dibahagi kepada pelbagai jenis, seperti Psoriasis Vulgaris, Psoriasis Arthritis, Psoriasis Erythrodermic, Psoriasis Pustular dan sebagainya. Rawatan Cina mempunyai prestasi perubatan yang agak memuaskan. Kami tidak boleh memberi ubat tanpa sebarang pemeriksaan, anda dinasihati mendapat konsultasi daripada Sanjiu Hai-O TCM (M) Sdn Bhd. Tel: 603-9283 7200 ATAU Peking Tongrentang (M) Sdn Bhd. Tel: 603-2141 7958/9 supaya tabib boleh memberi ubat yang sesuai dengan keadaan anda.

FAQ11:

emarlya Says:
April 22nd, 2008 at 1:40 pm

Hai DR,

Saya disini ada sedikit masalah tentang rahim jatuh kebelakang.Setelah saya buat pemeriksaan diklinik pakar perbidanan.tapi doktor pakar tersebut mengatakan cara yg terbaik adalah membuat pembedahan.Tapi dia juga ada mengatakan dgn pengambilan ubat-ubatan mukin juga boleh membantu.Sekarang ni saya ingin tahu apakah jenis ubat yang perlu saya ambil..Dan dari mana saya boleh dapatkan ubat tersebut..Saya berharap sgt agar doktor dapat membantu saya..

Chinese physician answer:

Salam sejahtera,
Kekenduran rahim biasanya disebabkan oleh kedudukan asal rahim yang lemah akibat kehamilan, kelahiran atau masa rehat yang tidak cukup dan tidak teratur selepas bersalin. Dalam ilmu perubatan traditional cina menganggap ia sebagai ketidakcukupan tenaga dan Qi utunk bergerak. Perubatan cina dan akupunktur boleh membantu dalam masalah kekenduran rahim ini, anda perlu datang untuk mendapatkan rawatan.

FAQ12:

elle Says:
April 25th, 2008 at 12:17 pm

hi dr.

i just had removed my fibroid, but the doc. say my fallopina tube blocked and it might be a problem for me to hava baby. therefore she requested me to do some kind of test to make sure my tube is open since my fibroid has removed….. otherwise i have to do the IVF to get pregnant.

can you advice me what can i do and take to overcome my problem so tat i should be able to have a baby soon.

thank you and hope to hear from you soon.

Chinese physician answer:

Hi elle,
If your fallopian tube is blocked, it will lead to infertility and you should get treatment soonest possible. If you use western medication, the treatment will be done on every 5th to 7th day after your menstruation and five to seven treatment in every menstruation period. For Chinese medication, the treatment is to regulate blood circulation and clear away the “dirty” blood, but it takes a longer time to treat the blocked fallopian tube. You can also conduct both treatment together in your case and hence the result will be much faster.

FAQ13:

ana Says:
April 28th, 2008 at 10:04 pm

salam sejahtera doc…

saya ana dari sarawak nak tahu sesuatu..saya pernah mengugurkan kandungan saya dengan membeli ubat di farmasi….sya nak tahu,,,adakah saya boleh mengandung lagi??????????//saya ingin tahu adakah dengan cara ini sangat mbahaya?????????????????

Chinese physician answer:

Menggugurkan kandungan tanpa penjagaan daripada doktor merupakan tindakan yang amat bahaya. Harap anda tidak melakukan perkara sedemikian lagi. Anda perlu menjalani pemeriksaan untuk menentukan sama ada anda masih boleh mengandung. Secara umum, tindakan pengguguran kandungan akan mempengaruhi penghamilan.

FAQ14:

Zaza Says:
April 29th, 2008 at 12:05 pm

Hai Dr,

1) Sy nak tanye apa BEZA antara Ming Zhu Bai Feng Wan & Te Zhi Bai Feng Wan? Yg mana 1 antara 2 ni baik utk merancang kehamilan?

2) Sy berumur 29 thn & mempunya1 2 org anak lelaki. 8thn & 2 thn 7 bln. Sblm mendapat anak pertama pernah gugur. Yg terbaru, akhir Oct 07, anak meninggal dlm perut. Doc x tau kenapa. Slps dr itu, hingga ke hari ini, sy mmg merancang utk hamil lg. Tp hingga kini masih belum berjaya. Sy tiada masalh dgn kitaran period. Cycle dlm 28-30 hr. Cume akhir2 ini (slps gugur), piod ada 2 kali lewat, 8 hr & 6 hr. Adakah di sebabkan anak sy (yg umur 2 thn)masih menyusu badan? Ttp dia tidak lah kerap menyusu, hanya pd waktu tertentu shj. adakah ini blh mengganggu hormon sy?

3) Jika sy ingin hamil, Te Zhi Bai Feng Wan (Maharani) blh membantu? Blh ke d ambil jika anak masih menyusu badan?

4) Jika d amil selama 12 hr slps period (1 hr = 25 biji), katakanlah dlm tempoh itu, persenyawaan terjadi & hamil. Adakah efek pd bayi yg br menjadi itu? Produk ini tdk blh d ambil oleh org hamil ke?

5) Smlm sy ada melalui bbrp buah kedai kecil yg menjual ubat2an (Tesco). Sy ada bertanyakan mengenai Maharani ini. Mereka ada menjualnye. Jika sy ingin mendapatkan dr kedai tersebut, bagaimana sy ingin mempastikan yg produk ini adalah ORIGINAL? Adakah tanda @ logo bg bukti yg mereka tdk menjual brg tiruan? Krn sy ingin mendapatkan produk ini dlm waktu terdekat dan d kaw yg berhampiran.

Harap doc dpt membantu..

Terima kasih.

Chinese physician answer:

Salam sejahtera,
Untuk soalan 1:Ming Zhu Bai Feng Wan adalah produk yang dijual oleh Hai-O Raya Berhad.
Perbezaan MIng Zhu Bai Feng Wan dan Te Zhi Bai Feng Wan adalah seperti berikut :-
1. Hai-O Ming Zhu Bai Feng Wan diperbuat dengan rumusan khas daripada 22 jenis herba termasuk cordyces and american ginseng.
2. Setiap kotak mengandungi 8 botol kecil 12g.
3. Harga jualan setiap kotak adalah RM68.
4. Fungsinya agak sama dengan Te Zhi Bai Feng Wan tetapi ia mengandungi cordycep dan american ginseng, maka ia dapat menguatkan paru-paru and kesihatan badan.
5. Hai-O Ming Zhu Bai Feng Wan adalah tidak halal maka ia tidak sesuai untuk muslim.
Untuk pertanyaan lanjut, saudari boleh menghubungi nombor yang berikut : 3342 0617 / 3343 8889

Manakala, Te Zhi BaiFeng Wan :-
1. Diperbuat daripada 16 herba.Di sini, saya senaraikan beberapa bahan utama Te Zhi Bai Feng Wan - ayam hitam (Gallus Gallus Domesticus), Cornu Cervus Nippon, ginseng, Concha Ostrea Gigas, Radix Angelica Sinensis dan sebagainya.
2. Setiap kotak mengandungi 6 botol kecil 5g.
3.Harga jualan setiap kotak adalah RM58.
4.Pelanggan-pelanggan kami yang mengambil produk ini mendapatinya berkesan untuk masalah-masalah yang berikut :
(a)melegakan masalah wanita & gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan)
(b) amalan yang baik kepada wanita selepas bersalin (menguat & mengecutkan otot rahim, saluran peranakan)
(c)melegakan sakit pinggang & belakang, sakit sendi & lutut, angin dalam badan dan sebagainya
(d)awet muda, menegang & memberi keanjalan kulit
(f) menghilangkan keletihan, meningkatkan kadar metabolisme
5.Te Zhi Bai Feng Wan adalah Halal dan sesuai diambil oleh semua muslim.

Untuk soalan 2&3: Te Zhi Bai Feng Wan mengandungi ayam hitam (Gallus Gallus Domesticus), Cornu Cervus Nippon dan herba-herba tradisional China seperti ginseng, Concha Ostrea Gigas, Radix Angelica Sinensis dan sebagainya. Bahan utama produk iaitu Gallus Gallus Domesticus dan Cornu Cervus Nippon memperkuatkan hati, ginjal, menambahkan darah dan tenaga batin. Dengan membekalkan nutrien-nutrien dan menguatkan badan, Bai Feng Wan dapat membantu anda untuk hamil.

Namun, oleh sebab anda pernah mengalami keguguran, dinasihatkan untuk mengambil Bai Feng Wan selama 6 bulan supaya menguatkan badan sebelum merancang untuk hamil lagi.

Untuk soalan 4: Produk ini tidak akan membawa kesan kepada bayi. Setelah anda disahkan hamil, anda perlu berhenti mengambil Maharani.

Unutk soalan 5: Saudari boleh mendapatkan Maharani dari cawangan/ stokis Hai-O Marketing yang terdekat dengan tempat anda. Sila nyatakan tempat tinggal anda atau anda boleh berhubung dengan Bahagian PDP di ibu pejabat melalui tel : 03-3342 3322 (ext: 315) untuk pertanyaan lanjut. Dengan ini, bolehlah saudari memperoleh Maharani yang original.

Harap jawapan di atas membantu anda.

FAQ15:

Zaza Says:
April 29th, 2008 at 12:34 pm

Hai doc,

Sy ada lg 1 soalan.. berkenaan dgn Oolong Tea.

Apakah kelebihan tea ini. sy cuba cr di http://www.mall.hai-o.com.my
tp tiada penerangan.. hanya gambar. Anak buah sy ada mengamalkan minum teh ini, tp sy x pasti keluaran mana, dia membelinye di Carrefour. Slps mengamalkan nye, dia rs ok, membantu mengeluarkan angin & mengurangkan berat badan. Dia pun kelihatan lebih kurus dr dulu. Jd, sy ingin tahu, apakah kelebihan teh ini?

Chinese physician answer:

Salam Zaza,
Terima kasih kerana minat anda terhadap produk kami.
Amalan meminum teh dijadikan sebagai pembina kesihatan masyarakat Cina dan bersejarah melebihi 5000 tahun. Oolong teh ialah salah satu jenis teh yang diketogorikan sebagai “semi-fermented” Terdapat banyak kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh universiti-universiti untuk membuktikan banyak faedahnya meminum teh.

Faedah kesihatan mengamalkan meminum teh;

1) Anti-oksida dan anti-penuaan. Oolong teh yang mengandung ” polyphenol” merupakan anti-oksida yang berkesan iaitu dapat melawan radikal-bebas yang melemahkan pertahanan semulajadi badan dan membawa kepada ketuaan. ” Polyphenol” dalam Oolong teh dapat menyah radikal-bebas dan sebagai agen anti-oksida dapat melambatkan proses ketuaan.

2) membantu mengurangkan lemak darah, gula darah dan kolestrol.

3) membantu melansingkan tubuh.

Pensakit yang menyidap “anaemics” dinasihat jangan lebihan meminum teh, kerana kandungan agen anti-oksida dalam teh boleh menghalang pelesapan zat besi tubuh manusia.

FAQ16:

emarlya Says:
April 29th, 2008 at 3:04 pm

Hai Dr.,

Tetapi masalah saya tentang rahim jatuh adalah menyukarkan untuk saya hamil..
dan disini juga saya ingin menyatakan bahawa sy belum lagi bersalin mahu pun hamil..
Jika saya perlu mendapatkan rawatan dimanakah tempat rawatan tersebut??
sekian…

Chinese physician answer:

Salam Emarlya,

Anda boleh mendapatkan konsultasi dan rawatan daripada Peking Tongrentang (M) Sdn Bhd. Tel: 603-2141 7958/9 atau Sanjiu Hai-O TCM (M) Sdn Bhd. Tel: 603-9283 7200.

FAQ17:

tifany Says:
April 30th, 2008 at 12:31 am

hello Dr,

I had written in this columm before. I want a baby boy for my third pregnancy, just I had follow some advise here finally I pregnant , but I miscarrige after 2 1/2 months ,the reason is the baby heartbeat stoped ,
I felt very upset because I try for about 1year, I cry ,cry and cant accept
the happen , until my feeling .temper change a lot , ..cant control my temper ,even cant sleep.After the abortion 2 week times i still painful at the ovari area, is this normal…i had drink a lot of DOM , red dates drink .
would it help .. what should i intake to get back healthy to try another baby …thank you

Chinese physician answer:

According to your description, we suggest you to seek treatment once again to understand your health condition after miscarriage. If the “dirty” blood still exist in your body after miscarriage, then you need to clear away the blood before taking any tonics so that you will gain better result from the tonic. You are advise to seek treatment and consultation from Peking Tongrentang (M) Sdn Bhd. Tel:603-2141 7958/9 OR Sanjiu Hai-O TCM (M) Sdn Bhd. Tel:603-9283 7200.