Archive for January, 2007

January 2007

Wednesday, January 31st, 2007

FAQ1:

Siti says:
January 19th, 2007 at 5:09 pm

Saya berumur 30 tahun, telah 5 tahun berkahwin, tidak menjalankan pencegahan hamil, tetapi sampai hari ini masih tidak dikurniakan cahaya mata. Adakah Beijing Tezhi Bai Feng Wan dapat mengatasi masalah ini?

Physician answers:

Pertama, anda harus menjalankan pemeriksaan badan yang terperinci, bersama dengan suami anda (kerana 40% masalah kemandulan berpunca daripada pihak lelaki). Jika tiada masalah bagi kedua-dua pihak, saya mencadangkan anda mengambil Tezhi Bai Feng Wan manakala suami anda boleh mengambil Euryco. Ini akan menambahkan kebarangkalian kehamilan anda.

More details:

Beijing TongRenTang Te Zhi Bai Wan

Menggabungkan 16 jenis ramuan bernilai dengan pati ayam hitam sebagai ramuan utamanya.
Produk Keluaran Beijing TongRenTang
- TongRenTang merupakan tanda perniagaan yang bersejarah melebihi 300 tahun
- Merupakan pembekal tunggal ubat-ubatan kepada kerabat Maharaja semasa Dinasti Qing
- TongRenTang Te Zhi Bai Feng Wan diperakui sebagai “Produk Terkenal di China” pada tahun 1994
Diiktiraf sebagai “Spesis Ubat Herba yang Terpelihara” pada tahun 1998

Mendapat pengiktirafan Halal oleh Pertubuhan IFANCA.

Fungsi-fungsi:
- Melancarkan peredaran darah
- Menyelaraskan kitaran haid yang tidak teratur dan masalah ketidaksesuaian semasa tempoh haid
- Menyihatkan tubuh badan, mengurangkan keletihan
- meningkatkan sistem imunisasi, menguatkan kaki dan tangan
- menyerlahkan wajah berseri dan awet muda
- menyuburkan badan selepas bersalin

Hai-O Euryco

100% ekstrak daripada herba tradisional, Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma Longifolia Jack.

Tongkat Ali, herba tradisional dalam Hutan Hujan Tropika di Asia Tenggara, penggunaannya adalah meluas dan terkenal sejak berkurun. Secara tradisional, ia digunakan untuk meningkatkan tenaga golongan lelaki, menguat dan menyuburkan badan, menghilangkan kepanasan serta mencegah malaria

Fungsi-fungsi:
- meningkatkan daya tenaga lelaki
- mengelakkan keletihan
- memperkuatkan fungsi kulit, otot dan rangka tulang
- memperkukuhkan sistem imunisasi badan dan daya penyembuhan
- menurunkan kepanasan dan mengelakkan malaria

FAQ2:

Boon Hock says:
January 22nd, 2007 at 2:22 pm

Saya berumur 50 tahun, saya telah menjalankan pemeriksaan badan baru-baru ini dan mengetahui bahawa kolesterol saya amat tinggi dan menghadapi tekanan darah tinggi pertama (tekanan darah 150/95), apakah yang harus saya lakukan?

Physician answers:

Anda boleh mengatasi masalah ini dengan menukar gaya makan
anda, kurang mengambil makanan yang berkolesterol tinggi,
seperti daging, visera haiwan, makanan laut (kecuali ikan) dan
sebagainya. Banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan.
Cara masakan harus kurang garam dan minyak. Selain itu,
mengamalkan buang air besar setiap hari (langkah-langkah yang
penting untuk mengurangkan tekanan darah tinggi).
Pelbagai produk penjagaan kesihatan Hai-O dapat membantu
situasi anda:

Celgynic

Ramuan utama ialah Lecitin yang boleh mencair kolesterol
dalam kandungan darah, mengelakkan saluran darah daripada
tersumbat, melancarkan sistem peredaran darah dan seterunya
menurun tekanan darah.

Hai-O Organic Spirulina

kaya dengan nutrisi yang lengkap, termasuk vitamin-vitamin dan
bahan-bahan mineral. Ia juga kaya dengan fiber dan pigmen
tumbuh-tumbuhan yang membantu melegakan masalah sembelit,
membersihkan kolon dan membantu dalam pembuangan toksin,
ia juga berkesan menghalang penyerapan lelemak dan kanji yang
berlebihan.

FAQ3:

iefa says:
January 23rd, 2007 at 3:14 pm

Saya berumur 28 tahun dan telah mempunyai seorang anak yang berusia 4 tahun. Saya mempunyai ketinggian 5 kaki 2 inci & berat badan 95kg. Masalah saya ialah:
1. Saya telah mengalami keguguran sebanyak 3 kali selepas kelahiran anak pertama, tanpa sebab.
2. Berat badan yang keterlaluan selepas melahirkan anak pertama dari 56kg kepada 95kg.
Adakah produk yang boleh membantu saya?

Physician answers:

Masalah keguguran anda mungkin disebabkan oleh
ketidakseimbangan endokrin atau berat badan yang
berketerlaluan.

Seperti apa yang saya kata, faktor utama keguguran
anda mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin.
Ketidakseimbangan endokrin boleh menyebabkan berat badan
seseorang meningkat sehingga ketahap yang berketerlaluan.
Secara umumnya, kebanyakan wanita akan mengalami masalah
ketidakseimbangan endokrin selepas bersalin dan suka
mengamal mengambil makanan yang berlebihan yang boleh
mengakibatkan berat badan anda meningkat. Saya percaya
bahawa anda tidak menjaga badan anda dengan baik
selepas bersalin dan akhirnya berlakunya masalah ini.

Mengenai masalah diatas, saya bercadang anda boleh
mengambil Beijing Te Zhi Bai Feng Wan untuk mengatasi
masalah ketidakseimbangan endokrin. Untuk mengawal berat
badan yang berketerlaluan, anda hendaklah berhenti
mengambil makanan yang berlebihan dan mengamal
bersenam tiap-tiap hari. Anda juga harus mengambil
sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan yang
mengandungi banyak selulosa (boleh mengambil
Hai-O Organic Spirulina atau Hai-O Chlorella).Kalau boleh,
saya mencadang anda pergi Bahagian Endokrin
menjalankan satu pemeriksaan yang terperinci untuk
mengatasi masalah diatas.

Semoga Cepat Sembuh

Sekian Terima Kasih

Untuk maklumat yang selanjutnya…

Hai-O Organic Spirulina

Merupakan spirulina bergred A+ dalam persekitaran pembiakan yang bersih, tanpa unsur-unsur pencemaran.

Ianya berunsur ORGANIK, iaitu bebas daripada bahan-bahan kimia, baja, racun serangga atau logam berat, selamat diambil oleh semua masyarakat.

Selain itu, ia mengandungi unsur Apogen®, kajian berpaten dari Amerika Syarikat, merupakan sekumpulan protin yang diekstrak daripada alga yang dapat mengelakkan sebarang jangkitan selsema dan virus. Kajian berpaten ini (No. US 6346408) turut diterbit dalam Journal of Medical Virology 70:119-125 pada Mei 2003, boleh dirujuk melalui laman web http://www3.interscience.wiley.com/cgi-bin/jhome/32763).

Hai-O Organic Spirulina merupakan satu-satunya spirulina yang mendapat pengiktirafan berorganik daripada Naturland, pertubuhan pengesahan pertanian berorganik di Jerman untuk memastikan kualiti produk.

KAYA DENGAN NUTRIEN YANG LENGKAP:
1) Pelbagai jenis vitamin, khususnya Vitamin B12, satu-satunya sumber daripada tumbuh-tumbuhan
2) Kaya dengan bahan-bahan mineral dan elemen surih seperti besi, selenium, zink, kronium dan sebagainya.
Antaranya, kandungan kalsium adalah 5 kali ganda lebih tinggi daripada susu lembu. Kandungan besi adalah 50 kali ganda lebih tinggi daripada sayur bayam
3) Kandungan protin yang berkualiti sehingga 60~70%, antaranya adalah 3 kali ganda lebih tinggi daripada daging, ikan, daging ternakan
4) 8 jenis asid amino perlu
5) Kaya dengan fiber (8~12%) dan pigmen tumbuh-tumbuhan seperti klorofil dan beta-karotin, iaitu 2 kali ganda lebih tinggi daripada lobak merah
6) Nutrien sajian penuh, kadar penghadaman dan penyerapan mencapai 94%

Fungsi-fungsi:
-Memberi tambahan nutrien yang menyeluruh kepada tubuh badan; menguatkan fungsi imunisasi tubuh badan; ekstrak bahan Apogen® membantu menentang jangkitan virus selsema dan virus dalam usus
-Vitamin B12 membantu mengelakkan penyakit anemia, sekaligus baik untuk vegetarian
-Melegakan masalah sembelit, membersihkan kolon dan membantu dalam pembuangan toksin. Meningkatkan bakteria berguna dalam usus, memperbaiki masalah ulser usus dan perut
-Memperbaiki fungsi metabolisme lemak. Ia membantu menghalang penyerapan lemak, menurunkan kolesterol darah dan kolesterol dalam badan, menurunkan tekanan darah lalu mengelakkan arteriosklerosis dan penyakit kardiovaskular
-Menghalang penyerapan kandungan gula dalam darah, memperbaiki penyakit kencing manis
-Menukarkan susuk badan yang bersifat asid kepada sifat badan yang lebih beralkali
-Fungsi anti-pengoksidaan yang baik dapat mengelakkan kerosakan dan penuaan sel-sel badan

Hai-O Chlorella

Chlorella adalah sejenis alga hijau bersel tunggal yang hidup dalam air tawar. Ia telah lama wujud dalam alam semulajadi dan tumbuh dengan meluas di seluruh dunia. Ia kaya dengan pelbagai nutrien , turut merupakan makanan semulajadi yang baik untuk kesihatan kita.

Ramuan:
1) 50~60% kandungan protin
2) Vitamin termasuk Vitamin A, Beta-karotin, Vitamin B Kompleks (terutamanya Vitamin B12 merupakan bahan penyubur yang terbaik bagi golongan vegetarian dan pesakit anemia), Vitamin C dan sebagainya
3) Bahan-bahan mineral, termasuk Kalsium, Fosforus, Besi, Magnesium, Sodium, Kalium, Mangan dan lain-lain lagi
4) Kaya dengan klorofil, iaitu 4 kali ganda melebihi tumbuh-tumbuhan yang lain
5) Kaya dengan kandungan fiber
6) Chlorellin- faktor penumbuhan
7) 18 jenis asid amino

Fungsi-fungsi:
-Membersihkan darah dan menyingkirkan toksin dalam badan
-Meneutralkan susuk badan yang berasid
-Memperkuatkan sistem imunisasi, meningkatkan daya tenaga
-Melancarkan peristalisis usus dan melegakan masalah sembelit
-Menghalang penyerapan gula dan lemak
-Sumber suplemen kepada nutrien-nutrien penting untuk menggalakkan tumbesaran

FAQ4:

Lydia says:
January 29th, 2007 at 4:42 pm

Dear Dr

I always have sweaty palms and feet. It has not been able to solved till today. For your information, I am 30.

Any suggestions? (apart from Bak Fun Yuen)

LC

Physician answers:

Good day!

Thanks for visiting our website.

About sweaty palms and feet, according to our
Chinese Physician Mr.Tan, this is natural for
certain people from they born, if you had this
sweaty palms and feet from small, then this is
natural. If its not then your body is “xu” = weak.
We would recommend Cordyceps pills which could
improve your immune system.
Please check out our website for more
Cordyceps selections. >More info

Hope to hear some feedback from you.

Thank you